DOA KESELAMATAN DARIPADA WABAK PENYAKIT-Hj Mohd Murtadza (bekas Mufti Kerajaan Negeri Sembilan)


Doa Keselamatan

Doa Keselamatan daripada wabak selesema babi oleh Hj Mohd Murtadza (bekas Mufti Kerajaan Negeri Sembilan)



Sumber: hjmohdmurtadza.blogspot.com
Read More

UTUSAN MALAYSIA MOHON MAAF KEPADA YAB DATUK MENTERI BESAR KELANTAN


Muka surat hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini,Rabu 29 julai 2009, menyiarkan PERMOHONAN MAAF kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat,Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan di muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.Kesalahan fakta yang sama juga tersiar dalam berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7 keluaran yang sama.

Tajuk atas sebelah kiri muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 tertulis 'Nasihat saya mesti didengar'.YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa 'nasihat beliau TIDAK semesti didengar'

YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz mengulas mengenai cadangan Kerajaan Perpaduan pada sidang media selepas menerima kunjungan oleh Menteri Mentor Singapura,Lee Kuan Yew di pejabatnya di Kota Darul Naim.

Sahabat-sahabat yang di rahmati Allah,ingatlah firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujuraat,surah Ke-49 ayat 6:

'Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita,maka selidikilah (untuk menentukan)
kebenaran
nya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) -sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan'
Read More

ADUN MAHARANI BERSAMA RAKYAT DI PARIT SAKAI LAUT


Baru-baru ini Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Sri Jong Muar telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Pendidikan Kesihatan dan Perangi Denggi dengan kerjasama Pejabat Kesihatan dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar (HPSF) di Balai Raya Parit Sakai Laut,Muar.

Diantara program yang dijalankan ialah Ceramah Pap Smear dan Kanser Pangkal Rahim oleh Dr Suzi dari HPSF Muar dan Ceramah Denggi dan Chikungunnya oleh PKP Abu Shahir Ahmad.

Untuk kanak-kanak seorang dentis disediakan untuk memeriksa gigi mereka di samping kuiz teka bilangan kacang dalam botol dan kuiz silang kata dengan hadiah-hadiah yang sangat menarik.

Ramai jururawat hadir untuk membantu menjayakan program ini dengan kehadiran ramai penduduk dan kanak-kanak dari sekitar kampung tersebut.

Ketua Kampung Sri Jong Encik Mohamad bin Hussin dalam ucapan alu-aluannya menyampaikan setinggi penghargaan kepada pihak HPSF dan Pejabat Kesihatan serta kakitangan yang terlibat pada hari tersebut.

YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani turut hadir dalam majlis tersebut.Beliau mengucapkan setinggi-tingi terima kasih kerana dapat bersama rakyat untuk memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Kampung dan ahli-ahli JKKK Sri Jong yang berjaya menganjurkan majlis tersebut dengan kerjasama HPSF dan Pejabat Kesihatan Muar serta para petugas.


YB Dr Mohammad bersama Dentis yg bertugas di Balai Raya Parit Sakai Laut,Muar


En. Mohamad Hussin (kiri) dan YB Dr Mohamad Taslim sedang menyampaikan amanat.
Kelihatan juga
Dr Suzi dan Tuan Imam Hj Hassan Mahmod Al Hafiz.

Read More

MUSLIMAT PAS MUAR BERJIHAD DI MANEK URAI




Team Muslimat PAS Muar , Negeri Johor dan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat Pusat



3 srikandi di hari mengundi

Ahli-ahli Dewan Muslimat PAS Muar terpanggil untuk sama-sama berjihad di Manek Urai sempena pilihanraya kecil pada hari Selasa 14 Julai 2009 yang lalu.Ketua DMPMuar Puan Fatimah Ismail di iringi oleh Timbalannya Puan Norhayati Bachok (suaminya Sdr Mustafha Ab Rahman,Bendahari BPPNJohor sebagai bodyguard cum navigator) dan Puan Rubiah Raffee (isteri YB Dr Mohammad Taslim).Mereka bertolak pada petang Sabtu 11 Julai.

Mereka ditugaskan di UPU Lata Rek sebuah kawasan yang menghijau dengan air sungai yang jernih dan kebun yang dipenuhi pokok durian yang mula gugur dan pokok dukong yang menunggu untuk dipetik.Mereka sungguh bertuah kerana dapat berkempen bersama YB Ustazah Zailah Yusof ,Ahli Parlimen Rantau Panjang dan YB Dr Siti Mariah.Tidak dilupakan Kak Zabedah Hasan,Bendahari DMPJohor yang ditugaskan memandu kenderaan YB Ustazah Zailah untuk membawa petugas berkempen dan mengangkut pengundi pada hari mengundi.
Di antara tugasan yang mereka lakukan ialah mengadakan program Yasin, tahlil dan tazkirah di rumah pengundi dan surau serta mengedar risalah.Jamuan durian di surau tidak dapat dilupakan.Kempen di Manek Urai ini unik dengan diserikan oleh program dikir barat untuk menarik pengundi di samping memberi bantuan kebajikan kepada penduduk setempat.

Mereka sempat juga bermandi-manda di sungai berhampiran yang jernih untuk menghilangkan penat selepas tidak berhenti-henti berkempen.Malam qiamulail tidak dilupakan.


Program 'turun sungai' di sungai yang jernih,tiada pencemaran

Pada hari yang ditunggu-tunggu,Selasa 14 Julai,mereka bersama-sama merayu undi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Lata Rek.Sesuatu yang tidak dijangka mereka didatangi tetamu istimewa,YBhg Datin Tuan Sabariah,isteri YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.Pengalaman yang sungguh manis,bonus pengorbanan mereka.



Kenangan manis bersama YBhg Datin Tuan Sabariah

Jam 12.00 tengahari hari mengundi mereka mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada tuan rumah dan para petugas lain sambil mendoakan kejayaan PAS-Pakatan Rakyat.

Alhamdulillah berita kemenangan mereka terima dalam perjalanan pulang ke Muar.Tahniah para pejuang Islam!

ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

 __________________________________________________________________________________

Wednesday, July 15, 2009


DATA PENGUNDI PRK N41 MANEK URAI PECAHAN IKUT SALURAN

Nah !, korang study lah, aku malas, korang nak kata apa pun, korang punya pasal lah.
scan0001

sumber: http://guanomanikurai.blogspot.com/2009/07/data-pengundi-prk-n41-murai-pecahan.html



Read More

PROGRAM ZIARAH ADUN MAHARANI


Sebagaimana biasa apabila ADUN Maharani,YB Dr Mohammad Taslim mendapat berita penduduk di kawasannya khususnya ditimpa musibah atau uzur, beliau akan menziarahi mereka bersama-sama Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat DUN Maharani.

Pada petang Ahad 12 Julai 2009 yang lalu YB Dr.Mohammad telah berkunjung ke Kampung Parit Raja Jalan Dato Hj. Kosai untuk menziarahi 3 orang penduduk yang ditimpa musibah - seorang mendapat stroke, seorang lumpuh ditimpa kemalangan dan seorang lagi terkena semburan ular hitam di rumahnya.
Disamping menziarahi untuk bertanya khabar, beliau juga melakukan pemeriksaan kesihatan dan membawa sedikit buah tangan.



