YB DAP DI SURAU


August 24, 2010

[August 22] 

Lawatan Nie Ching ke Surau Al-Huda Kajang Sentral

Surau Al-Huda Kajang Sentral sekali lagi menerima kunjungan YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang pada hari Ahad 22hb Ogos 2010 dalam tempoh 3 bulan untuk menyampaikan bantuan peruntukan di surau tersebut. Beliau yang hadir berbaju kebaya disambut oleh Pengerusi Surau Ustaz Azemi Ahmad dan ahli dan kariah surau sebaik sahaja selesai ibadah solat sunat terawih dikerjakan.
Ketika menyampaikan ucapan di majlis tersebut, YB Teo Nie Ching berharap dengan kunjungan beliau kali ini akan menambah lagi kemesraan dan persahabatan di antara masyarakat berbilang kaum. Beliau juga mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor ada membuat penawaran bantuan pinjaman pelajaran kepada lepasan-lepasan SPM di mana pinjaman yang terbuka kepada permohonan anak-anak negeri Selangor ini akan berubah menjadi biasiswa jika keputusan peperiksaan peminjam di Universiti adalah cemerlang. Beliau menyeru kepada semua agar mengambil peluang tersebut agar tiada anak-anak yang tercicir untuk memasuki ke Universiti semata-mata disebabkan masalah kewangan.

"Pelbagai bantuan wang ringgit boleh disalurkan daripada peruntukan Ahli Parlimen dan ADUN, tetapi adakah ini merupakan satu tindakan yang efisien? Justeru itu dengan bantuan ini, kerajaan Selangor mengharapkan agar generasi berilmu dapat dilahirkan dan seterusnya meningkatkan daya saing di alam pekerjaan nanti." kata YB Nie Ching.

Sebagai mengakhirkannya ucapan beliau, YB Teo Nie Ching merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak surau yang sudi menjemput serta menerima kunjungan beliau.
Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan oleh YB Teo Nie Ching kepada pihak Surau.
"Pihak surau juga merakamkan penghargaan ke atas kesudian YB untuk berkunjung sekali lagi ke surau tersebut dan secara tidak langsung menunjukkan bahawa beliau seorang yang amat prihatin terhadap masyarakat", kata Ustaz Azemi dalam ucapan beliau.
Majlis diakhiri dengan jamuan moreh bubur lambuk dan kuih-muih.



Gembira ketika menikmati hidangan bersama rakyat.



YB Teo Nie Ching bergambar bersama pengunjung yang hadir

 Blog post cour
tesy oFacebook Plurk YAHOO!
source: http://www.wretch.cc/blog/teonieching/21519831  

