UNIT AMAL PAS MUAR BAIKI RUMAH



UNIT AMAL PAS BAIKI RUMAH


PARIT BAKAR - Penderitaan seorang warga emas,Yatimah Kasim,73,yang terpaksa tinggal di rumah yang serba daif menarik perhatian Unit Amal PAS Kawasan Muar untuk memberikan bantuan membaiki rumah itu.

Timbalan Unit Amal Muar,Malek Mohamed Diah berkata,bantuan itu adalah atas usaha dan ihsan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Maharani,Dr Mohamad Taslim setelah melihat penderitaanyang terpaksa ditanggung oleh penerima.

Menurutnya warga emas yang tinggal bersendirian setelah ditinggalkan suaminya itu terpaksa tinggal dalam rumah yang daif yang mana hampir keseluruhan bumbung rumahnya itu bocor.

"Jadi inisiatif itu diambil bagi memberi bantuan sempena kedatangan bulan Ramadhan dan juga persediaan menyambut Aidilfitri.

"Melalui cara ini, secara tidak langsung dapat mengurangkan kesedihannya dan penerima dapat mengetahui bahawa masih ada insan yang prihatin  dengan masalah yang dihadapinya," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya,bantuan itu juga antara tanggungjawab PAS sebagai sebuah Jamaah Islam  dan parti yang diberi mandat rakyat menerajui Kawasan Muar.

"Unit Amal ini memang sentiasa aktif dalam membantu masyarakat yang susah terutamanya yang membabitkan warga emas.

Dengan ini,seramai 20 ahli yang lain turut terlibat dalam gotong royong membaiki atap rumah warga emas ini," katanya.

Katanya,Yatimah juga mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak lima tahun lalu.

"Pihaknya juga membantu membuat permohonan daripada Baitulmal untuk membaiki rumahnya," katanya.

Sementara itu,Yatimah Kasim,73, berkata,dia terharu dengan bantuan yang diterimanya kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan penderitaannya yang sering terkena air hujan ketika hujan.

"Terima Kasih Unit Amal PAS Kawasan Muar dengan bantuan ini menjadikan Hari Raya akan datang lebih bermakna," katanya.


sumber: Sinar Harian Selasa 17 Ogos 2010

Inilah keadaan rumah Nenek Yatimah sebelum dibaikpulih.
Gambar-gambardiambil ketika YB Dr Mohammad dan AJK DUN Maharani 
dan Sdr Ayub Sulaiman (Unit Amal Muar) meninjau rumah ini dan
memberi sedikit bantuan kepada beliau.


 Rumah usang dan bocor......

 
 Layak diberi bantuan....

 
YB Dr Mohammad dan Sdr Abdul Razak di hadapan 
rumah Nenek.


 
Zink Bocor.........
__________________________________________________________________________________
 Gerak Kerja Kebajikan PAS adalah tanggungjawab tidak bermusim.Ini dibuktikan dengan gerak kerja yang telah kami jalankan sepanjang masa.Di bawah ini adalah rekod kami dalam blog Dewan Pemuda PAS Johor pada Tahun 2006,walaupun kalah dalam PRU 11 (2004):

BANTUAN MEMBINA TANDAS PENDUDUK KAMPUNG








DPPNJ bersama PAS Kawasan Muar dalam Program Mesra Rakyat DUN Maharani telah turun membantu seorang penduduk termasuk membantu membina sebuah tandas untuk kegunaan keluarganya pada 27 Ogos 2006.

Kerja-kerja pembinaan ini turut diseratai oleh Jabatan AMAL Johor.

Kelihatan Dr Mohamad Bin Taslim (Bekas CAlon PAS DUN Maharani) dan Sdr Khalim SakibSdr Khairul Faizi (Pengarah AMAL Johor) bersama dengan (Ketua DPPNJ) .
0 komen
 
sumber: http://dppnjohor.blogspot.com/2006_08_01_archive.html







0