YB sedang memeriksa mata Pn. Hjh. Noraini Bte Omar yang terkena semburan ular hitam yang memasuki rumahnnya.
Disebelah beliau adalah suaminya Tn. Hj. Muhammad Nur B. Ibrahim.


En. Mohd Saat terlantar lumpuhakibat kemalangan 7 bulan yang lalu.
YB menyampaikan buah tangan kepada isteri beliau.

Huruf condongBertanya khabar kepada Tn. Hj. Mohd Sharif B. Dekan yang mendapat stroke lebih 3 bulan.
Isteri beliau baru seminggu kembali ke rahmatullah.


YB menghulurkan buahtangan kepada Tn. Hj. Mohd Sharif. Di sebelah kiri ialah anak-anak
Tn. Hj. Mohd Sharif . Cikgu Menhad B. Mahmod,AJK DUN Maharani di sebelah kiri.
Read More

PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH AMAL MALAYSIA BERSAMA HPSF MUAR


Pada hari Ahad 5 Julai 2009, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor dengan kerjasama Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar telah mengadakan Program Derma Darah di perkarangan pintu masuk Wetex Parade tempat membeli belah yang terkenal di bandar Muar dalam DUN Maharani. Program ini bermula jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.

Y.B. Dr. Hj. Mohammad Bin Taslim sebagai Penaung Yayasan Amal Daerah Muar dan Sdr. Shamsudin Pengarah Amal Malaysia Johor turut bersama-sama menjayakan program tersebut.Kerjasama di antara Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, ahli jawatankuasa DUN Maharani dan Amal Malaysia Johor memastikan program ini berjalan dengan lancar.

YB turut menyumbangkan cenderamata seperti air mineral,beg dan sijil penghargaan kepada penderma-penderma darah. Turut hadir ialah YB Er Teck Hwa Ahli Parlimen Bakri dan AJKnya serta wakil wartawan dari The Star dan Harakah.

Sebahagian daripada pengunjung yang datang untuk membeli belah di Wetex Parade secara spontan menjadi penderma darah apabila melihat khemah Kempen Derma Darah.Tahniah kepada rakyat Malaysia yang begitu prihatin untuk membantu pesakit yang memerlukan darah.Ada diantara mereka telah menderma darah sebanyak 12 dan 25 kali. Mereka mengucapkan tahniah kepada YB Dr. Hj. Mohammad kerana mengadakan program ini di tempat awam.

Walaupun hujan pada sebelah pagi tetapi sambutan sungguh menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Seramai 46 orang telah menderma darah dan 12 orang yang pernah menderma darah sebelum ini terpaksa ditolak kerana beberapa faktor.

YB Dr. Hj. Mohammad mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Hospital Sultanah Fatimah Muar dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor yang sudi mengadakan program khidmat sosial ini di kawasan DUN Maharani. Program yang sangat bermanafaat ini dapat membantu pesakit yang memerlukan darah.Beliau merancang untuk meneruskan program ini dalam masa terdekat.


Program Derma Darah di hadapan Wetex Parade Muar


Dr Adha dari HPSF Muar sedang menyaring penderma






Muslimat pun tidak ketinggalan menderma darah.Syabas!

Read More

PILIHANRAYA MANIK URAI - UNDI PAS !




Rayuan Tok Guru Kepada Pengundi Manek Urai

Tidak ada apa kelebihan yang ada dari parti lawan selaindaripada umpan hadiah berupa pembangunan dan janji subsidi di sana sini.Kita bukan tidak kenal siapa UMNO.Cukuplah dia menghuru-harakan Negeri Perak.Mari kita kekalkan suasana tenang di Kelantan,dalam rahmat pemeliharaan Allah S.W.T. seperti yang telah dianugerahiNya kepada kita selama ini.

Di bawah PAS,susah apa. Agama dapat,pembangunan dapat. Kita sdang beri makanan rohani yang secukupnya tanpa mengabaikan aspek kebajikan kepada rakyat kita.Apa yang ada pada kita,tidak ada pada UMNO.Ini semua bertolak dari kejujuran kita untuk menjaga agama Allah dan nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan warna kulit supaya berjaya di dunia dan berjaya lagi di akhirat.Yang kita sama-sama sedang berakhtiar dan perlu kita jauhi ialah azab Neraka di akhirat kelak.UMNO tidak ada 'buah' ini.Sikit-sikit pembangunan.Sikit-sikit satu Malaysia.Dia hanya gilakan dunia.Bagi mereka,halal haram dia tak peduli.Bagi mereka kejayaan di akhirat tidak mustahak.

Kepada seluruh pengundi,baik dalam mahupun luar,mari kita terus kembali kepada Islam.Tunaikan tanggungjawab pada 14 Julai ini.Pilihan kita adalah PAS.Nampak saja bulan,jangan banyak soal;terus pangkah - selesai masalah.

Mari kita kekalkan persekitaran hijau yang subur di Manek Urai demi Allah untuk Allah kerana hanya Dialah jua yang Maha Besar.

Allahuakbar.Alahuakbar.Allahuakbar.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Tanggal 11 Rejab 1430
4 Julai 2009



Read More

ADUN MAHARANI PERLI YB PENGERUSI JAWATANKUASA (EXCO) KESIHATAN?


VERBATIM JAWAPAN EXCO KEPADA UCAPAN ADUN MAHARANI KETIKA MEMBAHASKAN USUL MENJUNJUNG KASIH DI DEWAN NEGERI JOHOR


Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga,Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan (YB P JK PWDKKMDK - Y.B. Dr Hajah Robia binti Dato' Haji Kosai)


Yang Berhormat ADUN Maharani menyentuh langkah-langkah Jabatan Kesihatan untuk memberi penerangan mengenai H1N1.Saya pun tak tahulah.Sebab kita,Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mengedarkan lebih ribu-ribu risalah.Selain daripada itu,kita juga membuat hebahan media massa,radio.macam-macam radio kita buat hebahan,TV,semua saluran TV kita buat hebahan,surat khabar,macam-macam surat khabar.

Y.B. Dato' Speaker: Surat khabar Harakah ada?

Y.B. P JK PWDKKMD: Ha,tu wallahualam.

Y.B. Dato' Speaker: Oh,tak ada eh?

Y.B. P JK PWDKKMD: Mungkin di situlah tak adanya kot.Dan hebahan ini kita buat setiap masa.Dan juga kita ada hebahan melalui laman web Kementerian Kesihatan yang memberi penerangan penyebab penyakit dia,penularannya,cara pencegahannya kepada masyarakat umum.

Yang Berkormat Maharani juga menyentuh hospital pakar dan kekurangan Doktor Pakar dan penaiktarafan Hospital Pakar Sultanah Fatimah bagi pelaksanaan pembelajaran lepasijazah.

Yang Berhormat Dato' Speaker,Yang Berhormat ADUN Maharani ni pun seorang doktorlahkan....

Y.B. Dato' Speaker: Dia doktor apa Yang Berhormat?Saya tak faham.

Y.B. P JK PWDKKMDK: Saya rasa...

Y.B.Dato' Speaker:Samalah dengan Yang Berhormat eh?

