ADUN MAHARANI PANTAU BANJIR DI JALAN MAJIDI MUAR


MASALAH PERPARITAN DALAM BANDAR MUAR


Pagi ini, hari Selasa 31 Mei 2011, YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, dihubungi oleh seorang peniaga Restoran Mui Soon  di Jalan Petrie Muar. Beliau memaklumkan bahawa bahagian belakan restoran beliau dimasuki air akibat hujan lebat yang berulang dalam masa dua minggu ini. Parit di sepanjang Jalan Majidi  di belakang restorannya juga dipenuhi  air. Malam dan awal pagi ini hujan lebat dan ribut melanda beberapa tempat dalam DUN Maharani dan Bakri.


YB Dr Mohammad bersama-sama AJK DUN Maharani telah bergegas ke tempat yang bermasalah dan mendapati parit di sepanjang Jalan Majidi dari simpang Jalan Sulaiman hingga ke bangunan Bank Rakyat lama dipenuhi air. Menurut peniaga di situ sudah 2 minggu air bertakung di situ. Daripada pemerhatian yang dibuat parit yang menghubungkan Jalan Majidi dari bangunan Bank Rakyat lama dan Bangunan Telekom lama tersumbat teruk.

YB Dr Mohammad telah berjaya menghubungi Encik Nazri Abdul Rahman, jurutera Majlis Perbandaran Muar, walaupun beliau sangat sibuk pagi ini kerana masalah ribut yang berlaku malam tadi menyebabkan banyak pokok tumbang dan rumah rosak terkena ribut di kawasan Muar dan Bakri. Malahan rumah dan kawasan beliau juga terlibat sama.

 Encik Nazri di tempat kejadian bersama YB Dr Mohammad.
Kelihatan En. Nazri sedang menghubungi kakitangannya di MPM untuk menyelesaikan masalah ini. Esok pagi dijangkakan kerja-kerja pemulihan akan dijalankan.Inilah tindakan dan gerakerja MPM yang harus dipuji.

Sdr Hamidun, Pegawai khas ADUN sedang menerangkan masalah yang 
dihadapi oleh peniaga di jalan Majidi.

Orang ramai turut gembira dengan kehadiran YB Dr Mohammad dan
Encik Nazri, Jurutera MPM, turun padang menyelesaikan masalah rakyat.
Halaman kedai ini dinaiki apabila hujan lebat. Nampaknya masalah ini akan berakhir.
Tuan Haji Abdul Rahman Lajim, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Muar
turut turun padang membantu YB.'Inilah punca permasalahannya,' kata beliau.
Cikgu Abdul Rahman Yanti bersama Sdr Hamidun menunjukkan parit yang bertakung air.
 
Masalah ini perlu perhatian segera.......

 
'Parit ini tersumbat,' itulah agaknya kata Cikgu Abdul Rahman.
 



Ini lorong di antara Jalan Petrie dan Jalan Majidi yang telah digali semula 
dan di pasang parit U oleh MPM tidak lam dulu dengan kos RM20,000.00.
Tiada banjir di sini walaupun parit di Jalan Majidi dipenuhi air. 
Terima kasih MPM dan tindakan segera oleh Encik Nazri.
Read More

MESYUARAT PERTAMA BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-12





 MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) 
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT
DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-12

             Tarikh:     Khamis, 23 Jun 2011
                               27 Jun 2011 - 30 Jun 2011,
                                4 Julai 2011 - 5 Julai 2011 
                               (selama 7 hari ) 

             Masa:        9.30 pagi - 1.00 petang (Isnin - Khamis)
                               2.30 petang - 5.00 petang

            Tempat :    Dewan Persidangan
                               Aras 2, Bangunan Sultan Ismail 
                               Kota Iskandar 79000 Nusajaya

ADUN -ADUN Pakatan Rakyat mengalu-alukan rakyat Johor khususnya untuk menyampaikan maklumat, permasalahan rakyat  atau soalan-soalan untuk dibawa ke dalam Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Johor.
 Sila hubungi wakil rakyat Tuan/Puan. 

Dari kiri: YB Gwee (Bentayan), YB Ong (Senai), YB Dr Boo (Skudai), 
YB Dr Sheikh Ibrahim (Sg Abong), YB Dr Mohammad (Maharani) dan YB Ng (Mengkibol).
Sila ambil perhatian:

INI MUNGKIN  MESYUARAT PERTAMA DAN TERAKHIR  PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR  YANG KE - 12  sebelum PRU 13. 

