LAGI SUMBANGAN RAMADHAN 1430H DI DUN MAHARANI


Pada HARI Sabtu 15 Ramadhan 1430H bersamaan 5 Sept. 2009, Pejabat DUN Maharani dengan kerjasama Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Kawasan Muar telah menyampaikan sumbangan kebajikan kali ke 3 di kawasan DUN Maharani. Kali ini sumbangan ini diadakan di Markas PAS Cawangan Sri Jong (PASTI Sri Jong,) Pt. Sakai Jalan Abdul Rahman Muar. Majlis ini bersempena Khatam Al Quran dan Tahlil yang dianjurkan oleh PAS Cawangan Sri Jong.

Majlis dimulai dengan Khatam Al-Quran, tahlil,tazkirah dan sumbangan kebajikan. YB Dr. Hj. Mohammad tidak dapat hadir kerana ada jemputan majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh GAPHOR di Bangi, Selangor. Sdr. Mohd Rozi Md Nor selaku Ketua Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Muar dan DUN Maharani mewakili YB menyampaikan sumbangan tersebut. Turut hadir YDP PAS KAw. Muar Ust. Abu Bakar Mohd Lajat.



Sdr. Mohd Rozi berbaju melayu bersamping sementara yang berjubah adalah YDP PAS Kaw. Muar Ust. Hj. Abu Bakar Mohd Lajat sedang menyampaikan sumbangan kebajikan

Pada hari Ahad 16 Ramadhan 1430H bersamaan 6 Sept. 2009, YB Dr. Hj. Mohamad telah menyampaikan sumbangan kebajikan di dua tempat, Kampong Pt. Keroma dan di Taman Sri Temenggong Muar.

Di Pt. Keroma Program Ihya Ramadhan, Sumbangan Jariah Berbuka Puasa dianjurkan oleh Jemaah Kuliyah Mingguan/Madrasah Al Khairah bertempat di rumah Allahyarham Hjh Jamilah Omar.Majlis dimulakan dengan tazkirah oleh Ustaz Kasim Ibrahim diikuti dengan majlis penyampaian sumbangan terdiri pelajar Madrasah Mahadi, Ibu Tunggal dan Anak -anak Yatim. YB Dr Mohammad Taslim telah menyampaikan sumbangan tersebut.Selepas majlis tersebut YB Dr Mohammad bergegas ke Surau Taman Bunga Raya Jalan Temenggong Ahmad Muar (tempat tinggal beliau) untuk bersama-sama dalam majlis Khatam Al Quran dan berbuka puasa.

Pada hari yang sama PAS Cawangan Bandar B (YB adalah Ketua Cawangannya) mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Ramadhan.Majlis diadakan di PASTI Ar Rahmah Taman Seri Temenggong yang dikendalikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Cawangan Bandar B.Ceramah Nuzul Quran disampaikan oleh Ustaz Muhidir,Ketua Dewan Ulama' PAS Kawasan Muar,selepas solat maghrib.YB Dr Mohammad sempat menghadiri ceramah dan solat isyak dan terawikh bersama.Sumbangan kebajikan untuk ibu tunggal dan kurang kemampuan dianjurkan oleh Cawangan PAS Bandar 'B'. YB Dr Mohammad menyampaikan sumbangan selepas solat terawikh.

YB sedang menyampaikan ucapan kepada hadirin di Parit Keroma


Sumbangan kepada anak yatim di Parit Keroma


Sumbangan kepada pelajar Madrasah AlMahdi Tangkak

Anak-anak Allahyarham Ustaz Zakaria Nor



Sumbangan kebajikan di PASTI Ar Rahmah Taman Sri Temenggong Ahmad














0