MASALAH SAMPAH : BERI KERJASAMA


BERI KERJASAMA

PARIT JAWA - Masyarakat digesa supaya memberi kerjasama dingan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk bersama menangani masalah sampah yang sehingga kini masih tiada kesudahanaya.

Menyalahkan pihak PBT semata-mata adalah tidak wajar kerana mereka sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik,tetapi sikap tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat  menjadikan masalah itu semakin buruk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani,Dr Mohamad Taslim berkata, perbuatan masyarakat yang membuang sampah di tepi jalan sangat memalukan.

Menurutnya,ia memberikan gambaran mentaliti masyarakat masih rendah dan tidak mengutamakan   aspek kebersihan kerana tindakan mereka membuang sampah di tepi jalan akan mengundang masalah lebih buruk  selain menggalakkan pembiakan lalat.

"Malah,anjing liar akan menyelongkar timbunan sampah ini  dan secara tidak langsung mencacatkanpemandangan di nsesuatu kawasan," katanya.

Selain itu,  longgokan sampah yang terlalu banyak itu juga akan mengeluarkan bau yang  yang meloyakan sekali gus memenjejaskan ketenteraman  masyarakat yang tinggal di kawasan berhampiran.

Bagi menyelesaikan isu itu, beliau menyarankan kepada masyarakat di sini supaya lebih bertanggungjawab terhadap aspek kebersihan dan seelok-eloknya mereka meletakkan tong sampah di setiap rumah masing-masing.

"Langkah itu boleh menjadikan Muar sebagai daerah bebas sampah akan tercapai," katanya.

sumber: sinarharian KHAMIS 19 OGOS 2010



0