GOTONG ROYONG BANTU WARGA INDIA


Pejabat ADUN Maharani sudah menjadi tempat selesa untuk rakyat DUN Maharani khususnya mengadu hal.Sebahagian mereka di kawasan bandar biasanya menemui YB Dr Mohammad di Kliniknya di tengah bandar maharani di Jalan Sayang Muar.

Sebuah keluarga India di Parit Perupuk Jalan Temenggong Ahmad Muar mengadu kawasan rumahnya mengalami banjir setiap kali hujan lebat.Keadaan ini bertambah buruk apabila sempadan rumahnya dibangunkan menjadi Taman Seri Temenggong Fasa Dua. Parit sempadannya telah ditutup menjadikan air tidak dapat mengalir keluar dari rumahnya.

Auntie ini menunjukkan kepada petugas kami,Sdr. Shafie,sempadan rumahnya yang sepatutnya ada parit.Beliau meminta jasa baik kami membantu beliau membina parit sempadan kerana aduan beliau kepada Majlis Perbandaran Muar tidak mendapat layanan.

Saudara Abdul Razak Sulaiman,Setiausaha Politik YB, (berbaju merah dalam gambar di atas) dengan kerjasama Sdr Md Sap dan AJK DUN Maharani telah mengambil inisiatif membantu keluarga ini dengan menyewa JCB daripada sahabatnya dan sebuah lori untuk mengangkut tanah.Pada hari Ahad 8 Ogos 2010 kerja-kerja menggali parit dimulakan dan selesai lewat petang hari tersebut.

YB Dr Mohammad mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli PAS da penyokong yang bekerja keras menjayakan projek ini untuk membuktikan bahawa kami berkhidmat merentasi kaum demi keselesaan rakyat.Terima kasih kepada mereka yang menderma wang,masa,kepakaran dan semangat kerjasama.

JCB berjasa......







Sdr Fuad (dalam parit yang baru digali) bersama bekerja keras sehari suntuk menjayakan kerja kebajikan ini.Auntie ini lega hajat beliau tercapai.moga tiada lagi banjir berlaku.




Kerja -kerja diteruskan.....

Sdr Hamidun Omar (T-shirt oren) tidak ketinggalan bergotong royong.

Parit digali,banjir dielakkan....

Sdr Fuad dan Sdr Shafie merenung puas kerja hampir selesai.





0