Hari Persidangan untuk pertama kalinya disingkatkan hanya selama 7 hari sahaja (masanya pagi dan petang)
Sebelum ini secara tradisinya Mesyuarat Pertama Dewan Negeri Johor adalah  selama  12 atau 13 hari (pagi sahaja).

Mungkinkah PRU 13 akan diumumkan pada bulan Julai 2011 ???
Read More

CERAMAH PAKATAN RAKYAT MUAR BERSAMA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM


DATO' SERI ANWAR IBRAHIM GEMPUR MUAR


Hari Jumaat malam Sabtu 27 Mei 2010 Parlimen Muar digegarkan dengan kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menyampaikan amanatnya bersama-sama dengan Dato' Dr Mahfoz Mohamed (Pesuruhjaya PAS Johor), Dato' Chua Jui Meng (Pengerusi PKR Johor) dan  YB Ng Sue Lim (ADUN Sekinchan).
Turut hadir ialah YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani), YB Er Teck Hua (Ahli Parlimen Bakri), Ustaz Abu Bakar Lajat (YDP PAS Muar), Tn Hj Malik Md Diah (Timbalan YDP PAS Muar), Sdr HasanKarim dan Sdr Yatin Sarpan (Ketua Keadilan Cabang Muar). Pengacara Majlis ialah Sdr Hizwan Ahmad.

Sdr Hizwan memulakan majlis.

DS Anwar menyampaikan amanat dengan penuh semangat
menangkis hujah-hujah UMNO-BN.



Dato' Dr Mahfoz, Pesuruhjaya PAS Johor.
 

 Dato Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor.


 YB Ng, ADUN Sekinchan,  memikat penonton dengan kefasihannya berbahasa Jawa.

DS Anwar dikerumuni rakyat.

Tetamu - tetamu Kehormat di atas pentas.

Gandingan serasi - DS Anwar dan Dato' Chua.

Mesra - DS Anwar dan Dato' Mahfoz

YB Dr Mohammad, YB Er dan YB Ng di pentas utama.

Dato Chua Jui Meng, Tn Hj Malik Md Diah dan Ustaz Abu Bakar Lajat.

Ceramah selesai, masa untuk jamuan. YB Dr Mohammad melayan tetamu.

Mesra... YB Dr Mohammad dan Sdr Hasan Karim.

Dewan Markas PAS Parit Pechah sesak....

Ribuan rakyat membanjiri dewan dan ruang di keliling Markas
walaupun FRU menunggu di Parit Jamil, 2km dari tempat ceramah.

Terima kasih kepada pihak Polis dan Keselamatan yang membantu mengawal keamanan walaupun keadaan sedia tenang dan aman. Pihak Polis mengarahkan supaya ceramah DS Anwar diberhentikan lebih awal tetapi hasil perbincangan pihak penganjur dan Polis ceramah berjalan lancar sehingga jam 12.00 tengah malam.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Gambar-gambar ehsan daripada Dhamam 

Aman dan selamat - Polis membantu mengawal keselamatan 
di luar pagar/pintu besar markas .

 Pihak Keselamatan sentiasa bersedia menjaga keselamatan.
InsyaAllah ceramah Pakatan Rakyat sentiasa aman jika tiada kacau ganggu.

 Ribuan rakyat di luar dewan. Skrin besar disediakan di luar dewan.
Peniaga menjalankan perniagaan di kawasan yang selesa.
Read More

SAMBUTAN HARI GURU PASTI KAWASAN MUAR 2011


SAMBUTAN HARI GURU PASTI MUAR

Pimpinan PASTI Kawasan Muar mengorak langkah ke hadapan dengan meraikan guru-guru PASTI sempena Hari  Guru 2011 dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Muar di Muar Traders Hotel Muar pada hari Khamis 26 Mei 2011 mulai jam 9.00 malam.

Majlis dirasmikan oleh Ustaz Kamalulnizam Suhut, Timbalan Pengarah PASTI Negeri Johor. Di antara tetamu kehormat termasuklah YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani dan isteri Puan Rubiah Raffee, Ustaz Abu Bakar Lajat, YDP PAS Muar, Tn Hj Malik Md Diah , Timbalan YDP PAS Muar, Sdr Faizul Md Salleh, Mantan Pengarah PASTI Negeri Johor dan Cikgu Haji Mohamed Taib, Tokoh Guru Muar 2011 bersama isteri.

