LAGI SUMBANGAN RAMADHAN 1431H - PAS CAWANGAN BANDAR 'A'


Pada hari Ahad 22 Ogos 2010, jam 2.30 petang, YB Dr. Mohammad Taslim (ADUN Maharani) bersama  Ketua PAS Cawangan Bandar 'A' Muar, Tuan Haji Selamat Othman dan ahli -ahli Jawatankuasanya telah mengadakan  'Ziarah  Ramadhan' ke rumah-rumah orang sakit, fakir miskin dan orang kurang upaya di Jalan Hj. Yunos, Parit Perupok, Parit Kadi dan Parit Perupuk Muar.Seramai 12 orang telah sempat diziarahi. Mereka menerima wang tunai dan juga barang-barang keperluan dapur. Ini merupakan program tahunan PAS Cawangan dan juga kariah Surau Parit Kadi Jalan Temenggong Ahmad,Muar.Sdr Hamidun Omar,PA YB,turut serta bersama wartawan akhbar Sinar Harian.

Program  pada hari itu diteruskan dengan  menyampaikan 'Sumbangan Ramadhan' diikuti dengan Majlis Berbuka Puasa di Surau Parit Kadi Muar. 25 orang menerima sumbangan, terdiri daripada  OKU,  Saudara Baru, dan anak-anak  yatim piatu.Majlis di surau disempurnakan oleh Sdr Abdul Razak Sulaiman mewakili YB Dr Mohammad.

YB Dr Mohammad  mengucapkan ribuan  terima kasih kepada mereka yang telah menghulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk wang tunai dan barangan sehingga program ini dapat diadakan. Sumbangan di bulan Ramadhan ini adalah sebahagian daripada aktiviti  PAS Cawangan dan Lajnah Kebajikan DUN Maharani  yang dijalankan sepanjang masa.


Kami sentiasa mengalu-alukan sumbangan  daripada masyarakat untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.Semua bentuk sumbangan  boleh dihantar ke Pejabat ADUN Maharani di Pekan Parit Bakar Muar atau wang tunai disalurkan ke akaun Bank RHB sperti tercatat dalam blog ini.

Tuan Hj Selamat sedang diwawancara oleh watawan Sinar Harian
dengan diperhatikan oleh YB Dr Mohammad di rumah seorang penerima bantuan.

Sumbangan kami untuk seorang penerima di jalan Hj Yunos.

YB Dr Mohammad bertanya khabar En Mohamad bin Ismail seorang pesakit yang pernah dirawatnya.Tn Hj Othman kelihatan di sebelahnya. 
Updated: En, Mohamad bin Ismail telah kembali ke rahmatullah pada hari raya pertama,10 September 2010. ALFATIHAH...........................
Tn Hj Othman turut menyampaikan sumbangan beras,barang dapur
dan wang tunai kepada keluarga ini.

Inilah sumbangan kami Nek.....moga cepat sembuh.

Seorang nenek tua menerima sumbangan
 kk
 Sedikit wang tunai untuk menceriakan Ramadhan warga emas ini.

 Rombongan kami menyampaikan sumbangan

 Warga emas tidak dilupakan.........rumah terakhir yang kami ziarahi di 
Jalan Tunku Bendahara Muar.Nenek ini tinggal seorang diri di sebuah bilik kecil.

Berita di atas tersiar dalam akhbar Sinar Harian Rabu 25 Ogos 2010
 






0