SUMBANGAN RAMADHAN 1341H PAS PT RAJA DARAT


Alhamdulillah, pada hari Sabu 14 Ogos 2010 yang lalu, PAS Cawangan Pt. Raja Darat ,Muar, dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Maharani telah mengadakan  majlis sumbangan kebajikan dan majlis berbuka puasa kepada ibu tunggal, keluarga miskin, dan penduduk di kampong tersebut. Majlis ini telah diadakan di rumah Ketua Cawangan PAS Pt Raja Darat,Tn. Hj. Abdullah b Hamzah  Walaupun tiada peruntukan kewangan yang diberikan oleh pihak kerajaan, DUN MAHARANI dengan izin Allah masih dapat meneruskan aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Majlis dimulai dengan tazkirah oleh Ust. Abdullah Ahmad, seterusnya ucapan perasmian dan penyampaian Sumbangan Ramadhan oleh YB Dr. Mohammad Taslim. Tahlil ringkas disempurnakan oleh Tuan  Imam Masjid Parit Raja Jalan Temenggong Ahmad. Turut hadir YDP PAS Kawasan Muar, Ust. Hj. Abu Bakar Mohd Lajat. Selepas berbuka puasa YB bersama hadirin solat maghrib berjemaah dan majlis bersurai jam 8.15 malam. 

YB. Dr. Hj. Mohammad mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang sudi menghulurkan sumbangan sama ada wang ringgit atau harta benda . Sumbangan ikhlas berupa beras,barangan dapur dan wang tunai ini memberi kesan yang mendalam kepada para penerima -gembira,terharu,bersyukur dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.
 Ustaz Abdullah menyampaikan tazkirah sebelum majlis berbuka puasa.
 Giliran YB Dr Mohammad menyampaikan ucapan.
Kelihatan di belakang Us. Abu Bakar,Us. Abdullah, Sdr Rozi dan Sdr Abdul Razak.
 Pelajar Madrasah Nasihul Amin Parit Raja turut meraikan majlis

 Tetamu sedang mendengar tazkirah
 Para tetamu memenuhi meja jamuan
 Sebahagian daripada penerima sumbangan
 Tetamu-tetamu

 Gambar-gambar penerima sumbangan.
YB Dr Mohammad diiringi oleh YDP PAS Us Abu Bakar dan
Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan,Sdr Rozi.
 Berdoa sebelum berbuka puasa
 Waktu berbuka puasa

0