2 TAHUN LALU : KENDURI PRU 12 - PAS MENANG


   22-3-2008 16:20 | View this author's posts 








Kenduri PAS menang 2 kerusi di Muar Johor!

PRU ke 12 lepas, PAS buat kali pertama dalam sejarah telah menang 2 kerusi DUN di kubu kuat BN negeri Johor atau lebih spesifik lagi di daerah Muar, iaitu DUN Sg Abong dan DUN Maharani. PAS tau sebab majoriti undi kemenangan mereka adalah bukan undi Melayu tetapi undi bukan Melayu terutama pengundi Cina. Daerah Muar bukan sahaja memperlihatkan kekalahan BN kepada parti pambangkang di 2 kerusi DUN ini kepada PAS, tetapi  juga 2  lagi kerusi kepada DAP iaitu DUN Bentayan dan Parlimen  Bakri. Tsunami kecil politik ini yang melanda daerah Muar ini terutamanya kerana undi protes pengundi Cina telah rata-rata tidak berpuas-hati, marah dan kecewa apabila pemimpin tempatan mereka, bekas Naib Presiden MCA dan bekas Menteri Kesihatan yang bekas Ahli Parlimen Kawasan Parlimen Bakri, Datuk Chua Jui Meng digugurkan oleh BN sbg calon di samping faktor-faktor nasional yang lain. Menyedari "budi" sumbangan  serta sokongan masyarakat Cina di Muar, PAS telah mengadakan satu majlis kenduri berterima-kasih pengundi Muar yang dikatakan dihadiri 30 000+ orang pada hari Sabtu lepas, 15 Mac 2008. Tok Guru Datuk Seri Hj Hadi Awang, Presiden PAS dan Sallehudin, Ketua Dewan Pemuda PAS yang juga orang Johor turut hadir di majlis kemenangan PRU 12 PAS yang pertama diadakan di Johor. Ini gambarnya.....












Sallehuddin, Ketua Pemuda Pas, Mahfuz Persuruhjaya Pas Johor, TG Hadi Awang Presiden PAS, Dr Ibrahim Salleh ADUN Sg Abong, Dr Mohammad Taslim ADUN Maharani, wakil DAP Tangkak.





Betulkah Cina2 Muar ni sokong PAS?

sumber:http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=339963
__________________________________________________________________________________
Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11


terharu Ain tengok gambar ni

Muslim & Non-Muslim

Malay & Non-Malay

boleh duduk dalam kelompok yg sama secara aman

berkongsi satu matlamat yg sama


p/s: uncle cina sorang tu macam cuak je gambar kena ambik



sumber: http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=339963&extra=&page=3
__________________________________________________________________________________


Originally posted by sharkie at 24-3-2008 11:43 AM
Dr Mohd Taslim tu mmg baik orang nyer... bapak aku & dia cousin. Sebab sama2 dulu duduk kat Kg Seri Menanti, Muor dulu, diorang ni mmg rapat.

Aku ingat dia ni kalau cakap pun lembut je... he  ...


bapak ko n doktor mat cousin? sape name bapak ko?
aku ade kenal bebrape org yg sedare/rapat ngan dok mat nih..

 _________________________________________________________________________________


Rank: 7Rank: 7Rank: 7
sharkie....aku kan mcm pernah terngiang2 nama dr. mohd. taslim ni..dia ni dulu keje kat sepital muo ke kat klinik swasta ek? masa early 90's? tak silap aku, aku pernah gi jumpa dr. ni masa dulu2 sek. sains muo..then batuk ke hapa tak baik2...mintak sekolah anto klinik swasta..lembutnya cakap dia...masyaAllah..n hensem some more....gille kitorang jap..kalo ada kalangan we all yg jd patient dia, mesti sumenya dok bangga....err..sharkie..u ni kira anak sedara sepupulah ye? tak silap dr. tu pun pakcik my friend...err u kenal fara aniza mohamad?
kalo tgk dlm gambo yg sume berdiri tu ada. dr mahfuz...dia ni family friend kami.wife dia sejak anak dara baik dgn my mum...kat tangkak tak silap, dr. mahfuz ni ada bukak sekolah tahfiz..biaya sendiri..tapi diorang kata, yurannya murah, makan best...end up sekolah tu tak dpt untung pun, malah diorg yg terpaksa menampung students tu..tp diorg redha...amal jariah katanya...tu lah kalo org berjuang demi agamakan...btw dr mahfuz ni dr phd...

