TAKBIR BERGEMA DI MALAM RAYA,TANGAN DIHULUR MAAF DI PINTA



Kehadiran tetamu disambut mesra, Allahuakbar! Allahuakba! Allahuakba! takbir bergema di malam raya

1 SYAWAL 1430H

Sempena Syawal yang mulia ini saya,Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, bersama-sama isteri Hjh Rubiah Raffee serta anak-anak, Siti Zahirah, Mohd Azhar dan Mohd Syakirin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.Semoga amalan kita yang sedikit di bulan Ramadhan Allah ganjarkan dengan pahala yang berganda.Untuk mencukupkan puasa setahun marilah kita teruskn dengan berpuasa 6 hari di bulan Syawal.

Terima kasih kepada semua pendokong perjuangan Islam dan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menjadikan Malaysia Negara Berkebajikan.

Sumbangan anda semua insyaAllah akan mengekalkan kemenangan ini malahan akan bertambah sokongan rakyat.

Malam ini jam 12.30 malam rumah YB Dr Mohammad di Taman Bunga Raya dikunjungi oleh jemaah daripada Surau Parit Kadhi Jalan Temenggong Ahmad Muar dan ahli-ahli PAS Cawangan Bandar 'A' untuk bertakbir menyambut hari raya.Takbir bergema menandakan kejayaan kita menjalankan perintah Allah.Amalan yang jarang-jarang di praktikkan di negeri Johor mudah-mudahan akan menjadi ikutan penduduk di sini.Mengikut Ustaz Abdul Salam yang juga Pengerusi Surau dan Imam,mereka telah mengamalkan majlis bertakbir dari rumah ke rumah di malam hari raya sejak 6 tahun yang lalu.

Esok kita akan solat sunat hari raya.Marilah kita eratkan silaturrahim dengan mengunjungi rumah saudara mara,sahabat handai,rakan taulan sambil bermaaf-maafan dan jangan lupa sebarkan ISLAM.



0