PROGRAM JALINAN BESTARI KOMUNITI JOHOR 2, 2010




 Universiti Tun Hussein Onn bersama Kerajaan Negeri Johor telah menganjurkan Program Jalinan Bestari Komuniti Johor 2,2010 dari 6 hingga 8 Ogos 2010 di Mukim Parit Bakar,Muar,Johor (dalam DUN Maharani).Tahun lalu Program yang sama telah diadakan di Mukim Serom, Muar.Di antara objektif Program ini adalah untuk menjalinkan ukhwah dan kerjasama dalam kalangan siswazah dengan masyarakat luar,memberi peluang masyarakat berinteraksi,mendekati dan memahami fungsi institusi pengajian tinggi awam dan membudayakan sikap menyumbang bakti dan berkhidmat kepada masyarakat.

Program ini dilaksanakan oleh Fakulti Pendidikan Teknikal UTHM dengan tema "Ilmu Dikongsi Bersama".Pengisian Program dilaksanakan oleh Pelajar-Pelajar FPTek dengan bimbingan Staf FPTek dan melibatkan penduduk Mukim Parit Bakar,Muar.Bebrapa orang pelajar luar negara seperti Sudan,Somalia,Yaman juga turut serta.


YBhb Prof Dato' Mohd Noh Dalimin (Naib Canselor UTHM)
bersama YB Dato' Razali (di tengah-tengah)
dan En Zainal (wakil Pegawai Daerah Muar)

Perasmian Program ini telah di sempurnakan oleh YB Dato' Razali b Hj Ibrahim,Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia di Sekolah Menengah Tengku Mahkota,Jalan Temenggong Ahmad,Muar pada petang Jumaat 6 Ogos 2010.

YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani telah di jemput menghadiri Program ini oleh Unit Perhubungan Awam,Pejabat Naib Canselor,UTHM.Beliau diiringi oleh Tn Hj Abd Rahman Lajim,Sdr Hamidun Omar dan Sdr Tupin Ngadian,Terima kasih diatas keperhatinan pihak UTHM memberi peluang ADUN Maharani bersama masyarakat dalam Program tersebut.

YBhg Prof Dato' Dr Mohd Noh Dalimin (Naib Canselor) bersama
YB Dato' Razali Ibrahimmelancarkan Buku 'Globilasasi Pendidikan Parit Bakar,Muar'.

YB Dr Mohammad bersama Prof. Madya Kamarudin dan
Prof Madya Hj Sapon Ibrahim (Pengerusi JK Pelaksana Program).


YB Dr Mohammad (belakang) bergambar bersama VVIP,Pensyarah dan AJK Program


VVIP bersama AJK program


YB Dr Mohammad dan Tnn Hj A Rahman Lajim bermesra dengan Pesyarah UTHM

Cikgu Minhad menerima anak angkat

Keceriaan terbayang di wajah keluarga dan anak angkat ini

Masa untuk menjamu selera.YB Dr Mohammad bersama
VVIP di meja utama.

YB Dr Mohammad,YBhg Dato' Naib Canselor (berbaju Melayu) ,
YB Dato' Timbalan Menteri Belia dan Sukan (di kirinya) dan tetamu-tetamu kehormat
di meja makan.

______________________________________________________________

UTHM Tabur Bakti di Mukim Parit Bakar, Muar Print E-mail

Hear this article
sumber: http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/636/229/lang,en/
Dalam menyokong usaha kerajaaan bagi meningkatkan sosio budaya masyarakat setempat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan satu program kemasyarakatan di Mukim Parit Bakar, Muar. Program ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar (bakal pendidik) dengan persekitaran kehidupan masyarakat Malaysia dengan mengenali budaya, cara hidup dan sosioekonomi penduduk setempat serta mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari dalam mewujudkan ikatan ukhwah dan meningkatkan kemahiran insaniah pelajar dalam pengurusan bagi memenuhi aspirasi negara.
Program Jalinan Bestari Komuniti dijalankan di Mukim Parit Bakar, Muar ini pada 6 hingga 8 Ogos 2010. Program ini melibatkan lima buah kampung iaitu Kampung Parit Raja, Kampung Parit Amal, Kampung Parit Amat, Kampung Parit Unas dan Kampung Parit Pinang Seribu. Seramai lebih daripada 500 orang pelajar, pensyarah dan juga staf UTHM terlibat dalam program ini. Selama 3 hari 2 malam, mereka berkumpul bersama-sama masyarakat di Mukim Parit Bakar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan memberi manfaat bagi masyarakat setempat. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah ceramah Penggunan ICT dalam P & P, ceramah perubatan islam, pameran, khidmat kesihatan percuma, perkhidmatan mobile teknikal, gotong-royong, khidmat rawatan alternatif, sukaneka, pertandingan mewarna, pertandingan gubahan, masakan dan jahitan serta rewang sekampung.

Program Jalinan Bestari Komuniti yang diadakan oleh UTHM ini merupakan siri kedua. Program siri kedua ini diadakan adalah dorongan dari keberkesanan Program Jalinan Bestari Komuniti Siri Pertama yang telah diadakan di Dun Serom pada tahun 2009. Program siri pertama ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman. Lantaran itu, kejayaan program yang diadakan di Dun Serom telah menjadi pemangkin kepada UTHM khususnya pihak Fakulti Pendidikan Teknikal bagi menjadikan program ini sebagai program tahunan.
Selain daripada mengadakan aktiviti-aktiviti kepada penduduk setempat, pihak universiti juga menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada masyarakat di Mukim Parit Bakar. Sumbangan-sumbangan tersebut adalah komputer, karbinet besi, meja bacaan, rak buku, pasu bunga plastik dan juga anak-anak pokok buah-buahan. Hasrat murni UTHM ini sedikit sebanyak dapat memenuhi keperluan dan sekaligus dapat memberi makna kepada masyarakat setelah 3 hari 2 malam warga UTHM berkampung di Mukim tersebut.
Program ini lebih bermakna apabila Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah bte Almarhum Sultan Idris Shah berkenan mencemar duli untuk bersama-sama warga UTHM dan semua lapisan masyarakat di Mukim Parit Bakar untuk bergotong-royong di majlis Rewang Warisan yang diadakan pada malam 7 Ogos 2010 di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota. Rewang Warisan ini diadakan adalah sebagai persiapan untuk mengadakan jamuan Kenduri Sekampung yang telah diadakan pada 8 Ogos 2010.
Keberangkatan YMM Raja Zarith Sofiah adalah sempena Kembara Mahkota Johor yang berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2010. Baginda juga turut serta dalam melakukan aktiviti-aktiviti tradisional yang diadakan pada malam Rewang Warisan tersebut, antaranya seperti menggiling lada, mengikir kelapa, menumbuk dan aktiviti-aktiviti tradisional yang lain.
Upacara Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Razali Ibrahim, Ahli Parlimen Muar yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada 6 Ogos 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota pada jam 3.00 petang.
Dikeluarkan oleh:
Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Batu Pahat, Johor.
Tel: 07-453 7025 / 019-7571007
Emel: shafry@uthm.edu.my







2

    terima kasih kepada YB kerana dapat meluangkan masa pada program ini. jasa baik tuan YB sangat dihargai.

    Pengerusi Majlis
    Azham Kassim