SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PASTI AR RAHMAH MUAR


PASTI Ar-Rahmah, Taman Seri Temenggong, Jalan Temenggong Ahmad ,Muar adalah di antara PASTI yang aktif dan mendapat sambutan  hebat daripada penduduk setempat. Tadika ini diuruskan oleh Sdr Rahmat Ismail dan ahli-ahli Jawatankuasanya di bawah PAS Cawangan Bandar 'B' Muar.YB Dr Mohammad adalah mantan Pengurus PASTI ini dan sekarang sebagai Penaung PASTI.

Pada  hari Ahad 8 Ogos 2010, PASTI ini  telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan.Ini adalah program tahunan PASTI ini. Pelbagai acara telah diadakan seperti peraduan mewarna, sukaneka untuk pelajar, remaja dan pertandingan untuk dewasa.

Pelajar -pelajar dari PASTI-PASTI yang berhampiran,TASKI ABIM dan TADIKA ISLAH turut mengambil bahagian. Dua orang doktor telah memberi kerjasama menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma kepada para hadirin.Mereka berpeluang  membuat pemeriksaan kencing manis dan darah tinggi.Jamaah Islah Malaysia (JIM) Cawangan Muar telah mengadakan pameran 'Bebaskan Gaza 'dan jualan untuk Tabong Gaza.
Porgram ini telah dirasmikan oleh YB DrMohammad Taslim,ADUN Maharani. Majlis ini diserikan dengan perarakan dan perbarisan pelajar-pelajar Pasti. Selepas itu diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Bangsa Johor, lagu PASTI ( Pasti Cemerlang Islam Gemerlang ) dan lagu Tanggal Tiga Puluh Satu. 

Jawatankuasa Program mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa pelajar,penderma dan petugas pada hari tersebut.Kerjasama yang ditunjukkan memang hebat !
Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010

Pelajar lelaki PASTI Ar Rahmah berbaris segak

Pelajar perempuan tidak ketinggalan

Perbarisan bermula.....

Ibu-ibu tidak ketinggalan merakamkan aksi anak-anak mereka

Ibu-ibu dan pelajar PASTI

Ucapan Perasmian oleh YB Dr Mohammad.

Terima kasih Tuan Doktor.Khidmat ikhlas Tuan-Tuan kami ingati

Para Doktor sedang melakukan pemeriksaan

Perjuangan untuk membebaskan Palestine memerlukan sokongan dunia.
Kaunter JIM

Berani pelajar ni main 'kerusi beracun' !

Buat apa baldi tu dik?

Masuk ke?

Acara apa ni ?

Unik! Pertandingan Melipat Pakaian untuk bapa!

Wow! Pertandingan Memakai Kain Samping.  Macam Hang Tuah !

Tahniah!

Sdr. Abd. Samad Jani, Pengerusi Pasti Kaw. Muar menyampaikan hadiah

Puan Rubiah Raffee,isteri YB menyampaikan hadiah

Gembira....siap posing ambil hadiah!

Adik pun menang! Terima kasih Mak Cik Ruby!

Sdr Abdullah Shahid, YDP JIM Muar,turut menyampaikan hadiah


Terima kasih daripada pemenang kecil.

0