MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SUMBANGAN RAMADHAN PAS DAN PKR MUAR


IFTAR DAN SUMBANGAN RAMADHAN PAS BERSAMA PARTI KEADILAN RAKYAT DENGAN KERJASAMA DAP DI MANN CHALET JALAN JUNID MUAR.

Petang Rabu 24 Ramadhan 1432H bersamaan 24 Ogos 2011 mencatat sejarah baru untuk Pakatan Rakyat Muar-Bakri apabila Majlis Iftar dan penyampaian Sumbangan Ramadhan berjaya diadakan di Mann Chalet Muar. Seramai 20 orang penerima bertuah terdiri daripada ibu tunggal dan orang miskin yang tinggal di sekitar Jalan Junid, Jalan Khalidi  dan Taman Khalidi Baru diraikan pada petang tersebut. PKR menyumbang wang tunai sementara PAS menyediakan beras dan barang-barang keperluan dapur. Ini adalah sebahagian daripada roadshow Pakatan Rakyat menyampaikan bantuan sempena bulan Ramadhan di beberapa tempat dalam Parlimen Muar.
PAS diketuai oleh ADUN Maharani, YB Dr Mohammad Taslim sementara PKR diketuai oleh Sdr Hizwan Ahmad, Penyelaras PKR Parlimen Muar.Kepimpinan PAS dan PKR juga hadir termasuk Ustaz Abu Bakar Md Lajat, YDP PAS Muar, dan Sdr Yatin Sarpan, Ketua PKR Cabang Muar. Kepimpinan Wanita dan Muslimat turut hadir.
Lebih bermakna lagi apabila  sokongan padu daripada DAP cukup terasa dengan kehadiran YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri, YB Gwee Tong Hiang, ADUN Bentayan (bersama isteri) dan kepimpinan DAP termasuk Setiausaha DAP Negeri Johor dan Setiausaha DAPSY.
Rakan media juga turut diraikan pada petang tersebut.
Sebelum majlis tersebut Sdr Hizwan dengan diiringi YB Dr Mohammad dan AJK masing-masing telah menziarahi 3 orang penerima sumbangan di Lorong Penambang, Jalan Khalidi Muar. Seorang warga emas
menerima sebuah kerusi roda baru

Majlis bermula dengan tazkirah oleh Ustaz Abu Bakar, YDP PAS Muar.


YB Gwee menarik perhatian dengan pengetahuannya tentang puasa dan
adab berjiran mengikut Islam.

Dari kiri: Sdr Ahmad Anwar Asyraf, Sdr Yatin , Hj Abd Rahman 
dan SU DAP Negeri dan DAPSY.


 Di antara wakil media dari Sinar Harian, Sdri Nur Asyikin.




YB Er Teck Hwa bersama Ahmad Anwar Asyraf Samm
dan SU DAPSY di hadapan Mann Chalet. 

Suasana ceria dan nyaman di Mann Chalet.

Pemimpin Rakya dari kiri: Sdr Abu Bakar Ismail, Pengerusi Majlis merangkap Pengarah MTD Maharani, YB Er Teck Hwa, Ahli ParlimenBakri dan Ustaz Abu Bakar , YDP PAS Muar.


YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, YB Gwee Tong Hiang, ADUN Bentayan 
dan Sdr Hizwan Ahmad, Penyelaras PKR Parlimen Muar.

Sebahagian daripada penerima sumbangan.


Bersedia menyampaikan sumbangan.


Wang tunai daripada Sdr Hizwan dan iringan barang dapur
daripada YB Dr Mohammad dan Ustaz Abu Bakar.



 Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya daripada kami.

Sdr  Abu Bakar, Sdr Hamidun sedang berbincang sesuatu.



 Juadah tersedia.


Para penerima sumbangan merasa terharu di atas keperhatinan Pakatan Rakyat sambil mengucapkan ribuan terima kasih. Nampaknya mereka faham perjuangan Pakatan Rakyat.
Terima kasih kepada semua penyumbang.
 
Read More

SUMBANGAN RAMADHAN PKR DAN PAS MUAR


KESERASIAN DAN KERJASAMA PAKATAN RAKYAT TERSERLAH LAGI.

