SUMBANGAN RAMADHAN 1341H DI PARIT AMAL LAUT MUAR


Ramadahan,bulan beramal,dimulakan dengan rahmat Allah , di pertengahan Allah beri keampunan dan insyaAllah dihindari dari api neraka.Umat Islam berlumba-lumba beramal kerana amalan sunat Allah ganjari pahala fardhu sedangkan amalan fardhu Allah gandakan pahala sehingga 700 kali ganda.

Sempena Ramadhan ini Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa Surau Al Ehsan,Kg Parit Amal Laut,Jalan Junid,Muar telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Ramadhan kepada ibu tunggal dan fakir miskin dalam kariah mereka pada hari Selasa 17 Ogos 2010.Seramai 24 orang menerima sumbangan berupa beras,barang keperluan dapur dan wang tunai.Sumbangan telah disampaikan oleh YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani bersama Tuan Haji Khalid Samdon.

Majlis Tahlil sebelum berbuka puasa diketuai oleh Ustaz Hamzah Ahmad.

Selepas berbuka puasa dan solat maghrib YBhg Ustaz Abu Bakar Md Lajat selaku YDP PAS Kawasan Muar telah memberi tazkirah berkaitan kepentingan sedekah dan menunaikan zakat.PAS khususnya memerlukan sumbangan orang ramai untuk kerja-kerja fisabilillah.

Program terakhir ialah Solat Terawikh dan Ceramah Agama oleh Ustaz Abdul Hamid Manaf.

Ucapan Pembukaan oleh YB Dr Mohammad

Pengerusi Majlis Sdr Abdul Aziz Talib,juga Setiausaha Surau Al Ehsan
 Di antara penerima sumbangan yang hadir

 
Tuan Haji Khalid Samdon menyampaikan wang tunai

Bungkusan keperluan dapur......

Sekampit beras....

Wang tunai......
 Ikhlas daripada kami......

Gembira menerima sumbangan....
Moga Ramadhan ini membawa berkat......

Berbuka puasa

Rezeki tersedia,ibadah sempurna.Tetamu menikmati juadah berbuka puasa.


0