Y.B. P JK PWDKKMDK: Samalah,sama.

Y.B. Dato' Speaker: Doktor belah?

Y.B.P JK PWDKKMDK: Doktor oranglah.

Y.B. Dato' Speaker: Yalah,mana ada doktor lain.Doktor oranglah.

Y.B. P JK PWDKKMDK: Ada,ada,doktor binatang.

Y.B. Dato' Speaker: Oh,ada eh?

Y.B. P JK PWDKMDK: Doktor klinik gigi.

Y.B. Dato' Speaker: Oh.

Y.B. P JK PWDKMDK: Ini,doktor oranglah.Jadi,Hospital Pakar Sultanah Fatimah ni,memang dinamakan Hospital Pakar Sultanah Fatimah.Dan hospital ini mempunyai Doktor Pakar dan Pegawai Perubatan di setiap displin.Dermatology ada,kulit ada,apa,tulang ada semua ada.

Y.B. Dato' Speaker: Erm.

Y.B. P JK PWD KMDK: Ada juga,kalau kita tengok hospital yang dikatakan dia hospital pakar,tetapi tak cukup displin-displin yang patut ada dalam hospital pakar.Dan nama hospital pakartu,kadang-kadang kita memang tak letak hospital pakar seperti Hospital Sultamah Aminah, kita tak ada tulis Hospital Pakar Sultanah Aminah ataupun Hospital Sultan Ismail,Pandan,kita tak letak Hospital Pakar Sultan Ismail.Tapi orang tahu itu adalah hospital pakar.Jadi,nama pakar boleh diletak atau tidak diletakkan.Kebanyakan swasta pun tak letak hospital pakar,tapi dia claim ,dia tu adalah hospital pakar.Pada hal dia tidak mempunyai semua displin.
Dan,bagi pengajaran lepasan ijazah ,post graduate.Post graduate ini,dia kata kenapa tak Hospital Pakar Sultanah Fatimah ni tak dijadikan,apa tu, hospital untuk pembelajaran atau pengajaran lepasan ijazah.Di Malaysia ni hanya satu saja,Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia yang boleh mengendalikan kursus itu dan diberikan lesen atau kursus yang ditawarkan.Dan ini adalah mengiklut prestasi hospital itu.Bukan semua hospital boleh dijadikan hospitan untuk pengajaran lepas ijazah.Jadi,saya rasa..

Y.B. Dato' Speaker: Cuma doktor pelatih saja eh?

Y.B. P JK PWDKKMDK: Ha,sini pelatih yes,ya.

Y.B. Dato' Speaker: Oh.

Y.B. P JK PWDKKMDK: Macam tulah.Jadi itu,jadi saya rasa tidak sewajarnyalah atau pun perli ke,wallhualam,tapi jangan katakan bahawa hospital pakar,nama saja hospital pakar.tapi kenapa tak cukup,ha apa,pakar-pakarnya.
Read More

ISU ISKANDAR MALAYSIA HANGAT DI DEWAN NEGERI JOHOR


VERBATIM UCAPAN ADUN MAHARANI DR MOHAMMAD BIN TASLIM TENTANG ISKANDAR MALAYSIA DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 30 JUN 2009:

Y.B. Dr Mohammad bin Taslim (Maharani):
Sikit lagi.Kali ini kita tak lupa sebab kita sekarang sudah berada di Iskandar Malaysia.Dahulu rasa jauh,saya rasa jauh tak pernah sampai ke sini.Kali ini kita sudah berada di Iskandar Malaysia,di Kota Iskandar,jadi saya mengucapkan syabas di atas kejayaan kerajaan menarik pelaburan ke Iskandar Malaysia ini.Cuma kita pastikan dari segi pelaburan dari segi projek mega tidak dinafikan,tetapi kepentingan rakyat.

Kami ADUN Pakatan Rakyat sentiasa ditemui oleh rakyat,tak kira dari mana kawasan kerana mereka yakin dengan kemampuan ADUN Pakatan Rakyat untuk menyampaikan masalah ini sampai ke dewan.Mungkin disangkakanlah,persepsi mungkin,dia kalau dihantar pada ADUN BN mungkin tak sampai ke Dewan.Jadi saya cuba sampaikan permasalahan rakyat di Iskandar Malaysia.

Dua tahun lepas.PAS Negeri Johor telah menerbitkan sebuah risalahbertajuk WPI Antara Impian Dan Realiti, itu dua tahun lepas.Dan kita telah menyenaraikan beberapa kebimbangan ekoran daripada pembangunan Iskandar Malaysia.Antara kebimbangan tersebut disebutkan dalam risalah tersebut dan sekarang ini sedang berlaku ada beberapa perkara seperti yang saya nyatakan berikut:

Berlakunya lambakan pekerja asing terutamanya dari dalam sektor binaan yang menimbulkan banyak masalah sosial,kesihatan dan keselamatan.
Penduduk asal Gelang Patah,khususnya bumiputra,semakin terpinggir dari arus pembangunan Iskandar Malaysia.
Saya ada beberapa contoh yang saya harapkan ini telah diselesaikan,kalau belum diselesaikan:

Penduduk asal Kampung Tanjung Pelepas Yang menetap di Taman Desa,Paya Mengkuang yang dapat pampasan RM300,000.00 hingga RM400,000.oo tapi sekarang dianggarkan 20 hingga 30 orang yang akan dihalau kerana tidak mampu membayar ansuran pembelian tanah, hasil daripada pendapatan pampasan itu beli rumah dan kali ini tak boleh bayar.

25 keluarga peserta FELCRA Tebing Runtuh,tapak pusat kita ni,masih tinggal di rumah yang di bina..

Y.B. Datuk Haji Abdul Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya): Yang Berhormat Datuk Speaker...

Y.B. Datuk Timbalan Speaker: Ya. Yang Berhormat?

Y.B. Datuk Haji Abdul Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya): Sebenarnya semua dah diselesikan dah.Agak Yang Berhormat yang bercakap ni,dia tak tahu.Dan kalau boleh minta dia pergilah tengok sendiri jangan dengar cakap-cakap orang.Macam apa yang dinyatakan tadi kata 2 tahun yang lepas tak jadi realiti,pada hal kalau kita tengok telah pun menjadi realiti.Banyak yang kita telah bantu.Saya sbagi tau tanpaebagai ADUN kawasan sini,saya tak terimalah kalau Yang Berhormat daripada Maharani,duduk dia jauh tapi dia tanpa melihat sendiri keafdaan tersebut.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker: O.K. Yang Berhormat jemput duduk.

Y.B. Datuk Haji Abdul Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya): Ini tak betul ini.Itu sebab saya cakap.Mula-mula masa saya cakap dulu...

Y.B. Datuk Timbalan Speaker: Jemput duduk.Tak apa. Pihak kerajaan akan memberikan penjelasan yang secukupnya.

Y.B. Datuk Haji Abdul Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya): Terima kasih.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker: Jemput Yang Berhormat Maharani.

Y.B. Dr Mohammad bin Taslim (Maharani): Terima kasih.Saya menyampaikan amanah rakyat walaupun saya tidak ada di sana,mata dan telinga saya ada...