Pakatan Rakyat Muar tidak ketinggalan berterusan membantu rakyat mengikut kemampuan dengan hasrat untuk merialisasikan  MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN. Bulan Ramadhan merupakan bulan terbaik untukkami  meneruskan usaha murni membantu meringankan beban rakyat..Setelah menziarahi rakyat di kawasan luar bandar kali ini kami turun ke kawasan bandar di Lorong Penambang, Jalan Khalidi Muar.untuk menyampaikan bantuan.
Kami menziarahi Tuan Haji Ibrahim di Lorong Penambang, tidak jauh dari Bulatan Sulaiman di hadapan Wetex Parade,pusat belibelah yang terhebat di Muar. Warga emas ini , seorang bekas bilal surau mengalami kecederan patah tulang peha dan juga angin ahmar. Beliau bergerak menggunakan kerusi roda tetapi nkerusi roda beliau sudah terlalu uzur, minta diganti. Keluarga beliau mengadu hal kepada YB Dr Mohammad yang kebetulan sedang mengaagihkan sumbangan Ramadhan. Sdr Hizwan Ahmad, penyelaras PKR Parlimen Muar pula sedang mencari seorang penerima kerusi roda. Memang rezeki Tn Hj Ibrahim agaknya.
Pada petang Rabu, 25 Ogos 2911 Sdr Hizwan dengan diiringi oleh YB Dr Mohammad Taslim dan AJK PAS dan PKR serta wartawan Sinar harian telah menziarahi untuk menyerahkan kerusi roda tersebut.

Suasana panas di luar, mencari tempat teduh....
YB Dr Mohammad bersama Sdr Hizwan dan Tn Hj Ibrahim. 


Terharu dan gembira....Tn Hj Ibrahim menerima sumbangan 
daripada Sdr Hizwan.

Untuk kenangan: Sdr Hizwan, Sdr Subranmani, Ketua Wanita PKR Muar,
Pak Yahya Asam Pedas dan YB Dr Mohammad bersama Pak Ibrahim.



 YB Dr Mohammad menyampaikan sumbangan kepada nenek
yang sudah bongkok, perlu bantuan di Lorong Penambang.
Sdr Hizwan bersedia denga sumbangan duit raya.

 Simpati...marilah bantu warga emas ini.
Read More

PROGRAM BUBUR LAMBUK DAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN



Semua masyarakat dijemput hadir ke program di atas untuk mengambil bubur lambok percuma yang disediakan. Dijangkakan  10 periok akan dimasak pada hari tersebut untuk diagihkan kepada orang ramai.
Pada masa yang sama, sempena menyambut kemerdekaan,  YB Dr. Mohammad akan memberikan bendera kepada orang ramai yang lalu di Pekan Pt. Bakar untuk dipasang di kenderaan masing-masing.
30 keluarga fakir miskin dan kurang kemampuan  akan menerima sumbangan raya berbentuk sekampit beras dan barangan dapur.


Read More

IHYA RAMADHAN MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN KELUARGA MISKIN


IHYA RAMADHAN ANJURAN JEMAAH KULIYAH MINGGUAN/MADRASAH AL-KHAIRAH, PARIT KEROMA MUAR

Majlis Berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan  kepada anak-anak yatim dan keluarga miskin telah dianjurkan oleh Jemaah Kuliyah / Madrasah Al-Khairah Parit Keroma Muar telah diadakan pada petang hari Ahad, 21 Ramadhan 1432H. Majlis dilangsungkan di Mann Chalet Jalan Junid Muar mulai jam 5.30 petang hingga 8.00 malam. Hampir 200 orang hadir termasuk pelajar muslimat Tahfiz dari Madrasah Hasan Mahmud Parit Sakai Muar.

Sementara menunggu  waktu berbuka puasa,  Alfadhil  Ustaz Hj Kasim Hj Ibrahim telah memberi tazkirah.

Ustaz Kasim memberi tazkirah Ramadhan.



YB Dr Mohammad dan tetamu tekun mendengar tazkirah.


Ucapan Perasmian oleh YB Dr Mohammad
sebelum menyampaikan sumbangan.


 
Sumbangan untuk pelajar tahfiz.





Semua menerima sumbangan.


Sumbangan untuk Si Cilik anak yatim.


Duit Raya daripada Ustaz Kasim.



Ustaz Kasim menyampaikan wang tunai, YB Dr Mohammad bersedia 
dengan hadiah iringan,D tengah-tengah nberjubah hitam ialah
Hjh Rokiah Hj Md Salleh dpd urusetia program. 

Menurut Puan Hjh Rokiah Hj Md Salleh, program ini merupakan program tahunan yang beliau uruskan brsama ahli keluarganya dari Madrasah Al-Khairah dan jemaah kuliyah mingguan Parit Keroma. Kuliah untuk muslimat dijalankan setiap pagi Ahad di rumah keluarga beliau. Tahun-tahun sebelumnya program ini dijalankan di rumah keluarga beliau. Kali ini sedikit kelainan dengan mengadakan program ini di luar. Alhamdulillah sumbangan daripada jemaah kuliah dan penderma mencurah-curah tahun ini. Lebih 100 orang anak yatim, keluarga miskin dan pelajar tahfiz menerima sumbangan kali ini. Semoga Ramadhan dan hari raya tahun ini lebih bermakna  kepada mereka.

