PROGRAM ZIARAH ADUN MAHARANI


ADUN Maharani,YB Dr Mohammad Taslim bersama-sama AJK DUN Maharani dan HALWA Maharani meluangkan masa pada petang hari Khamis 5 Ogos 2010 menziarahi 2 orang penduduk Kg Sri Muda,Parit Amal,Jalan Dato' Kosai Muar.Program ziarah ini sentiasa berterusan di DUN Maharani untuk mengeratkan silaturrahim,bertanya khabar dan membantu mereka yang memerlukan.


YB Dr Mohammad bertanya khabar sementara AJK HELWA
dan isteri En. Jailani kelihatan di belakang.

En, Jailani (gambar di atas) mengalami kemalangan jalan raya menyebabkan lutut kanan dan tangan kanannya patah.Sudah dua bulan beliau tidak dapat menguruskan warongnya di Parit Bakar Darat.Nasib baik isterinya dapat meneruskan perniagaan itu untuk menampung keluarga.Alhamdulillah beliau sudah boleh berjalan dengan bantuan tetapi masih memerlukan kerusi roda untuk bergerak.

Lutut ini bersimin lebih sebulan


Sedikit sumbangan daripada YB sebagai tanda ingatan

ALFATIHAH.....SDR JAILANI ABU BAKAR MENINGGAL DUNIA PADA HARI SELASA 8 MAC 2011.
MOGA ALLAH CUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA. AMIN. 

En. Ehwan pula menghidap penyakit barah hampir dua tahun.Beliau bernasib baik kerana majikannya membenarkan beliau cuti sakit bergaji sehingga sempurna rawatan.Sekarang beliau sedang menjalani rawatan chemotherapy di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.



Menziarahi sambil mendoakan semoga En.Ehwan cepat sembuh.
Sdr. Salehan Ahmad (kiri ) dan Sdr. Adam (kanan) turut serta.


Sedikit sumbangan YB kepada En. Ehwan.

Kami mendoakan supaya sahabat kita ini cepat sembuh.Amin.



0