YB DAP DI SURAU - PENJELASAN YB TEO dan PERMOHONAN MAAF


'Tazkirah' di surau: Saya ikhlas, kenapa dipermain?
Abdul Rahim Sabri
Ogos 27, 11:32pm

Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata beliau tidak faham kenapa kunjungannya ke sebuah surau di Kajang Ahad lalu menjadi kontroversi dan "dipermainkan-mainkan" kerana beliau berniat ikhlas.
"Kunjungan ke surau Al Huda, Kajang adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya.

"Saya tidak faham mengapa kunjungan biasa ini dipermain-mainkan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyifatkan tindakan Teo (kiri) menyampaikan 'tazkirah' di masjid sebagai tidak wajar.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan di muka depannya, yang memetik Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Ketika dihubungi Malaysiakini Teo menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar, seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Manakala ucapannya di dalam surau tersebut, jelas Teo, tidak menyentuh langsung soal politik, tetapi sebaliknya hanya menerangkan tentang bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor.

"Kebanyakan mereka tidak mengetahui tentang perkara ini, dan saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan perkara tersebut kepada mereka," katanya.

Muslimin, muslimat jemput


Sementara itu, mengulas isu kemasukannya ke dalam ruang solat utama di surau itu, Teo berkata beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak.


"Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk," jelasnya lagi.

Katanya, tarikh dan masa kunjungannya selepas solat Tarawih itu, juga ditentukan oleh pihak surau berkenaan.

Ditanya kenapa beliau tidak memakai tudung ketika memasuki surau, Teo yang juga timbalan ketua publisiti DAP menjelaskan:

"Saya tidak dinasihatkan oleh (pihak) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu.

"Pada kebiasaannya saya hanya berada di luar surau sahaja. Ini bukan kali pertama saya ke surau itu. Sebelum ini saya berada di luar," katanya yang sudah mengunjungi beberapa surau sepanjang Ramadan yang bermula 11 Ogos lalu.

Surau: Baca sendiri blog Teo

Di sesetengah masjid terkenal seperti Masjid Negara dan Masjid Putrajaya, golongan bukan Islam dikehendaki menutup kepala sekiranya ingin melawat kawasan sekitarnya.

Teo juga menjelaskan, pada Ramadan kali ini, beliau ada juga mengunjungi dan berbuka puasa bersama ahli jemaah di beberapa surau di kawasannya parlimennya tetapi tidak pernah memasuki ruang solat utama.

Sementara itu, Utusan Malaysia juga melaporkan, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Selangor, Abdullah Mansor memandang serius tindakan Teo kerana menurutnya, ia bertentangan dengan titah Sultan Selangor berhubung larangan menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik.

Abdullah juga menyatakan bahawa tindakan itu juga menyalahi hukum.

Justeru tambahnya, jika benar dakwaan itu, ia satu penghinaan yang amat besar kepada umat Islam apabila ada seorang bukan Islam yang keadaannya tidak 'bersih' memasuki ruang solat utama surau untuk mengadakan majlis dan membuat ucapan.

Pengerusi jawatankuasa surau Al-Huda Azemi Ahmad pula dilaporkan menjelaskan Teo masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan moreh kepada surau tersebut.

Bagaimanapun, Azemi berkata, isu itu tidak perlu digembar-gemburkan kerana tiada apa yang boleh dipolitikkan, lapor akhbar milik Umno itu.

Azemi turut meminta orang ramai supaya membaca sendiri laman web Teo untuk mendapatkan penjelasan sebenar.

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/141261

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sabtu, 2010 Ogos 28


Masuk surau: DAP mahu Mais siasat terperinci

Harakahdaily
SHAH ALAMs: Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya membuat siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan kepada mana-mana pihak.

Beliau merujuk tindakan serta merta Mais berhubung insiden Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang memasuki dan berucap di Surau Al-Huda dua hari lalu.

Menurutnya, beliau tidak mahu isu tersebut dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti Utusan Malaysia, UMNO dan Perkasa sebagai satu isu politik dan perkauman untuk merosakan keharmonian masyarakat kita.

"Saya juga berasa kesal atas tindakan Mais yang mengeluarkan amaran kepada YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang dan mengantung Jawatankuasa Surau Al-Huda dengan serta-merta kerana Teo telah berucap di surau tersebut dua hari yang lalu.

"Saya dimaklumkan oleh Teo bahawa beliau telah memberi sumbangan sebanyak RM 1000 kepada Jawatankuasa Surau dan dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata," katanya.

