DEWAN NEGERI JOHOR - USUL ADUN MAHARANI DITOLAK OLEH YB DATO' SPEAKER


YB ADUN Maharani,Dr Mohammad Taslim, telah mengusulkan tentang penyerahan Sekolah Bantuan Kerajaan Negeri kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Kedua Belas pada hari Selasa 8 September 2009.Walaubagaimanapun usul tersebut ditolak oleh YB Dato' Speaker di bawah Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Johor Bil. 30(2).

Usul tersebut adalah seperti berikut:

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN TETAP BILANGAN 29, PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP BAGI DEWAN NEGERI JOHOR,PERATURAN MESYUARAT PERKARA 29.

"MEMBINCANGKAN IMPLIKASI MASA HADAPAN PENDIDIKAN ISLAM DI NEGERI JOHOR AKIBAT DARIPADA KEPUTUSAN KERAJAAN NEGERI MENYERAHKAN 27 SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN NEGERI TERMASUK
8 SRAB KEPADA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)"
______________________________________________________________


Usul di bawah Peraturan Tetap Bilangan 29.Dengan ini diberi notis bahawa saya akan mengusulkan supaya Mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu,kepentingan ramai dan perlu disegerakan.

YB Dr Mohammad bin Taslim memohon mencadangkan:

"Bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan yang mulia ini merundingkan isu mengkaji implikasi masa hadapan pendidikan agama Islam di Negeri Johor akibat daripada keputusan Kerajaan Negeri menyerahkan 27 sekolah agama bantuan kerajaan negeri termasuk 8 buah Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)"

YB Dato' Speaker,

Pada tahun 1996 Kerajaan Negeri telah mengambilalin 7 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR).Antara alasannya adalah sebahagian besar SAR ini adalah berada dalam keadaan daif dan banyak dipengaruhi oleh pembangkang.

Pada tahun 2005,KPM menawarkan supaya semua sekolah agama bantuam kerajaan negeri didaftarkan kepada KPM untuk mendapatkan statur Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).Setakat ini semua negeri telah sekolah tadi menyerahkan sekolah agama mereka kepada KPM kecuali Kelantan dan Johor.

YB Dato' Speaker.

Pengalaman daripada negeri-negeri yang telah menyerahkan sekolah agama mereka kepada KPM adalah merugikan masa hadapan pendidikan Islam di negeri-negeri tersebut.

Antara yang berlaku adalah apabila sekolah-sekolah tadi diserahkan atau didaftarkan di bawah KPM maka secara langsung sekolah-sekolah tersebut akan terikat dengan peruntukan Akta Pendidikan .Akta ini memberi kuasa kepada kerajaan persekutua melalui KPM untuk mengubah kurikulum agama (Arab) yang berasaskan Kurikulum Maahad Bustanul Azhar.Sebagai contoh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang dahlunya SAR yang terletak di Muar,Johor Jaya,Segamat dan Bandar Penawar apabila diserahkan kepada KPM maka semua kurikulum agama digugurkan kecuali mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi.Dengan kata lain pelajar-pelajar lulusan sekolah-sekolah agama yang diserahkan kepada KPM tidak berkelayakan lagi untuk menyambung pelajaran dalam bidang agama khususnya di universiti di Timur Tengah seperti Al Azhar.Keadaan ini akan merugikan pendidikan agama Islam di negeri Johor dalam usaha untukmelahirkan ulama-ulama yang berketerampilan dan berwibawa di masa hadapan.

YB Dato' Speaker,

Hal ehwal berkaitan dengan agama Islam termasuk sistem pendidikan agama Islam adala terletak di bawah bidangkuasa DYMM Sultan bagi semua negeri.Tindakan menyerahkan atau mendaftarkan 27 buah sekolah agama bantuan kerajaan negeri akan menyebabkan DYMM Sultan Johor melalui Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) atau Jabatan Agama Johor (JAJ) akan hilang kawalan terutamanya daripada aspek pentadbiran dan halatuju sekolah-sekolah yang telah disenaraikan tadi.

YB Dato' Speaker.

Memang tidak dinafikan bilamana 27 sekolah agama bantuan kerajaan negeri diserahkan kepada KPM maka KPM akan memberikan bantuan kewangan dalam bentuk skim gaji guru yang lebih menarik dan bantuan pembangunan sekolah.Tetapi bagi sekolah agama khususnya SAR yang telah ditubuh dan beroperasi puluhan, imbuhan gaji dan prasarana sekolah bukanlah segala-galanya tetapi nilai ilmu agama yang disampaikan daripada guru-guru yang ikhlas dan berkorban ini telah melahirkan ratusan agamawan dan ulama yang berketerampilan pada masa sekarang.



0