ADUN MAHARANI BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA



YB Dr Mohammad dan keluarga bersedia untuk berbuka puasa

Khamis 27 Ramadhan 1403H

Bulan Ramadhan biasanya YB Dr Mohammad mempunyai jadual yang ketat untuk memenuhi program dan aktiviti bersama rakyat yang telah diatur bersama ahli-ahli Jawatankuasa DUN Maharani- program ziarah,memberi sumbangan sempena bulan Ramadhan,tarawikh di surau dan masjid dalam DUN Maharani dll.Dua minggu terakhir paling sibuk dengan undangan Majlis Khatam Al Quran di surau dan masjid.Inilah tradisi kita di Negeri Johor ini.YB Dr Mohammad mengucapkan ribuan terima kasih di atas semua undangan dan mohon maaf kerana tidak dapat memenuhi semua undangan kerana banyak majlis yang di adakan bertindan.Terima kasih juga di atas pemberian 'berkat' dan ada yang dihantar terus ke rumah.

Alhamdulillah hari ini YB Dr Mohammad dapat berbuka puasa bersama ahli keluarga setelah sejak akhir-akhir ini beliau sibuk berbuka puasa bersama rakyat di surau dan masjid.
'Kami juga rakyat ayah. Mama pun undi ayah' seloroh anak-anak YB.Untuk memenuhi permintaan mereka,mereka pun sedang bercuti dan kebetulan beliau dan keluarga diundang berbuka puasa oleh pengusaha sebuah hotel di persisiran Sungai Muar maka YB terpaksa memohon maaf kepada penganjur majlis Khatam Al Quran pada petang ini.

Terima kasih daun keladi YBhg Dato' dan Sdr Manager Hotel.Makanan mewah,susah nak berhenti makan sebelum kenyang.Bilik solat untuk muslimin dan muslimat juga disediakan.

Sejak Pakatan Rakyat menawan 6 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen di Johor sokongan rakyat sungguh hebat.Perpaduan sebenar rakyat majmuk Malaysia dapat dirasai melalui Pakatan Rakyat.Undangan berbuka puasa ini adalah manifestasi sokongan golongan korporat kepada Pakatan Rakyat.


Telatah anak-anak lapar? Mohd Syakirin (kiri) bercadang ke Mesir belajar Perubatan.Kakinya pernah patah main ragbi di SBPI Rawang dan dah masuk besi.Agaknya ini yang buat dia nak jadi doktor.Abangnya Mohd Azhar dulu belajar Tahfiz di Kelantan,sekarang di UMTerenganu (Akauntansi) pula.



Si Kakak,Siti Zahirah, mesra bersama mamanya.Dulu nak jadi peguam
tapi akhirnya buat Graphic Multimedia.Dia kadang tolong kadang kacau blog ini!


0