Menurutnya, Teo hanya menerangkan maklumat tentang skim pinjaman pengajian tinggi Negeri Selangor kepada umat Islam yang hadir dan langsung tidak menyentuh apa-apa isu politik dalam ucapan ringkas tersebut.

"Beliau melawat ke surau tersebut dengan hati yang penuh ikhlas sempena bulan Ramadhan yang suci."

"Sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, beliau perlu membantu semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama," katanya.

________________________________________________________________________________

August 28, 2010

Serdang MP Teo Nie Ching apologises to Sultan of Selangor

DAP MP for Serdang Teo Nie Ching has issued a public apology to the Sultan of Selangor over the Surau Al-Huda incident. Her statement reads:

Pada hari Ahad 22hb Ogos, saya sebagai ahli parlimen Serdang telah mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang bertujuan untuk menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan untuk memperbaiki pagar surau, dan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.

Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik.

Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.

Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang.

Akhir sekali, saya juga akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan mengenai perkara ini.






http://www.wretch.cc/blog/teonieching/21522314












 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
August 28, 2010

Tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat di masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama

Sebagai seorang wakil rakyat, saya percaya bahawa saya mempunyai kewajipan untuk berkhidmat untuk semua rakyat di kawasan parlimen saya tanpa mengira kaum dan agama. Saya telah melawat tokong Cina, kuil Hindu, gereja Katolik dan Kristian, surau dan masjid. Saya juga menghadiri upacara perayaan Phor Thor kaum Cina, upacara perkahwinan rakan-rakan Melayu, majlis perkahwinan kaum India dan sebagainya. Matlamat saya mudah dan terang, iaitu, membuktikan bahawa seseorang warga Malaysia adalah warga yang dapat mendukung semua kaum dan agama.

As a wakil rakyat, I believe I am obliged to serve all voters in my constituency, despite their races and religions. I visited Tokong, Kuil, Church, surau, masjid.. I attended Chinese ghost festival celebrations, Malay Weddings, Indian weddings and etc. My objective is very simple, to show and prove that a real Malaysian is a Malaysian that can embrace all races and religions.

sumber : http://www.wretch.cc/blog/teonieching/21522098_________________________________________________________________________________
Komen pembaca:
  • YB, kami di Sabah tidak ada masalah kalau orang bukan Islam
    masuk surau atau Masjid asal saja berpakaian sopan. Di Sabah ada
    satu keluarga terdiri dari pelbagai kepercayaan agama. Misalnya
    abang Islam, adik Kristian dsb. Bila ada kematian mayat Islam
    dibawa ke masjid untuk disembahyang jadi keluarga bukan Islam
    pun datang. Dalam filem yang dilakonkan oleh Marsha AF Marsha
    masuk dalam masjid untuk dinikahkan. Itu pun masjid di
    semananjung OK pun tiada yang bising-bising. Jadi bagi saya
    semua isu YB masuk surau itu sengaja diputar belitkan untuk
    kepentingan politik.
  • at August 28, 2010 03:11 PM comment 
http://www.wretch.cc/blog/teonieching/21522111

________________________________________________________________________________

MP Serdang sudah serah permintaan hadap Sultan Selangor

August 29, 2010
KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Ahli Parlimen Serdang yang kini berhadapan dengan kontrovesi berhubung kunjungannya ke Surau Al-Huda telah menyerahkan surat memohon menghadap Sultan Selangor bagi memberi penjelasan dan permohonan maaf.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, Teo Nie Ching (kanan) berkata, surat tersebut telah diserahkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim semalam.
“Saya sudah serahkan surat untuk perkenan Sultan Selangor melalui Menteri Besar semalam.
“Jadi saya sedang menunggu jawapan daripada pihak istana,” kata beliau.
Bagaimanapun menurut wakil rakyat penggal pertama dari DAP itu beliau beliau menerima apa-apa makluman daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sehingga kini.
“Tiada surat dan tiada panggilan telefon daripada pihak Mais lagi. Saya masih menunggu,” katanya lagi.
Mais berkata pihaknya akan menghantar surat amaran kepada Teo yang dilaporkan menyampaikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda Ahad lalu.


sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mp-serdang-sudah-serah-permintaan-hadap-sultan-selangor/

_______________________________________________________________________________

YB TEO DAPATKAN PANDANGAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengadakan pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari bagi mendapatkan pandangan Mursyidul Am PAS itu berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu.

sumber: http://www.wretch.cc/blog/teonieching/21523651

VIDEO PENJELASAN YB TEO:
 http://www.wretch.cc/blog/teonieching/21523634#comment1559373












0