GOTONG ROYONG ADUN MAHARANI - JKKK SRI JONG


Pada pagi Ahad 1 Ogos 2010,bersamaan 20 Syaaban 1431, satu Program Gotong Royong Pembersihan Surau dan Tanah Perkuburan Islam telah dijayakan di Parit Sakai Laut Jalan Junid Muar.Majlis anjuran JKKK Seri Jong Muar bersama Majlis Agama Islam Daerah Muar,Agensi Anti-Dadah Kebangsaan dan ADUN Maharani ini telah dimulakan jam 9.00 pagi.

Menurut Pengerusi JKKK merangkap Ketua Kampong Seri Jong Muar,En. Mohamed bin Hj. Hussein,ini adalah program tahunan untuk memberi peluang masyarakat setempat beramal sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan tidak lama lagi.Ia juga untuk mengeratkan silaturrahim di antara penduduk,Jabatan Agama,AADK dan wakil rakyat.Tahun lalu program yang sama telah berjaya diadakan.

YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani telah hadir bersama-sama AJK DUN Maharani.Di antara yang bersama-sama bergotong royong ialah Sdr Abu Bakar Ismail (Pengarah MTD Maharani),Sdr Abdul Razak Sulaiman (Setiausaha YB),Sdr Farid Nasir (Ketua Unit Amal Muar), AJK Sdr Tupin Ngadian dan Tn Hj Abdul Rahman Lajim.

Para Muslimin membersihkan kubur dan membantu muslimat membersihka surau.Kerjasama erat di antara JKKK,Jabatan Kerajaan dan wakil rakyat sangar-sangat dialu-alukan untuk sama-sama memberi sumbangan dan bekerja untuk rakyat.InsyaAllah amalan ini dicatit oleh Allah sebagai satu amal kebajikan yang berganda pahalanya.


Sdr Abu Bakar (kiri0 dan Sdr Farid (kanan) memulakan tugas
di Perkuburan Parit Sakai Pantai (Laut)


YB Dr Mohammad memulakan tugasan
di jambatan perkuburan



Sdr Abdul razak (kanan) bersedia dengan mesin rumputnya


YB Dr Mohammad dan penduduk setempat di tanah perkuburan

Sdr Abdul Razak dan En. Mohamed (Ketua Kampong)
baru warm up


Penduduk membersihkan semak samun di perkuburan


YB sedang menebas


Sdr Abdul Razak (kiri) dan Sdr Farid (kanan) di perkuburan

YB Dr Mohammad berehat sambil berbincang bersama
En Mohamed (Ketua Kampong) dan Pegawai AADK (tengah)

YB dan Sdr Farid di hadapan surau.
Lihat carpet di belakang tuu.....terima kasih muslimat.


YB macam mandor je......

Lihat muslimat membersihkan surau
hingga tak sedar gambar diambil.....

Alhamdulillah....bersih keliling surau

Tugasan siap,marilah kita bersama-sama mengimarahkan
surau ini di bulan Ramadhan nanti........

0