Y.B. Datuk Haji Abdul Aziz Bin Haji Sapian (Nusajaya): Ha,ini yang tak betul.Amanah,kadang-kadang nak kena betulkan.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker: Yang Berhormat,Yang Berhormat jemput.

Y.B. Dr Mohammad bin Taslim (Maharani): Terima kasih.Mana yang tak betul,tolong betulkan.Itulah..

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : O.K. ringkas sedikit Yang Berhormat.Masa dah cukup.

Y.B. Dr Mohammad bin Taslim (Maharani) : Ok sedikit sahaja.Masalah keluarga Kampung Pendas Laut.Ha,itu kasi sebut pendek jelah.Keluarga Kampung Bukit Tempurung,Gelang Patah.Dan saya difahamkan ada juga kampung yang lama tu,yang kata sekarang dah ada nama baru.Itu tahu-tahu jelah.Dan penduduk perkampungan nelayan...

Y.B. Datuk Haji Abdul Aziz bin Hji Sapian (Nusajaya) : Yang Berhormat,ini pun tak betul juga.Ini kawasan saya...

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok,Yang Berhormat jemput.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abdul Rahman (Machap): Datuk Speaker, ini peraturan 45,salah dari segi tak boleh sampuk.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker: Ok, jemput Yang Berhormat.

Y.B. Dr Mohammad bin Taslim (Maharani): Akhir sekalilah.Dan juga,kita dapat berbanggalah kerana dengan adanya projek-projek ini,maka kontraktor-kontraktor tempatan dapatlah projek.Walau bagaimanapun untuk ingatan,kontraktor-kontraktor tempatan kena pastikan bahawa mereka dapat peluang selain daripada rakyatnya yang saya sebut tadi,kontraktor tempatan juga mestilah diutamakan supaya mereka dapat menikmati kontrak-kontrak yang ada di dalam Iskandar Malaysia ini.

Dan seperti yang telah saya sebutkan yang lepas pembinaan leburaya persisiran pantai yang melibatkan pembinaan lebuh raya 6 ke 7 interchange dan juga kita tahu siapa yang dapat kontrak dan kena pastikan bahawa, walau bagaimana apa sekalipun pastikan rakyat tempatan mendapat kemudahan.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker: Cukup Yang Berhormat.
Read More

UCAPAN MENJUNJUNG KASIH TITAH SULTAN OLEH ADUN MAHARANI



UCAPAN PERBAHASAN MENJUNJUNG KASIH
TITAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR
SEMPENAPERASMIAN PEMBUKAAN PENGGAL PERSIDANGAN YANG
KEDUA BAGI DEWAN NEGERI JOHOR YANG KEDUA BELAS
OLEH
YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN KAWASAN MAHARANI
30 Jun 2009
Bismilahirrahmaanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat sejahtera , selamat pagi

YB Datuk Speaker
Ucapan syukur kepada Allah swt dan terima kasih kepada YB Datuk
Speaker kerana memberi peluang kepada Maharani untuk berucap dalam
perbahasan menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sempena perasmian pembukaan penggal persidangan yang kedua bagi Dewan Negeri Johor yang kedua belas.
Dalam persidangan kali ini dalam Dewan yang mulia ini Maharani merasakan beberapa perubahan,penambahbaikan dalam suasana ahli-ahli dewan bersidang,perbahasan yang kadangkala panas tetapi memberi manafaat,di mana ahli-ahli yang berhormat sentiasa alert,memberi perhatian kepada setiap isu yang dibangkitkan.Hujah dijawab dengan hujah yang berhikmah bagi menjawab segala permasaalahan.Sebagai wakil rakyat tanggungjawab kita membincang dan menyelesaikan hasrat rakyat, without fear or favour.

YB Datuk Speaker

Soalan bertulis
Mulai persidangan ini ahli-ahli YB hanya diberi peluang bertanya 5 soalan bertulis dengan tidak melebihi 40 perkataan.Walaupun peratuaran ini telah diluluskan, dewan patut menyemak semula peraturan ini kerana ia menghadkan ahli-ahli YB bertanya banyak maklumat dan permasaalahan yang perlu diselesaikan.Inilah saluran terbaik untuk kerajaan memberi maklum balas.Tambahan pula biasa apabila sesuatu perkara itu dibawa ke dalam dewan barulah tindakan susulan dilakukan dengan pantas.Samalah seperti apabila sesuatu masaalah itu disiarkan dalam akhbar atau media elektronik barulah tindakan segera dilakukan.
Maharani ingin mencadangkan supaya setiap ahli-ahli YB dibenarkan menghantar 3 soalan bertulis setiap bulan melalui jurutulis untuk dijawab oleh jabatan yang berkenaan.Adakan OSC (one stop centre) untuk wakil rakyat.

YB Datuk Speaker

Ucapan-ucapan Tangguhan Mesyuarat

Maharani difahamkan ucapan tangguhan tidak pernah atau jarang-jarang berlaku dalam Dewan yang mulia sebelum penggal persidangan ini.Memahami Peraturan Dewan 119 (5) nampaknya pembangkang tiada peluang membuat ucapan tangguhan.Walaupun begitu seseorang ahli yang telah terpilih dengan undi bersurat itu boleh menyerahkan haknya boleh bercakap itu kepada sebarang ahli lain. Kami ingin mencabar siapa diantara 5 orang ahli-ahli YB sanggup memberikan peluang ucapan tangguhannya kepada YB Pakatan Rakyat .

YB Datuk Speaker

Pandemik Influenza H1N1

Dalam persidangan yang lalu kita banyak berbincang tentang Chikungunya dan demam denggi.Hari ini masaalah demam denggi masih belum selesai.Malahan setelah mengisytiharkan perang ke atas demam denggi pada awal tahun,Kementerian Kesihatan hari ini mengakui di ambang kekalahan,iaitu gagal memerangi wabak ini.Ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan baru-baru ini.Malangnya doktor pula dipersalahkan kerana kononnya gagal mengesan kes atau tidak melaporkan kes berkenaan.
Hari ini kita dikejutkan dengan kes selsema babi atau sekarang dikenali di Malaysia sebagai Influenza A (H1N1):
a) Memandangkan WHO ( Pertubuhan Kesihatan Sedunia) mengumumkan bahawa virus Influenza A (H1N1) telah mencapai tahap 6 iaitu pandemik yang bermaksud jangkitan penyakit secara besar-besaran, malah virus ini boleh mencapai tahap generasi kedua,ketiga dan keempat seperti di beberapa negara lain dan ini adalah pandemic influenza pertama di dunia dalam tempoh 40 tahun bagi virus influenza A (H1N1) menurut Ketua Penolong Pengarah WHO dan virus H1N1 ini akan merebak di seluruh dunia selama satu hingga dua tahun,
b) Memandangkan vaksin khusus H1N1 dijangka hanya tiba ke Malaysia pada akhir tahun- kenyataan Menteri Kesihatan,
c) Memandangkan ubat anti-viral ada kesan sampingan
d) Memandangkan dianggarkan satu juta rakyat Amerika Syarikat dijangkiti penyakit ini berdasarkan model matematik –kenyataan Pegawai Rasmi pengawasan selsema dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC)
e) Memandangkan kes import dan jangkitan tempatan bertambah setiap hari di Malaysia dan Negara jiran
f) Memandangkan Negeri Johor adalah pintu masuk utama ke negara ini melalui udara,darat dan laut
Maka Pakatan Rakyat telah mengusulkan rundingan tergempar membahaskan langkah-langkah pencegahan dalam Dewan yang mulia ini,walaupun ditolak.
Kami bimbang kerana pandemik ini dipandang ringan oleh orang ramai terutama dengan meningkatnya kes-kes tempatan.Kawalan ketat perlu dilaksanakan sebelum ia menjadi malapetaka kepada Negara.
Di antara pendekatan ialah:
a) menyediakan membersihkan tangan menggunakan dispenser antiseptik automatik di tempat awam.
b) menyediakan topeng muka untuk mereka yang bertugas di tempat awam,sekolah dll
c) Pemeriksaan di pintu masuk utama hendaklah lebih diperketatkan kerana kebanyakan kes adalah kes import.
d) batalkan permit import daging babi untuk sementara waktu. Negara Cina dan Rusia haramkan import daging babi.
e) tindakan proaktif berterusan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama kementerian lain.
f) menyebarkan maklumat terkini tentang penyakit ini kepada orang ramai- kerajaan Thailand edar sejuta naskah buku kecil mengenai Influenza A (H1N1)
Kami mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan kerana baru-baru ini telah mengambil 10 langkah menangani H1N1 tetapi banyak lagi tugas yang belum selesai.Rakyat jangan rasa selesa dan kerajaan tidak boleh berpuas hati dengan tindakan sekarang.