YB Dr Mohammad dan isteri, Puan Rubiah, mengucapkan terima kasih
di atas jemputan di atas.



Tetamu Kehormat, Perasmi Majlis dan Guru-Guru PASTI Muar bergambar untuk kenangan.

Tetamu VIP bersama warga PASTI Muar.

Sdr Faizul, mantan Pengarah PASTI Negeri, (tengah) bersama Ustaz Abu Bakar,
YDP PAS Muar (kanan).

Orang kuat PASTI Muar. Dari kanan Sdr Hamidun, Ustaz Nazri, Ustaz Iskandar dan Sdr Samad.


Guru-Guru PASTI Muar, pendidik generasi Al Quran.
PGB Puan Sazlina Abd Rahman menyampaikan amanat.

Perasmian oleh Ustaz Kamalulnizam.

Cikgu Hj. Mohamad B.Taib menerima anugerah Tokoh Guru Cemerlang
sempena Hari guru PASTI Kawasan Muar

Majlis berjalan dengan meriah dengan Pengacara Majlisnya Ustaz Iskandar. Hidangan makan malam yang enak disediakan oleh Muar Traders Hotel. Guru-guru PASTI tidak dilupakan dengan dihadiahkan cenderamata sebagai menghargai jasa mereka. Guru PASTI Al Amaliyah dinaobatkan sebagai Guru Cemerlang. 

Cikgu Haji Mohamad Taib pula dinobatkan sebagai Guru Cemerlang Muar 2011. Cenderamata dan Sijil disampaikan oleh YB Dr Mohammad Taslim. Cikgu Mohamad merupakan pelajar cemerlang akademik dan sukan. Beliau bersara sebagai Guru Pakar Matematik di Sekolah Menengah Sains Muar. Beliau juga pernah bertanding sebagai calon PAS dalam PRU 1999.

Malam itu meninggalkan kenangan manis kepada guru-guru dan tetamu.Tahniah PASTI Muar !
Read More

NISA' MUAR EXPLORE NATURE


NISA' MUAR EXPLORE NATURE DI PANTAI PARIT PENYENGAT MUAR

Nisa' Muar di bawah kepimpinan Puan Hjh Asma' Abu Bakar melanhkah kehadapan dengan mengadakan Program Explore Nature di Pantai Parit Penyengat Muar pada pagi Ahad 22 Mei 2011.Program ini adalah sebahagian daripada misi Nisa' untuk melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu dan berakhlak mulia.Berbagai aktiviti diadakan sepanjang pagi itu hingga tengahari.


Menurut Pengarah Program Nisa' Explore Nature, Cik Kamilah Muhammad, lebih 80 orang peserta mengambil bahagian  dalam program pagi itu. Mereka  terdiri daripada remaja dalam DUN Maharani dan DUN Sungai Balang.Program ini diharap dapat mengeratkan ikatan silaturrahim di antara mereka sambil mendidik mereka menjadi pemimpin masyarakat yang bertakwa.Banyak lagi program sedang diatur untuk remaja ini pada masa yang terdekat.Belaiu mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang diberi dan juga kepada penyumbang, petugas dan penderma.


YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, dijemput khas untuk bersama mereka dan merasmikan program ini. Turut hadir Tuan Haji Malik Mohd Diah, Penyelia Pusat Khidmat DUN Sungai Balang merangkap Timbalan YDP PAS Muar.

YB Dr Mohammad bersama Pengarah dan Fasilitator Program.

 Peserta-peserta mengabadikan kenangan Program Nisa' Explore Nature.

 Doa  dimulakan mengiringi Majlis Penutup.

Amanat daripada YB Dr Mohammad.
 
Di antara peserta - peserta Program.
 
  
 Menyanyi Lagu Tema ' Semarak Perjuangan '

Hadiah istimewa untuk Si Cilik
 
Pemenang Cabutan Bertuah.
 
 
Tuan Haji Malik Md Diah menyampaikan hadiah kepada peserta program.
 
 
 Hadiah untuk Kumpulan yang berjaya.

 Tahniah ! Sungguh bersemangat wakil kumpulan ini.
Read More