sumber: http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=339963&extra=&page=3

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rank: 12Rank: 12Rank: 12
Originally posted by nurkasih74 at 24-3-2008 11:54 AM
sharkie....aku kan mcm pernah terngiang2 nama dr. mohd. taslim ni..dia ni dulu keje kat sepital muo ke kat klinik swasta ek? masa early 90's? tak silap aku, aku pernah gi jumpa dr. ni masa dulu2  ...

dr mat nih klinik dia kat jln sayang.. umah dia skang kat taman bunga raya...__________________________________________________________________________________

Rank: 7Rank: 7Rank: 7
Dr Mohd Taslim tu mmg baik orang nyer... bapak aku & dia cousin. Sebab sama2 dulu duduk kat Kg Seri Menanti, Muor dulu, diorang ni mmg rapat.

Aku ingat dia ni kalau cakap pun lembut je... he is the 1st Dr in the family.

Aku ingat dulu kitorang gi somewhere (rasanyer masa raya kot) bapak aku drive pastu nampak satu accident, perasan yg Dr Mat & family nyer kereta yg accident... kita pun tolonglah... Dr Mat ni pulak, being the Dr... settlekan family dia dulu (anak dia siap luka kat kepala lagi) pastu run with his 1st aid kit to help orang lain yang sama accident. Aku time tu impress betul dgn dia...

Ada masa aku takut gak dgn dia sebab alim sangat (sebab bapak aku dulu very d'pro UMNO ) tapi if you know him & family, they are indeed VERYYY NICE people....

Kawasan rumah mak dia ni mmg ramai cina & melayu (jawa kebanyakkannyer, termasuk aku ) so tak terperanjatlah kalau kaum lain sokong dia...

sumber: http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=339963&extra=&page=3

__________________________________________________________________________________

Rank: 9Rank: 9Rank: 9
aku dgn bangganya mngaku anak mua..cmni la.. xlma lg daerah2 joho yg lain pas tawan la...
__________________________________________________________________________________

Rank: 3Rank: 3
mungkin jugak sbb imej yg ditonjolkan oleh dua2 ADUN PAS berjaya menarik undi

kat kg aku, doktor2 PAS buat kempen dr rumah ke rumah buat free check utk warga emas dan diaorg tak ckp pun suruh undi PAS, cuma bg risalah aje
org BN takde pun wat kempen...

w/pun serumah, mak bapak aku ngundi P. Muar, DUN Maharani; aku plak P. Bakri, DUN Sg. Abong...kes persempadanan semula ek...
__________________________________________________________________________________

Rank: 9Rank: 9Rank: 9
kalau ikutkan calon, calon2 pas lagi educated dan berkreadibiliti dari calon2 bn.
_________________________________________________________________________________

Reply #74 nurkasih74's post

anak laki dr. mahfodz ni lecturer aku...nama dia nushi (sebut nus-hi)
skang anak dia buat phd kat australia...ustat jugak, ngaji kat jordan dulu
dia masa bapak dia naik pangkat jadik pesuruhjaya pas johor dulu cuak gak kalo2 pihak atasan u panggil dia, seboleh2 tanak orang tau dia anak dr. mahfodz...application phd dia banyak kali tersangkut pun sebab orang atas mempolitikkan sangat kedudukan bapak dia nih...bengang gak ustat aku, mintak buat phd kat uk, skali uia antar pegi australia

tapi dr. mahfodz ni pun aku respek sebab dah retired as professor kat um pun takde berlenggang kaki rehat kat rumah, dia join politik, kat johor lak tu...memang perlukan sangatla tokoh2 hebat kat johor...salahuddin ayub pun dah cabut pegi kelantan...

bos aku dulu pernah kerja di SUK Kelantan..sebelum election baru ni,kami pergi ke Muar..bile die nampak berndera pas banyak kat Muar, die pun kate.."BN ni jangan confident sangat dapat menang kat Muar ni.Cine Muar banyak pergi Kelantan dengar ceramah Datuk Anuar Tan.So diorang dapat tengok macam mane cine Kelantan dapat hidup di sane.."

aku bile memule die dengar die cakap camtu tak percaye gak Pas dapat menang kat Muar..tapi skarang memang dah terbukti kebenarannye..aku harap Pas Muar boleh jage penduduk sini dengan baik..

___________________________________________







sumber: http://zarbisa07.blogspot.com/

0