Read More

ADUN MAHARANI TARAWIKH BERSAMA MASYARAKAT


PROGRAM YASIN MALAM JUMAAT DI SURAU, SOLAT JUMAAT DI MASJID DALAM DUN MAHARANI DAN TARAWIKH DI SURAU DAN MASJID merupakan program rutin yang dilakukan oleh YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, bersama-sama Pegawai Khas beliau, Sdr Hamidun Omar dan AJK DUN Maharani  dan ahli-ahli PAS. Inilah peluang terbaik untuk YB mendekati rakyat, memahami masalah dan harapan mereka serta membantu menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi.Sambutan sungguh baik dan masyarakat dapat manafaat daripada aktiviti YB turun npadang ini.
Sebagai seorang doktor sudah menjadi kebiasaan beliau sebelum menjadi YB pun sudah  memberi rawatan percuma kepada penduduk setempat.
 Seperti tahun-tahun yang lepas, sempena bulan Ramadhan al Mubarak YB Dr. Mohammad  Taslim telah mengatur jadualnya untuk bertarawikh bersama masyarakat dalam DUN Maharani.Beliau sentiasa diiringi oleh Sdr Hamidun dan sahabat-sahabat yang lain. Hampir setiap malam mereka bergilir bertarawikh di surau /masjid yang berlainan.

Selepas tarawikh  biasanya adalah juadah (moreh) yang disediakan oleh jamaah surau masjid sebelum sebahagian mereka bertadarus.
Baru-baru ini dalam ziarah tarawikh di Surau Al-Mahdi Jalan Junid Muar , majlis tahlil arwah dan  doa selamat  untuk seorang ahli surau yang akan menunaikan umrah telah dijalankan selepas tarawikh.


YB. bertarawikh di Surau Al-Mahdi, Jalan Joned, Muar

Tahlil dan doa selamat selepas tarawikh.

Ahli qariah surau khusyuk bertahlil.


Amiin....moga Allah kabulkan doa kami.

Menjamu selera..moreh.



Sekarang telah masuk tarawikh 10 malam terakhir. Biasanya YB sebok menunaikan  jemputan daripada surau dan masjid  untuk  Majlis Khatam Al-Quran . Semoga amal kita yang sedikit ini diterima Allah, Amiin.

Read More

MAJLIS IHYA RAMADHAN 2011 BPPNJ


MAJLIS TADARUS AL-QURAN  DAN IHYA RAMADHAN  anjuran Badan Perhubungan PAS Johor dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Johor telah dijayakan di Pusat Tarbiyah PAS Muar di Parit Pechah.



Majlis Tadarus dimulakan pada jam 3.00 petang hari Sabtu 20 Ramadhan 1432H diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran Bersama Pimpinan PAS Negeri yang dipimpin oleh Dato' Pesuruhjaya PAS Johor, YBhg Dato' Mahfodz Muhamed. Inilah julung-julung kalinya Majlis seperti ini dianjurkan oleh PAS Negeri Johor
Majlis Khatam Al-Quran turut disertai oleh TPJ Tuan Hj Aminolhuda Hassan, Ketua Pemuda Negeri Sdr Suhaizan Kaiat, SU Dewan Pemuda PAS Pusat Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ustaz Mohd Razali Jamil Al-Hafiz, YB Dr Mohammad Taslim dan Wakil Madrasah Tahfiz.

 Dato' PJ memulakan Majlis Khatam Al-Quran.



Majlis diteruskan dengan Majlis berbuka puasa, solat maghrib, Tazkirah oleh Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Malaysia, solat isyak, tarawikh dan Ceramah Badar Qubra.
Majlis Ceramah diPengerusikan noleh Sdr Faizul Salleh, Ketua Pemuda PAS Muar/SU Pemuda PAS Negeri.
YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, memulakan dengan ucapan alu-aluan selaku tuan rumah, dikuti dengan Sdr Suhaizan Kaiat Ketua Pemuda PAS Johor, Exco Pemuda Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Tim. Ketua Pemuda PAS Malaysia) dan di akhiri dengan ucapan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasarudi.

YB Dr Mohammad, Sdr Suhaizan dan Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi
di atas pentas.Ustaz Nik Abduh sedang berucap.

Ustaz Nasarudin memberi tazkirah selepas maghrib.

Ustaz Nasarudin bersama pelajar tahfiz


Pelajar-pelajar tahfiz bersama dalam Majlis Khatam Al-Quran.


Pengerusi Majlis, Sdr Faizul memulakan majlis.

Amanat Exco Pemuda PAS Malaysia

Ustaz Nik Abduh.




Ceramah Ustaz Nasarudin.

Self potrait YB Dr Mohammad di pentas.
Read More