 _____________________________________________________________________________
August 22, 2010

Berbuka puasa bersama AJK Surau Nur Sa’adah, Taman Harmoni Bukit Belimbing

Majlis berbuka puasa anjuran Surau Nur Sa’adah Taman Harmoni Bukit Belimbing Balakong yang dihadiri oleh YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang berlangsung dengan meriah dan penuh keharmonian. Majlis yang turut dihadiri oleh Ahli Majlis MPKJ  Dato Norhisyam dan En Cheong Siow Foon turut diisi oleh penyampaian sumbangan kepada tabung pembinaan surau oleh YB Teo Nie Ching.
Majlis dimulakan dengan sambutan ketibaan YB Teo Nie Ching oleh En Noorhisham Hashim Pengerusi Persatuan Penduduk serta penduduk-penduduk sekitar. Di dalam ucapan alu-aluannya, En Noorhisham Hashim merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB kerana dengan keperihatinan beliau ketika melawat kawasan tersebut sebelum ini telah menyelesaikan masalah banjir yang membebankan penduduk. Menurut beliau, masalah banjir dan permohonan pembinaan longkang telah diadukan kepada Ahli Parlimen sebelum ini kira-kira 10 tahun lepas, tetapi masalah ini hanya dapat diselesaikan dibawah YB Teo Nie Ching apabila longkang projek monsun dilaksanakan di kawasan tersebut. Tambahnya, penduduk juga berasa kagum dan gembira apabila YB Teo Nie Ching sudi turun padang dan berbuka puasa bersama penduduk yang tanpa mengira perbezaan agama dan budaya di mana sebelum ini tidak pernah mana-mana Ahli Parlimen sudi berbuka puasa bersama penduduk. Ini jelas menunjukkan bahawa YB Teo Nie Ching begitu mengambil berat dan perihatin terhadap semua penduduk di kawasan sekitarnya. Di samping itu, beliau yang mewakili penduduk turut menyatakan bahawa rakyat di kawasan tersebut menyokong penuh Ahli Parlimen yang melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.
“Saya bagi pihak AJK dan semua penduduk Islam di Taman ini mengucapkan terima kasih di atas kesudian YB datang ke Taman ini pada 20 Ogos 2010 untuk berbuka puasa bersama kami dan menyampaikan Cek berjumlah RM 1000 bagi pembangunan surau kami. Inilah pertama kali seorang pemimpin bukan Islam dan bukan Melayu sanggup datang memberi sumbangan dan berbuka puasa bersama kami. Kami amat kagum dengan sikap YB yang tidak kira fahaman politik dan agama sudi datang ke majlis berbuka puasa yang kami adakan.” Kata En Noorhisham Hashim.
Di dalam ucapan YB Teo Nie Ching,beliau menegaskan bahawa beliau dan pasukannya akan berkerja bersungguh-sungguh demi keselesaan rakyat dikawasannya. Dan segala permasalahan dan aduan yang diterima akan diambil tindakan sewajarnya. Beliau juga turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan berpesan agar memastikan keselamatan rumah apabila pulang ke kampung berhari raya nanti. Ahli Majlis yang baru dilantik bagi Zon 13, En Choeng Siow Foon turut memperkenalkan diri dan beramah mesra bersama penduduk yang hadir disamping mengharapkan kerjasama dari penduduk dapat dikekalkan dalam semua aktivit dan program yang dijalankan dikawasan itu.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan cek kepada Pengerusi Persatuan Penduduk sambil disaksikan oleh penduduk yang hadir ketika itu.
Kami berharap dengan berhubung terus dengan YB, semua perkara di atas dapat dilaksanakan seberapa segera.


YB Teo Nie Ching berkata sesuatu kepada Dato Norhisyam


YB bersama penduduk menjamu selera masakan Melayu.




Penyampaian sumbangan cek kepada Pengerusi Persatuan Penduduk,
En Noorhisham Hashim sambil disaksikan oleh penduduk yang hadir ketika itu

~ Blog post courtesy of Saudara Firda

sumber: http://www.wretch.cc/blog/teonieching/21517836
______________________________________________________________________________

Tindakan tegas jemput bukan Islam – JAIS

TEO NIE CHING menyampaikan ‘tazkirah’ di Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Kajang, Ahad lalu sambil diperhatikan oleh salah seorang ahli jawatankuasa surau tersebut.
























   ____________________________________________



































SHAH ALAM 26 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengambil tindakan tegas terhadap Jawatankuasa Surau Al-Huda, Kajang Sentral sekiranya didapati benar mengundang ahli politik daripada kalangan bukan Islam untuk mengadakan majlis serta menyampaikan ceramah dalam dewan solat surau berkenaan, 22 Ogos lalu.
Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, amaran itu diberikan kerana tindakan membenarkan orang bukan Islam sama ada ahli politik dan sebagainya memasuki ruang solat adalah tidak dibenarkan sama sekali dan menyalahi dari segi hukum.
Ia kerana katanya, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.
Ia kerana  katanya, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.
“Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam .

 __________________________________



Tindakan Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching, berucap di sebuah surau di Kajang dikritik hebat oleh pelbagai pihak terutamanya Umno.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Antara yang memberi reaksi ialah:

JAMIL KHIR
"apabila seorang wanita dalam keadaan tidak menutup aurat memasuki masjid atau surau, masyarakat Islam akan melihatnya sebagai suatu yang tidak wajar. Bila pergi duduk dalam keadaan tidak menutup aurat apatah lagi duduk dekat dengan mihrab masjid, ia dianggap suatu yang tidak wajar berlaku dalam masjid.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jamil-hormati-sensitiviti-umat-islam-untuk-berada-di-masjid/