YB Datuk Speaker

Isu Pendidikan
Baru-baru iniYAB Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan mewujudkan satu kategori khas biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikenali sebagai Biasiswa Nasional yang kelayakannya 100 peratus berdasarkan merit mulai tahun depan.
Rakyat didahulukan tetapi jangan lupa pelajar yang tidak dapat peluang belajar di sekolah terbaik,kemudahan terbaik,guru terbaik seperti pelajar luar bandar,pelajar miskin.
Maharani menggesa kerajaan supaya kuota biasiswa untuk bumiputra seperti termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak dilupakan.Negeri Johor dahulunya menganugerahkan Biasiswa Sultan Ibrahim kepada anak negeri,sekarang dah lenyap.
Saya yakin setiap hari ahli-ahli YB didatangi oleh ramai pelajar-pelajar yang berjaya ke menara gading mohon bantuan kewangan.Jika rakyat didahulukan mereka yang layak wajib dibantu.Kita berbangga dengan banyaknya institusi pengajian tinggi awam dan swasta tetapi jika rakyat tidak mampu bagaimana mereka dapat menaikkan taraf hidup keluarga.
YB Datuk Speaker
PRU 12 yang lalu melihat kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan.Kami ADUN Pakatan Rakyat diberi amanah yang cukup berat oleh rakyat untuk memastikan rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.Lebih setahun berlalu kami cepat belajar menjalankan amanah.
Sabda Rasulullah saw bermaksud “Setiap kamu adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan di atas apa yang kamu pimpin.Seorang pemerintah akan dipertanggungjawabkan ke atas setiap rakyat yang kamu perintah.”
Mafhum firman Allah SWT “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah terhadap manusia, dan apabila kamu berhukum (buat keputusan) maka hendaklah kamu menghukum (buat keputusan) dengan seadil-adilnya.” (Suran An Nisa’ :58)
Sedikit pengalaman saya untuk renungan bersama:
Peruntukan tahunan ADUN Pakatan Rakyat dinafi.
Pegawai Khas YAB Menteri Besar mengganti kami,
Rakyat merungut susah nak jumpa,
bantuan dipohon tak kunjung tiba,
pendirian politik di ambil kira,
rakyat nak tahu RM200,000.00 mana tandanya.
YB Datuk Speaker
Malaysia mendokong prinsip-prinsip demokrasi yang luhur serta mengamalkan konsep Persekutuan (Federalism) yang tulen dalam membangunkan masyarakat majmuk.Namun untuk berkhidmat untuk rakyat pun kami mendapati halangan-halangan melintang:
Saya mengucapkan terima kasih kepada jabatan-jabatan kerajaan yang telah memberi kerjasama yang baik selama ini tetapi masih ada jabatan dan ketua jabatan yang takut bekerjasama dengan kami.Kami bimbang ada arahan-arahan mungkin dari langit atau mereka takutkan bayang sendiri yang menyebabkan mereka takut bekerjasama dengan kami.
Untuk mengadakan program bersama rakyat di dewan atau padang sekolah atas nama ADUN memerlukan kebenaran peringkat negeri yang belum pernah diberi.Jemputan di majlis rasmi sekolah jauh sekali tetapi surat mohon derma biasa diterima berkali-kali .ADUN BN bukan sahaja dijemput ke sekolah bahkan boleh menggunakan kemudahan dewan sekolah untuk majlis sambutan hari raya.
Program Mesra Rakyat anjuran JPMM,jabatan dan agensi kerajaan juga tidak mesra wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Terbaru Maharani memohon untuk mengadakan program derma darah atas nama ADUN dengan kerjasama pihak Hospital pun tidak dibenarkan.Pihak kerajaan haruslah membuat garis panduan yang memudahkan jabatan kerajaan bekerjasama denga ADUN Pakatan Rakyat tanpa bimbang dikenakan sebarang tindakan.

YB Datuk Speaker

Lawatan Mingguan YAB Menteri Besar Ke Kawasan Parlimen
Maharani menyambut baik program YAB Menteri Besar turun padang untuk menyelesaikan masaalah rakyat.Parlimen Muar sangat bertuah dipilih sebagai kawasan pertama dilawati.Seperti dijangka ADUN Pakatan Rakyat tidak dilibatkan bersama.Khabarnya banyak projek,peruntukan diberi sempena lawatan tersebut.Kita tidak mahu rakyat ternanti-nanti janji seperti janji pilihanraya.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dalam sesi Parlimen sekarang menyatakan setiap kawasan Parlimen diberi peruntukan RM 1 juta tahun ini Rakyat didahulukan, gunakan peruntukan ini untuk rakyat.
Sebagai contoh permohonan membina masjid baru di satu kawasan di utara,bukan di Johor,sudah 12 tahun diusahakan belum berhasil.Apabila YAB Timbalan Perdana Menteri melawat kawasan tersebut barulah peruntukan diluluskan serta merta.Rakyat mahu kerajaan yang telus menjalankan amanah,projek diluluskan mengikut merit,tidak menunggu kehadiran pemimpin tertinggi atau disiarkan dalam media cetak atau elektronik baru diambil tindakan.

YB Datuk Speaker

Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk menyampaikan isu-isu dalam Kawasan Maharani.
Syukur alhamdulillah pembinaan dua buah masjid baru di Kg Pt Pinang Seribu Darat dan Pt Bakar Darat ,menggantikan masjid kayu,telah bermula bulan ini.Sekurang-kurangnya setahun baru siap.Terima kasih diucapkan kepada kerajaan.Kami di Maharani nampaknya lebih beruntung daripada Kempas
Penduduk Pt Pinang Seribu Darat sekarang bersolat Jumaat di Surau Kiyai Rushdi di Kg Pt Punggur Jln Sri Tanjung.Surau yang dinaiktaraf ini perlukan peruntukan untuk menambak dan mengetarnya untuk tempat letak kereta dan kemudahan lain,dan memagarnya untuk keselamatan.
Penduduk Pt Bakar Darat pula bersolat Jumaat di surau Pt Amat Darat Jln Sri Tanjung.Keadaan surau ini sempit dan bangunan tambahan sementara tidak sesuai untuk beribadat.Mohon peruntukan untuk menaiktaraf kedua-dua surau tersebut.

