BANGUNAN UMNO BAKRI


BANGUNAN UMNO BAKRI

Jika anda melalui bulatan Jalan Bakri di bandar Muar anda akan melihat sebuah projek bangunan di atas Tapak Bangunan UMNO Bahagian Bakri yang sedang rancak dibina.Tapak ini merupakan tanah yang dikurniakan oleh kerajaan Negeri Johor kepada UMNO Bahagian Bakri.Perkara ini telah dibangkitkan oleh YB Bentayan dalam Persidangan Dewan Negeri Johor dalam bulan Jun-Julai 2008 yang lalu.

Y.A.B Menteri Besar dalam jawapan memaklumkan :

Pemilik: UMNO Bahagian Bakri PTM(K) 2/97
Bil PTD: PTB 11340
No. Hakmilik HSD 34162
Keluasan: 49590 k.p.
Mukim: Bandar Maharani
Tahun diluluskan: 1998

Premium asal ialah
RM1,498,409.00
Premium yang dibayar selepas diskaun ialah
RM23,240.00


Lihat perbezaan premium asal dan selepas diberi diskaun!! Ini ialah berdasarkan kepada Pekeliling PTG Johor Bil. 4
Tahun 2oo6 yang menggariskan permohonan-permohonan daripada badan-badan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan diberikan diskaun pembayaran premium.Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ini meliputi pertubuhan politik,perubuhan keagamaan,pertubuhab belia,pertubuhan penduduk dan pertubuhan sosial.



Bangunan tersergam tetapi tidak mampu membangunkan sendiri

Tapak Bangunan UMNO Bahagian ini sekarang sedang rancak dibina.Malang UMNO tidak mampu membangunkan sendiri tapak ini.Seperti biasa mereka mengambil jalan mudah seperti yang dilakukan oleh segelintir usahawan Melayu dengan mengambil persen tanpa bersusah payah.Bandingkan Markas dan Pusat Tarbiah PAS di sana sini yang gagah dibangunkan di atas tanah wakaf ahli atau penyokong PAS (bukan kurnia kerajaan), dengan sumbangan wang ringgit dan tenaga keringat ahli dan penyokong yang komited dan mengharapkan hanya ganjaran daripada Allah.

Dalam Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-12 mulai 18 Jun hingga 7 Julai 2009 yang lalu YB Bentayan sekali lagi mengemukakan soalan lisan yang berbunyi:

Tapak Bangunan UMNO Bahagian Bakri kini telah dibangunkan sebagai Pusat Perdagangan Maharani oleh pemaju, Tai Lee Development Sdn. Bhd.Adakah Tai Lee Development Sdn. Bhd. merupakan pemilik baru pusat tersebut atau berapakah % yang akan dimiliki oleh pemaju dalam projek berkenaan?

Jawapan Y.A.B. Menteri Besar Johor:

Tanah yang dimaksudkan adalah PTB 11340 seluas 4046 mp Mukim Bandar Maharani telah diluluskan oleh kerajaan kepada UMNO Bahagian Bakri bagaimana RM Bil. 1849/98 bertarikh 26.8.1998.

Hakmilik telah pun didaftarkan di atas nama UMNO Bahagian Bakri bagaimana HS(D) 34162 dengan pajakan 99 tahun.Pemilik tanah ini iaitu UMNO Bahagian Bakri telah melantik Tai Lee Development Sdn. Bhd. sebagai perwakilan kuasa (PA) bagi membangunkan tanah ini.Kelulusan Serah Balik Kurnia Semula (SBKS) telah diperolehi pada 17 September 2008 dengan pecahan sebagaimana berikut:
Kedai - 11 unit
Plot Perdagangan - 1 unit

Pemilikan tanah ini tidak berubah.Tai Lee Development Sdn Bhd hanya bertindak sebagai pemaju untuk membangunkan tanah ini sahaja dan pemilik tanah ini masih kekal UMNO Bahagian Bakri.


Soalan Tambahan yang tidak dapat diajukan kerana soalan lisan ini dijawab secara bertulis:

Tanah kekal milik UMNO Bahagian Bakri tetapi kedai 11 unit dan plot perdagangan 1 unit siapa punya??





0