NAIB PRESIDEN PAS MAHFUZ OMAR

“Tidak menjadi satu kesalahan atau masalah bagi wakil rakyat bukan Islam mengunjungi masjid atau surau untuk memberi bantuan. Dari hukum tidak menjadi masalah... sama seperti isu doa, membaca doa untuk bukan Islam, bukan satu kesalahan, kita minta hidayah, tetapi isu itu dipolitikkan."   
http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/naib-presiden-pas-tidak-salah-mp-dap-serdang-berada-di-surau/

TEO NIE CHING

"saya hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar, seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut. Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak. Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk." 
http://www.malaysiakini.com/news/141261


sumber: http://kedahku.blogspot.com/2010/08/isu-teo-nie-ching-masuk-surau.html

_________________________________________________________________________________
Post Last Edit by yufuqi at 27-8-2010 16:38

Ahli Parlimen Serdang menjelaskan kepada Malaysiakini, beliau bukan sengaja tidak memakai tudung semasa memasuki ruang isolat surau. Semasa lawatan ke surau, beliau tidak pernah memikir untuk masuk ke bangunan surau, oleh itu beliau tidak membawa tudung pada hari tersebut.

Semasa dijemput masuk ke surau, beliau telah beberapa kali bertanya sama ada beliau dibenarkan masuk ke surau. Selepas menerima jemputan beberapa kali, untuk menghormati ahli-ahli jawatankuasa surau, beliau dan pihak surau telah mengadakan upacara penyampaian cek derma untuk membaiki pagar surau serta menyampaikan ucapan pendek berkenaan tawaran pinjaman yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk anak-anak negeri Selangor di dalam bangunan surau.

Untuk makluman saudara-saudari, Saudari Teo telah memakai tudung semasa menghadiri ceramah di surau pada tiga bulan yang lalu. Pengecualian kali ini bukannya dilakukan dengan sengaja tetapi untuk menghormati jemputan jawatankuasa surau. 


 http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=501659
LIM KIT SIANG

Lim also mentioned the “controversy” involving DAP MP for Serdang Teo Nie Ching, with Utusan publishing a frontpage photo story of her visiting Surau Al-Huda in her Kajang constituency to give donations and speak on the invitation of the surau authorities.

“There is divided opinion in the Muslim community on the propriety of the event, but Nie Ching had acted out of fullest respect for Islam and her Muslim constituents and not to insult Islam,” Lim said.


source: http://www.malaysianmirror.com/media-buzz-detail/6-nation/49014-zero-tolerance-should-start-with-utusan-says-kit-siang


PM NAJIB TUN RAZAK

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Molhd Najib Tun Abdul Razak berkata majlis agama dan jabatan agama tegas terhadap pihak yang cemari institusi agama Islam seperti yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Dap Serdang Teo Nie Ching di surau, baru-baru ini.
Beliau berkata: “kita serahkan kes itu kepada majlis dan jabatan agama, dia kena ambil tindakan, kita minta mereka ambil tindakan.

SUMBER: http://umno-online.com/
_________________________________________________________________________________


Sultan Selangor Murka, MAIS Ambil Alih Surau Al-Huda


PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat amat murka dan dukacita dengan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang menyampaikan 'tazkirah' di dalam Surau Al-Huda Kajang Sentral pada Ahad lalu.
Sehubungan itu baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil tindakan segera dan tegas ke atas surau berkenaan.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa dalam satu kenyataannya menegaskan, MAIS telah membuat keputusan untuk mengambil alih dan menguruskan pentadbiran surau tersebut dengan serta-merta kerana insiden berkenaan jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor.
"MAIS telah memanggil pihak pengurusan surau bagi menjelaskan isu terbabit hari ini (Jumaat).
"Setelah meneliti penjelasan daripada pihak terbabit, MAIS mendapati bahawa ucapan oleh wakil rakyat tersebut berlaku di dalam dewan solat surau seperti dilaporkan," katanya di sini.

sumber:http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/8/27/mstar_berita/20100827213512&sec=mstar_berita 
___________________________________________________________________________________

Untuk menungan..............




   YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat.

 
Untuk berita dan gambar-gambar aktiviti UMNO di Masjid sila lawati:
 
Sumber:http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4884
 


















0