SUMBANGAN RAMADHAN PAS CAWANGAN PARIT RAJA MUAR


Pada hari Sabtu 29 Ogos 2009 bersamaan 8 Ramadhan 1430H, Pejabat DUN Maharani dengan kerjasama PAS Cawangan Parit Raja Jalan Dato Hj Kosai Muar telah mengadakan Majlis Sumbangan Ramadhan dan Berbuka Puasa bersama penduduk Kampong Pt. Raja Darat dan sekitarnya. Majlis ini diadakan di rumah Ketua Cawangan,Tn. Hj. Abdullah b. Hamzah. Program Sumbangan ini adalah kali ke 2 untuk bulan Ramadhan ini .Program seumpama ini akan diadakan di beberapa tempat lagi dalam DUN Maharani termasuk di Tmn. Sri Temenggong , Pt. Amal Laut, Pt. Amat Jln Sri Tanjong, Pt. Unas Tengah dan Pt. Bakar.

Majlis dimulai dengan tahlil ringkas oleh Imam Masjid Parit Raja. Seterusnya ucapan dan penyampaian Sumbangan Ramadhan oleh YB Dr. Mohammad. Sementara menanti majlis berbuka puasa, YDP PAS Kawasan Muar, Ust. Hj. Abu Bakar Mohd Lajat telah menyampaikan tazkirah.

Imam masjid Pt. Raja sedang memulakan majlis dengan bacaan tahlil dan doa arwah



YB Dr. Hj. Mohammad sedang menyampaikan ucapan.


Sumbangan ikhlas daripada Pejabat ADUN Maharani



Di antara tetamu yang hadir

0