PERUMAHAN BINA BARU MAIJ
Posted in: ibu tunggal, KEBAJIKAN, rumah MAIJYB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani,menerima aduan daripada seorang ibu tunggal di Kampong Parit Raja Jalan Temenggong Ahmad,Muar baru-baru ini.Puan Monaliza @ Zaiton bt Mahpop,seorang ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah telah mendapat bantuan Perumahan (Bina Baru) daripada Majlis Agama Islam Johor.Pembinaan rumah tersebut telah bermula sejak bulan Februari 2010 tetapi sehingga sekarang ia masih belum siap dan terbengkalai.Bapa beliau,En. Mahpop telah menghubungi pihak MAIJ di Johor Bahru dan kontraktor yang dilantik tetapi tiada tindakan diambil.
En. Mahpop,bapa pengadu, mohon jasa baik YB untuk menyelesaikan masalah tersebut.Maka pada pagi Khamis 5 Ogos yang lalu beliau bersama Pegawai Tadbirnya,Sdr Hamidun Omar,telah melawat tapak bangunan yang terbengkalai.Nampaknya tapak rumah telah siap dan simen dan sedikit batu bata terbiar disitu tetapi tidak nampak kerja-kerja seterusnya akan dijalankan.
YB Dr Mohammad bersama En. Mahpop di tapak rumah
Sdr Hamidun turut menyaksikan keadaan rumah yang tidak siap
En. Mahpop merenung pilu rumah anaknya yang belum siap dibina
Inilah keadaan tapak rumah yang dimulakan pembinaan pada bulan Februari 2010
Jalan masuk ke tapak rumah.Di sebelah kanan ialah rumah
yang diduduki oleh Puan Monaliza sekarang
Pasir dan batu bata yang terbiar hampir 6 bulan.
YB Dr Mohammad cuba menghubungi kontraktor yang diamanahkan menmina rumah ini tetapi tidak berjaya.Beliau terus menghubungi Penolong Pengarah unit Agihan Zakat Maij di Johor Baharu pada hari Isnin 9 Ogos 2010 mengadukan hal tersebut.Alhamdulillah tindakan pantas Pegawai juruteknik MAIJ telah dapat melancarkan perjalanan projek ini.Beliau telah dapat menghubungi kontraktor berkenaan dan mengarahkan beliau menghantar barang-barang binaan dengan segera pada hari itu juga dan menyambung kerja mulai 11 Ogos 2010 atau kontraknya ditamatkan.
Inilah bahan binaan yang dihantar ke tapak binaan,3 lori kecil pasir!
Hari ini 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431,YB Dr Mohammad melawat tapak pembinaan.Menutur En. Mahpop pihak kontraktor telah menghantar pasir di atas sahaja dan berjanji akan menjalankan kerja pada 2 Ramadhan,itu pun hanya 2 hari dalam seminggu !.
YB Dr Mohammad akan terus memantau untuk memastikan rumah ibu tunggal ini disiapkan segera.
YB Dr Mohammad akan terus memantau untuk memastikan rumah ibu tunggal ini disiapkan segera.
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2010
(259)
-
▼
Ogos
(38)
- MERDEKA..MERDEKA....MERDEKA...........
- SUMBANGAN RAMADHAN 1341H - KG PARIT KEROMA MUAR
- AURAT OH AURAT
- AURAT DALAM ISLAM
- ADUAN RAKYAT (JALAN DAUD) : PARIT BARU,JALAN BARU....
- CAN A NON-MUSLIM ENTER THE MOSQUE ?
- SUMBANGAN RAMADHAN YB SERDANG
- YB DAP DI SURAU - PENJELASAN YB TEO dan PERMOHONAN...
- YB DAP DI SURAU
- SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL - MUBARAK
- POLITICS - PENANG UNDER PAKATAN RAKYAT
- LAGI SUMBANGAN RAMADHAN 1431H - PAS CAWANGAN BANDA...
- ISU 'GUAN ENG GANTIKAN AGONG'
- PEMUDA PEWARIS PIMPINAN
- ADUN MAHARANI IN THE NEWS
- MASALAH SAMPAH : BERI KERJASAMA
- UNIT AMAL PAS MUAR BAIKI RUMAH
- SUMBANGAN RAMADHAN 1341H DI PARIT AMAL LAUT MUAR
- 2 TAHUN LALU : KENDURI PRU 12 - PAS MENANG
- SUMBANGAN RAMADHAN 1341H PAS PT RAJA DARAT
- SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PASTI AR RAHMAH MUAR
- ADUAN RAKYAT : TANAH MENDAP DI DUN MAHARANI -Berit...
- ADUAN RAKYAT : TANAH MENDAP DUN MAHARANI - Utusan ...
- ADUAN RAKYAT : TANAH MENDAP DI PARIT KEROMA - sina...
- PERUTUSAN RAMADHAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ
- RAMADHAN: BATALKAH PUASA ?
- ISU PENIAGA MELAYU KOMTAR PULAU PINANG
- GIANT MECCA CLOCK
- TERIMA KASIH,TERIMA KASIH,TERIMA KASIH 5
- PERUMAHAN BINA BARU MAIJ
- GOTONG ROYONG BANTU WARGA INDIA
- KEM SEMARAKM RAMADHAN 1431H
- TAZKIRAH RAMADHAN - AS-SYAHID HASSAN AL-BANA
- PROGRAM JALINAN BESTARI KOMUNITI JOHOR 2, 2010
- PROGRAM ZIARAH ADUN MAHARANI
- SENARAI ANAK SYARIKAT JCORP 2009 - UNTUNG ? RUGI ?
- PERBELANJAAN SPR DALAM PILIHANRAYA KECIL 2008 - 2010
- GOTONG ROYONG ADUN MAHARANI - JKKK SRI JONG
-
▼
Ogos
(38)
0