ADUAN RAKYAT (JALAN DAUD) : PARIT BARU,JALAN BARU.TIANG ELEKTRIK?
Posted in: ADUAN RAKYAT, JALAN DAUD, JPS, TNBBandar Maharani Muar nampaknya sentiasa membangun.Majlis Perbandaran Muar dan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan swasta mempunyai perancangan masing-masing.Pihak Berkuasa Tempatan contohnya mempunyai OSC (One-Stop-Centre) untuk memudahkan urusan.
Namun begitu agensi-agensi ini nampaknya tidak dapat duduk semeja,bekerjasama untuk mengkoordinasi kerja-kerja yang mereka jalankan.Rakyat merungut : hari ini JKR turap jalan , esok SAJ gali jalan ; hari ini JKR betulkan jalan, esok Telekom korek jalan......ini contoh.Betul ke? Tuan-tuan kena pikir sendiri.
Hari ini jika tuan-tuan dari Jalan Daud Muar hendak keluar ke Jalan Arab, jalan ini nampaknya dah dilebarkan.Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah membuat parit konkret baru dan jalan dilebarkan.Jalan pun dah diturap dengan cantik. Walau bagaimanapun tuan-tuan kena berhati-hati terutama di waktu malam kerana selepas jalan dilebarkan tiang-tiang elektrik sekarang berada di tengah jalan pulak !
Ini gambar projek parit bermula dari persimpangan Jalan Md Said Tahir-Jalan Daud,
mengarah ke bandar - cantik dan lebar jalan ini.Penunggang motosikal ini kena berhati-hati jangan terlanggar tiang elektrik.
Seterusnya,cuba anda kira ada berapa batang tiang elektrik yang mesti dipindahkan ketepi jalan untuk keselamatan pengguna.
Satu...dua...tiga....
empat...lima....eh,banyak !
Ini dah sampai penghujung Jalan Daud di lampu isyarat Jalan Arab.
Ini gambaran jika anda masuk ke Jalan Daud dari lampu isyarat Jalan Arab.Kalau nak baca iklan di tiang elektrik ni jangan sampai terlanggar pulak.
Menurut kata JPS tugasnya membuat parit dan turap jalan,tapi tiang elektrik ni apa hal? Tangungjawab siapa ? Tanyalah TNB siapa patut alih tiang ini ke tepi ? Nak alih tiang siapa nak bayar upahnya? Anda bayar dan TNB boleh alihkan bila-bila masa.Pulak........
Lain kali sebelum kerja dibuat kenalah rancang.Pihak yang merancang projek ini kena libatkan semua jabatan yang berkenaan barulah kerja beres.Kos alih tiang kenalah masukkan dalam kos projek sebab TNB tak bersedia menanggung kos ini.
Sementara waktu ini tiang-tiang elektrik yang di tengah jalan ini dicadangkan dipasang reflektor ke sebelum kemalangan berlaku.Kesian rakyat kita.
Mudah-mudahan tiada kemalangan berlaku sebelum perkara ini diselesaikan.
Anda punya cadangan ?
Siapa pulak gelak-gelak ni....
Ini serius ya,jangan main-main.Beri cadangan yang konkrit !
_________________________________________________________________________________
SOALAN OLEH YB GWEE TONG HIANG (ADUN Bentayan) SI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 30 SEPTEMBER 2010:
SOALAN 43 (A21)
JPS telah menaik-tarafkan system perparitan di Jalan Daud, Muar tetapi nampaknya tiang-tiang lampu TNB masih dibiarkan berada di tengah-tengah jalan, ini amat membahayakan pengguna-pengguna jalan raya, bilakah pihak Kerajaan akan mengalihkan tiang-tiang TNB tersebut dan adakah penutup saliran dapat menampung kenderaan berat yang melalui di atas permukaan tersebut?
JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) TELAH MENJALAKAN KERJA-KERJA MENAIK TARAF SISTEM PERPARITAN SEPANJANG 450 METER DI JALAN DAUD YANG BERTUJUAN UNTUK MEMPERBAIKI SISTEM SEDIAADA BAGI MEMUDAHKAN PENGALIRAN AIR KE PARIT JALAN ARAB SETERUSNYA KE SUNGAI MUAR. IA JUGA DAPAT MENGATASI MASALAH BANJIR KILAT DI SEPANJANG PARIT DAN KAWASAN SEKITARNYA TERMASUK KAWASAN-KAWASAN PERUMAHAN DAN PENEMPATAN PENDUDUK. PARIT YANG SEDIADA DIGANTIKAN DENGAN “BOX CULVERT’ BAGI MEMASTIKAN SISTEM SALIRAN YANG DIBINA TIDAK TERGANGGU DENGAN MASALAH PEMBUANGAN SAMPAH SARAP DAN MEMBERI KESELESAAN DAN KESELAMATAN KEPADA PENDUDUK TEMPATAN DAN PENGGUNA JALAN TERSEBUT. BINAAN SALIRAN INI TELAH DIREKABENTUK UNTUK LALUAN KENDERAAN DI ATASNYA DAN SELAMAT DIGUNAKAN.
UNTUK MAKLUMAN DEWAN YANG MULIA INI, KERJA-KERJA INI TIDAK MELIBATKAN KERJA-KERJA PENGALIHAN UTILITI KERANA MENGGUNAKAN JAJARAN PARIT YANG SEDIA ADA. WALAU BAGAIMANAPUN, PIHAK JPS JUGA TELAH MEMAKLUMKAN KEPADA TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) DAN MAJLIS PERBANDARAN MUAR (MPM) KEPERLUAN MENGALIHKAN UTILITI (TIANG-TIANG LAMPU) UNTUK KESELESAAN PENGGUNA JALAN RAYA. ANGGARAN KOS PENGALIHAN ADALAH SEBANYAK RM60,000.00.
YB Dr Mohammad dan YB Gwee melawat Jalan Daud
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2010
(259)
-
▼
Ogos
(38)
- MERDEKA..MERDEKA....MERDEKA...........
- SUMBANGAN RAMADHAN 1341H - KG PARIT KEROMA MUAR
- AURAT OH AURAT
- AURAT DALAM ISLAM
- ADUAN RAKYAT (JALAN DAUD) : PARIT BARU,JALAN BARU....
- CAN A NON-MUSLIM ENTER THE MOSQUE ?
- SUMBANGAN RAMADHAN YB SERDANG
- YB DAP DI SURAU - PENJELASAN YB TEO dan PERMOHONAN...
- YB DAP DI SURAU
- SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL - MUBARAK
- POLITICS - PENANG UNDER PAKATAN RAKYAT
- LAGI SUMBANGAN RAMADHAN 1431H - PAS CAWANGAN BANDA...
- ISU 'GUAN ENG GANTIKAN AGONG'
- PEMUDA PEWARIS PIMPINAN
- ADUN MAHARANI IN THE NEWS
- MASALAH SAMPAH : BERI KERJASAMA
- UNIT AMAL PAS MUAR BAIKI RUMAH
- SUMBANGAN RAMADHAN 1341H DI PARIT AMAL LAUT MUAR
- 2 TAHUN LALU : KENDURI PRU 12 - PAS MENANG
- SUMBANGAN RAMADHAN 1341H PAS PT RAJA DARAT
- SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PASTI AR RAHMAH MUAR
- ADUAN RAKYAT : TANAH MENDAP DI DUN MAHARANI -Berit...
- ADUAN RAKYAT : TANAH MENDAP DUN MAHARANI - Utusan ...
- ADUAN RAKYAT : TANAH MENDAP DI PARIT KEROMA - sina...
- PERUTUSAN RAMADHAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ
- RAMADHAN: BATALKAH PUASA ?
- ISU PENIAGA MELAYU KOMTAR PULAU PINANG
- GIANT MECCA CLOCK
- TERIMA KASIH,TERIMA KASIH,TERIMA KASIH 5
- PERUMAHAN BINA BARU MAIJ
- GOTONG ROYONG BANTU WARGA INDIA
- KEM SEMARAKM RAMADHAN 1431H
- TAZKIRAH RAMADHAN - AS-SYAHID HASSAN AL-BANA
- PROGRAM JALINAN BESTARI KOMUNITI JOHOR 2, 2010
- PROGRAM ZIARAH ADUN MAHARANI
- SENARAI ANAK SYARIKAT JCORP 2009 - UNTUNG ? RUGI ?
- PERBELANJAAN SPR DALAM PILIHANRAYA KECIL 2008 - 2010
- GOTONG ROYONG ADUN MAHARANI - JKKK SRI JONG
-
▼
Ogos
(38)
0