YB Datuk Speaker

Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar
Rakyat Muar khususnya berbangga kerana mempunyai sebuah Hospital Pakar yang dapat memberi rawatan yang sempurna.Walaubagaimanapun ia memerlukan penambahbaikan untuk layak digelar Hospital Pakar yang sebenarnya.Oleh kerana ia menjadi pusat rujukan kes-kes sehingga ke Segamat maka tanggungjawab para doktor dan kakitangan lebih mencabar.Selain doktor pakar,pegawai perubatan juga kurang.Pegawai Perubatan yang telah berkhidmat selama 4 tahun dan meneruskan pengajian ke peringkat Masters akan berpindah ke hospital yang diiktiraf sebagai pusat pengajian lepasijazah.Untuk menyelesaikan masaalah ini Hospital ini hendaklah dinaikkan taraf dan diiktiraf sebagai pusat pengajian lepasijazah.
Bangunan baru untuk klinik pakar, unit kecemasan nampaknya masih tertangguh dari RMK 8, RMK 9 dan RMK 10.Keperluan mendesak ini minta perhatian.

YB Datuk Speaker

Iskandar Malaysia – rujuk lampiran.

YB Datuk Speaker

Maharani ingin respond kepada masaalah PPSMI dan tulisan jawi yang dibangkitkan oleh ahli YB sebentar tadi.
Siapa yang memperkenalkan PPSMI?
Siapa yang memansuhkan pembelajaran tulisan jawi?
Yang pastinya ia bukan pembangkang.
Akhir sekali Maharani menyokong usul YB Bukit Serampang.
Wabillahi taufiq walhidayah wassalumalaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Read More

5 SOALAN BERTULIS ADUN MAHARANI BAGI MESYUARAT DEWAN NEGERI JOHOR JUN-JULAI 2009


Awal tahun ini Peraturan Dewan Negeri Johor telah dipinda.
Bil 26.(2) CARA-CARA MENYOAL dipinda di mana setiap ADUN hanya boleh menghantar 5 soalan bertulis sahaja.
Sebelum ini jumlah soalan bertulis tidak dihadkan.
______________________________________________________________

Soalan B107:

Berapakah keluasan Tanah Rezab Melayu (Malay Reserved Land) Negeri Johor pada tahun 1960 (awal merdeka), 1990 ( selepas tamatnya DEB) dan 2008 (terkini) dan berapa banyak yang telah ditukar status kepada Tanah Bebas (Freehold) bagi 3 tahun yang dinyatakan tadi?

Jawapan:

Tanah-tanah rizab Melayu yang dimaksudkan adalah di bawah Seksyen 3 Enakmen Rizab Melayu 1936 iaitu pengisytiharan secara kawasan.

Bagi keluasan tanah Rizab Melayu sebelum 1960 (sebelum merdeka), 1990 ( selepas tamat DEB) dan terkini mengikut pecahan daerah adalah sebagaimana berikut:

Daerah 1960 1990 terkini

Johor Bahru 2,057.62 hektar 66,822.205 hektar 68,879.825 hektar

Kluang 9,194.46 hektar 12,722.50 hektar 21,916.962 hektar

Segamat/Labis 39,072.83 hektar 5,552.99 hektar 44,625.83 hektar

Kulaijaya 10,599.00 hektar 14,249.78 hektar 24,848.78 hektar

Mersing 7,709.26 hektar 12,303.86 hektar 20,013.12 hektar

Pontian 5,503.71 hektar 10,952.92 hektar 16,456.63 hektar

Batu Pahat/Rengit 28,631.51 hektar 11,448.67 hektar 40,080.18 hektar


Ledang 5,317.83 hektar 15,050.33 hektar 20,368.16 hektar

Kota Tinggi/Pengerang 28,676.19 hektar 62,121.89 hektar 90,798.08 hektar

Muar 15,651.23 hektar 40,524.36 hektar 56,175.59 hektar

Bagi tanah-tanah Rizab Melayu yang ditukar statusnya menjadi bebas,tindakan penggantian tanah akan dibuat selaras dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan Per. 89(3).
Sehingga kini julah tanah Rizab Melayu yang telah ditukar status adalah berjumlah 2,1559.93
hektar dan telah diwarta ganti seluas 1,575.03 hektar dan seluas 872.56 hektar dalam proses pengwartaan ganti.

____________________________________________________________________
Soalan B108:

Minta nyatakan bilangan Rumah Mesra Rakyat yang telah dibina di negeri ini amnya dan di DUN Maharani khususnya untuk tempoh Mei 2008 hingga 2009 termasuk pecahan mengikut kaum Melayu,Cina dan India.

Jawapan:

Bilangan unit Rumah Mesra Rakyat yang telah dibina di seluruh Negeri Johor untuk tempoh masa dari Mei 2008 hingga 2009 ialah sebanyak 1,070 unit.

Bagi DUN Maharani,sehingga kini sebanyak 91 permohonan yang telah diterima oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad dan dari jumlah tersebut sebanyak 70 permohonan telah diluluskan.14 permohonan telah ditolak kerana tidak melepasi syarat dan 7 permohonan masih dalam proses temuduga dan lawat tapak.

Dari jumlah 70 permohonan yang telah diluluskan,sebanyak 32 unit yang telah dibina dan bakinya masih dalam proses menandatangani perjanjian dan perlantikan kontraktor.
Bagi DUN Maharani semua permohonan adalah dari kaum Melayu.

____________________________________________________________________
Soalan B109

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam kenyataan akhbarnya baru-baru ini mendapati lebih 15 alur tikus digunakan penyeludupan untuk kegiatan keluar-masuk manusia,rokok dan dadah di perairan Teluk Ramunia,Pengerang,Kota Tinggi,Pontian,kukup dan Muar.
Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan?

Jawapan:

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengenal pasti dengan lebih dekat kesemua laluan tikus tersebut melalui pengumpulan maklumat yang lebih terperinci dan tepat berhubung persekitaran laluan dan modus operandi penyeludup bagi setiap laluan tersebut.Ini bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan yang lebih tepat dan berkesan bagi membendung aktiviti penyeludupan dapat dilakukan.

APMM juga telah meningkatkan kekerapaan rondaan dengan memberi fokus kepada pemantauan aktiviti penyeludupan di kawasan perairan laluan tersebutyang menjadi tanggungjawab agensi ini.Ini termasuklah penggunaan pesawat udara dari unit udara APMM yang baru sahaja beroperasi pada tahun ini bagi memastikan kawasan liputan rondaan yang lebih luas dan tindakanpemantauannyang lebih pantas serta lebih berkesan.

____________________________________________________________________


Soalan B110:

124 buah keluarga penduduk asal Kg. Bukit Tempurong,Gelang Patah telah dijanjikan tanah 2 ekar seorang daripada keluasan 240 ekar.Akhirnya kerajaan hanya memberikan 1 ekar seorang daripada keluasan 159 ekar.Kemanakah perginya 90 ekar tanah dan benarkah sebahagiannya tergadai pada bank oleh KPRJ.
Apakah pampasan yang akan diperolehi oleh penduduk dan kenapa tidak semua penduduk asal mendapat tanah?

Maklumat tambahan daripada PAS Johor
PAS Johor
LAGI TANAH ORANG MELAYU DI JUAL PDF Print E-mail
Written by PAS Johor
Wednesday, 01 July 2009 01:41
Dua hari yang lepas saya telah menerima panggilan dari penduduk Kampung Bukit Tempurung di kawasan Gelang Patah berkenaan dengan kampung yang telah mereka teroka pada tahun 1978 tetapi kini tanah tersebut akan di ambil oleh Pemaju. Saya hadir bersama Tuan Hj. Zul selaku Penyelia Pusat Aduan Rakyat Nusa Jaya.Kampung Bukit Tempurung yang terletak di Gelang Patah, keluasannya 240 Hektar dan berstatus tanah pertanian.Dalam pertemuan pada sebelah petang tersebut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sdr. Abd.Aziz kesal kerana mereka bakal di pindahkan tanpa sebarang pampasan.Dan pihak kerajaan berjanji akan beri penempatan baru pun tanpa pampasan dan apa yang kami kesalkan di sini rumah-rumah yang kami bina hampir 32 tahun ini bakal di robohkan bagi tujuan pembangunan.Bagi pihak Pusat Aduan Rakyat kami akan membuat satu sidang media bagi membantu penduduk kampung yang terlibat pada Jumaat ini iaitu 3hb Julai, 2009 jam 10.00 pagi bertempat di Kampung Melayu Gelang Patah.GAMBAR ATAS SDR ABD.AZIZ


Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kg Bukit Tempurung & Kg Pendas Laut Akan Menghantar Memorandum Kepada Menteri Besar Johor PDF Print E-mail
Written by PAS Johor
Thursday, 06 August 2009 00:21
MEMORANDUM KEPADA YAB DATO’ MENTERI BESAR JOHOR

Jawatankuasa Bertindak Kg. Bukit Tempurung dengan Jawatankuasa Bertindak Kg. Pendas Laut akan menghantar Memoradum Rakyat kepada YAB Dato’ Menteri Besar Johor pada Selasa, 11hb. Ogos, 2009 jam 10.30 padi di Pejabat Menteri Besar di Bukit Timbalan. Bagi J/K Bertindak Kg. Bukit Tempurung ini adalah merupakan memorandum pertama yang antara lain melibatkan isu;

1) Pertukaran nama Kg. Bukit Tempurung kepada Kg. Dato’ Aziz Sapian serta nama-nama lorong tanpa persetujuan keseluruhan penduduk kampung.
2) 21 orang didapati namanya digugurkan daripada mendapat kurniaan tanah 1 ekar walaupun merupakan peneroka asal kampung tersebut.
3) 23 peneroka asal terpaksa berpindah kerana tanah berserta rumah yang telah dibina tidak terletak dalam kawasan 150 ekar yang akan dikurniakan. Mereka tidak diberikan pampasan sedangkan mereka adalah merupakan warga tua yang tidak layak lagi membuat pinjaman dengan bank.

Jawatankuasa Bertindak Kg. Bukit Tempurung dengan Jawatankuasa Bertindak Kg. Pendas Laut akan menghantar Memoradum Rakyat kepada YAB Dato’ Menteri Besar Johor pada Selasa, 11hb. Ogos, 2009 jam 10.30 padi di Pejabat Menteri Besar di Bukit Timbalan. Bagi J/K Bertindak Kg. Bukit Tempurung ini adalah merupakan memorandum pertama yang antara lain melibatkan isu;

1) Pertukaran nama Kg. Bukit Tempurung kepada Kg. Dato’ Aziz Sapian serta nama-nama lorong tanpa persetujuan keseluruhan penduduk kampung.
2) 21 orang didapati namanya digugurkan daripada mendapat kurniaan tanah 1 ekar walaupun merupakan peneroka asal kampung tersebut.
3) 23 peneroka asal terpaksa berpindah kerana tanah berserta rumah yang telah dibina tidak terletak dalam kawasan 150 ekar yang akan dikurniakan. Mereka tidak diberikan pampasan sedangkan mereka adalah merupakan warga tua yang tidak layak lagi membuat pinjaman dengan bank.

Bagi J/K Bertindak Kg. Pendas Laut, ini adalah merupakan memorandum kali ke-2 yang akan dihantar yang antara lain merangkumi isu-isu berikut;

1) Mendapatkan senarai penuh 62 keluarga yang mendapat penempatan semula beserta 20 nama tambahan.
2) Konsep penempatan semula. Samada sewa-beli atau dijual dan berapakah jumlah bayaran yang terlibat.
3) Jaminan bahawa segala kemudahan yang terdapat di Kg. Pendas Laut akan juga dibina di penempatan baru.

Pada sesiapa yang berkelapangan bolehlah bersama-sama dengan penduduk Kg. Bkt Tempurung dan Kg. Pendas Laut untuk member sokongan moral bagi memastikan slogan kerajaan benar-benar merealisasikan slogan “Rakyat di dahulukan, Prestasi diutamakan”. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukan kepada Penyelia PAR Zon Nusajaya, Hj. Dzulkefly Ahmad 019-7555541.
Last Updated on Thursday, 06 August 2009 00:36
Jawapan:

Tanah kg. Bukit Tempurong,Gelang Patah yang terlibat dengan pencerobohan sejak 1970an ditandakan sebagai PTD 1542 seluas 215 ekar bukannya 240 ekar.Tanah ini telah dikurniakan bagaimana RM Bil. 410/97 bertarikh 2.4.1997 untuk tujuan perumahan dan komersial.Hakmilik yang didatarkan ialah HS (D) 165917 atas nama Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ Sdn. Bhd.)

Dalam lawatan Y.A.B. Menteri Besar Johor pada tahun 1999,beliau telah bersetuju sebahagian daripada tanah yang dikurniakan kepada KPRJ Sdn. Bhd. tersebut seluas 150 ekar hendaklah diserahkan kepada Kerajaan bagi dikurniakan kepada penduduk-penduduk yang terlibat.

Dalam keputusan Kerajaan,KPRJ Sdn. Bhd. adalah dipertanggungjawabkan ke atas masalah setinggan yang tinggal di atas tanah sebelum tanah dibangunkan.Tiada tindakan dapat diambil kepada arahan Y.A.B. Menteri Besar Johor sehingga tahun 2008 kerana pihak KPRJ Sdn. Bhd. belum menyerahkan 150 ekar tanah berkenaan.Hanya pada tahun 2008 KPRJ Sdn. Bhd. bersetuju menyerahkan 150 ekar tanah kepada Kerajaan dengan Borang 12B telah dikemukakan ke PTG untuk pendaftaran pada 9 Jun 2009. Dalam masa yang sama,Jawatankuasa Penduduk telah menyerahkan nama 124 orang penduduk ke Pejabat Tanah pada 26 Disember 2008.Pihak Pejabat Tanah Johor Bahru telah mengadakan bancian semula ke atas tanah di Bukit Tempurong pada 26-28 Mei 2009.Senarai penama yang kemaskini dan pelan racikan tanah sedang disediakan oleh Pejabat Tanah Johor Bahru.

Selepas penyerahan tersebut,baki tanah adalah 65 ekar yang masih dimiliki Oleh KPRJ Sdn. Bhd. Pentadbiran Tanah akan memastikan tiada penduduk asal yang tertinggal bagi tujuan kurniaan sebagai yang dijanjikan.


 Ulasan PAR Zon Nusajaya

Pihak PAR Zon Nusajaya mengucapkan terima kasih kepada YB Adun Maharani, Dr. Mohammad Taslim kerana bersetuju mengemukakan masalah Kg. Bukit Tempurung kepada persidangan DUN Johor baru-baru ini. Di dalam perenggan terakhir jawaban di atas dinyatakan bahawa Pentadbir Tanah Johor Bahru akan memastikan tiada penduduk asal yang tertinggal bagi tujuan kurniaaan. Tetapi hakikat yang berlaku adalah 21 penduduk asal seperti yang dimaklumkan kepada PAR oleh En. Abd Aziz b. Paiman, salah seorang penduduk asal yang dicicirkan nama mereka. En. Abd Aziz telahpun membina rumah diatas tapak rumahnya malangnya telah terlibat dengan kebakaran. Sepatutnya 21 nama yang digugurkan hendaklah dipanggil bermesyuarat dan dijelskan kenapa nama mereka digugurkan. Setakat ini alasan yang diberikan secara tidak rasmi adalah tidak berasas seperti kematian suami maka isteri tak layak dapat tanah walaupun merupakan peneroka kampung puluhan tahun, tak tinggal diatas tanahpun digugurkan. Sebagai contoh, En. Abd Aziz, seorang pegawal keselamatan terpaksa menyewa rumah di Kg. Melayu Gelang Patah kerana tapak rumah di Kg. Bukit Tempurung jauh darpada jalan utama bagi anak-anaknya mendapatkan pengangkutan awam kesekolah. Walaubagaimanapun beliau sering kerumah di Kg. Bkt Tempurung untuk membersihkannya sebelum kebakaran berlaku. Isunya sekarang adalah ;

1) 21 orang yang namanya digugurkan tidak dipanggil untuk diberikan penjelasan kenapa nama mereka digugurkan. Mereka tidak diberi peluang untuk membela diri.
2) PAR difahamkan penama-penama baru seramai 21 orang dimasukkan bagi menggantikan 21 nama yang digugurkan. Persoalannya siapakan mereka penama-penama baru tersebut?
3) Daripada penjelasan Kerajaan diatas jelas menunjukkan bahawa bukanlah YB Dato’ Aziz Sapian yang mengusahakan penduduk mendapatkan tanah sehinggakan sekarang nama Kg. Bukit Tempurung ditukar nama kepada Kg. Dato’ Aziz Sapian. Maklumat terbaharu diterima bukan sahaja nama kampung tetapi nama jalan-jalan dikampungpun hendak ditukar. Apa salahnya nama jalan seperti Aman, Sentosa dan Bakti yang ada dikampung tersebut? Biasanya nama seseorang diabadikan bilaman mereka telah meninggal dunia tapi YB Dato’ Aziz Sapian mengabadikan semasa beliau masih hidup! Kan pelik tu.

Kerajaan dan JKKK Bkt. Tempurung perlu tampil bagi membuat penjelasan.

1 comments


 ___________________________________________________________________

Soalan B111:

Nyatakan senarai 62 buah keluarga Kg. Pendas Laut,Gelang Patah yang mendapat penempatan semula secara sewa-beli.
Kenapa hanya 62 buah keluarga daripada 140 buah keluarga di Pendas Laut yang mendapat penempatan semula.Berapakah sewa yang perlu dibayar ole penduduk dan siapakah yang akan menguruskannay?
Kenapa sehingga sekarang tidak ada taklimat khusus diadakan antara kerajaan dan agensi terlibat bersama penduduk Kg. Pendas Laut?

Jawapan:

Penempatan semula penduduk Kampung Pendas Laut adalah program yang dilaksanakan dengan tujuan untuk memastikan unit dan persekitaran kediaman yang lebih selesa,selamat dan sihat dapat dibangunkan untuk keseluruhanpenduduk di Iskandar Malaysia.
Pada peringkat ini,seramai 62 keluarga dikenalpasti terlibat di dalam program ini berdasarkan bancian awal yang dibuat oleh Pentadbir Tanah Daerah,walau bagaimanapun kerajaan negeri telah melantik UTM menjalankan kajian profiling bagi mendapatkan maklumat yang lebih lengkap dan terperinci yang akan dijadikan asas dalam menentukan kemampuan penduduk membayar semua atau membeli tanah selain penyediaan keperlua kemudahan awam.

Taklimat awal telah diadakan kepada penduduk pada bulan Januari 2009 di Kampung Pendas Laut.Kajian profiling telah dilaksanakan pada bulan Mei 2009 dan semua ketua keluarga telah ditemuduga.

Pada masa kini pihak UTM sedang menganalisa maklumat yang telah diperolehi.Kerajaan Negeri akan mengadakan taklimat dan penerangan lanjut kepada semua penduduk selepas perincian berkaitan kadar sewa dan harga jualan ditetapkan.





 
Ulasan PAR Zon Nusajaya

Terima kasih diucapkan kepada YB ADUN Maharani yang telah mengemukakan soalan berkaitan dengan isu Kg. Pendas Laut dalam sidang DUN Johor baru-baru ini. Sebagaimana yang dijangkakan kerajaan tidak bersedia menyatakan senerai 62 keluarga yang mendapat rumah dipenempatan semula. Bahkan baru-baru ini pihak PAR Zon Nusajaya diberitahu terdapat 20 nama baru sebagai tambahan kepada 62 keluarga yang asal. Siapakah nama 20 nama tambahan tersebut? Setakat ini usaha Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kg. Pendas Laut, Sdr. Azmi untuk mengetahui senarai nama tambahan tersebut tidak diberikan kerjasama oleh pihak kerajaan termasuk ketua kampung. Seolah-olah ada perkara yang hendak disembunyikan oleh mereka.

Sehingga sekarang pihak penduduk Kg. Pendas Laut tidak mengetahui apakah konsep penempatan semula samada perlu dibayar ikut harga subsidi, sewa-beli dan sebagainya. Penduduk masih berada didalam kebingungan. Pada pandagan PAR Zon Nusajaya, kerajaan seharusnya lebih bertanggungjawab dengan memberikan taklimat terperinci kepada penduduk kampung supaya mereka benar-benar tahu apakah sebenarnya yang akan mereka hadapi dimasa hadapan. Kerajaan juga hendaklah mendedahkan senarai 82 nama penduduk yang mendapat rumah dipenempatan semula. Perkara ini perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memperlihatkan ketelusan dalam tindakan mereka dan benar-benar selari dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan”. 0 comments sumber ulasan:         http://aduanusajaya.blogspot.com/ 
______________________________________________________________
______________________________________________________________


Read More