SOALAN-SOALAN (dan jawapan) LISAN DAN BERTULIS ADUN MAHARANI DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 30 SEPTEMBER 2010


SOALAN-SOALAN  (DAN JAWAPAN)  LISAN DAN BERTULIS OLEH YB DR MOHAMMAD TASLIM (ADUN MAHARANI) DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 30 SEPTEMBER 2010:

SOALAN 62 (A53)
DUN Maharani menghadapi masalah jalan mendap diantaranya di Parit Amal Laut,Parit Keroma Tengaj Jalan Temenggong Ahmad,Parit Unas Jalan Abdul Rahman,Parit Sakai Laut Jalan Joned.Aapakah tindakan pihak yang bertanggungjawab bagi mengatasi masalah ini yang sering berulang.

JAWAPAN Y.A.B. DATO' MENTERI BESAR

. Pemantauan terhadap jalan berkenaan sentiasa dilakukan dan beberapa kali kerja pembaikan telah dillaksanakan.

. Bagaimanapun masih ada mendapan berlaku kerana jalan tersebut  berhampiran dengan tepi parit dan rizab bagi laluan jalan tersebut adalah kecil.

. Ketika ini pun,sebahagian dari jalan tersebut sedang dibaiki,manakala selebihnya dalam proses keluliusan untuk dbaik pulih.

_________________________________________________________________________________

SOALAN 18  (A55)


Masjid Parit Bakar Darat  dalam DUN Maharani telah hampir siap dibina.Ahli Jawatankuasa masjid medmaklumkan bahawa pembinaan masjid baru ini tidak termasuk pagar dan tandas awam.Mengapa perkara ini belaku dan adakah peruntukan tambahanuntuk pembinaan pagar dan tandas?

JAWAPAN YB DATO' HAJI ZAINAL ABIDIN BIN OSMAN

Pembinaan baru Masjid Parit Bakar Darat telah dimulakan pada Mei 2009 yang lalu dan dijangka siap dalam tahun ini.

Beberapa butiran terpaksa dibuat rationalisation pengurangan skop berasaskan peruntukan yang ada. Kerja-kerja terpaksa dikurangkan dalam skop pembinaan termasuklah penolakan kerja pagar dan tandas awam.Walau bagaimanapun, bangunan induk tetap dapat dijalankan pembinaannya.

Pembinaan pagar dan tandas akan dilaksanakan sekiranya ada peruntukan.

__________________________________________________________________________________

SOALAN 7  (A56)

Negeri Johor pesat membangun tetapi projek-projek yang dilaksanakan tiada koordinasi di antara jabatan-jabatan yang terlibat.Contohnya apabila jalan raya dilebarkan seperti di Jalan Daud Muar, tiang elektrik tidak dialih ketepi dan membahayakan pengguna jalan raya.Mengapa tidak diadakan One Stop Centre di antara jabatan  (JKR, TNB, MPBT dll) supaya kerja -kerja tidak bertindih.


JAWAPAN YB DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL

Untuk makluman Dewan yang mulia ini , setiap agensi mempunyai perancangan  pada tiap-tiap  tahun untuk menjalankanprojek pembinaan. Walau bagaimanapun disebabkan peruntukan yang diterima oleh agensi-agensi ini adalah dari sumber dan masa yang berbeza maka projek-projek tidak dapat dilaksanakansecara koordinasi di antara jabatan.Keadaan ini menimbulkan kesulitan ekoran tiada penyelarasan dibuat berhubung kerja-kerja menaiktaraf utiliti yang dijalankan oleh agensi-agensi seperti Jabatan Kerja Raya, Tenaga Nasional, Syarikat Air Johor dan Telekom Malaysia.Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga terpaksa menanggung masalah lanjutan kerosakan jalan, parit dan lanskap disebabkan kegagalan pihak agensi melaksanakan kerja-kerja mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Bagi mengatasi masalah tersebut, Garis Panduan Rizab Utiliti dan Pengorekan sedang disediakan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Johor susulan daripada saranan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri  Johor.

Draf garis panduan ini telah melalui beberapa siri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal  serta bengkel yang melibatkan   Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan-Jabatan Teknikal serta Agensi-Agensi Penyelia Utiliti. Susdulan daripada bengkel tersebut telah mencadangkan satu unit/badan perlu ditubuhkan untuk mengendali dan menyelaras  Pembangunan Utiliti dan Infrastruktur di negeri Johor secara 'One Stop Centre'.

Cadangan ini adalah selaras dengankeputusan dasar ang dibuat oleh Kerajaan Negeri  Johor untuk melantik pihak Presind Venture sebagai satu badan yang akan menyelia aktiviti pembangunan utiliti di Negeri johor.Satu Mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 2 September 2010 yand di pengerusikan oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN) Johor untuk menyelaraskan keperluan borang-borang permohonan bagi kerja-kerja pembangunan utiliti di Negeri johor.


Pihak JPBD Johor telah mengambil tindakan menyelaras segala syarat-syarat serta keperluan pihak Presind Venture untuk dimasukkan ke dalam kandungan garis panduan.

___________________________________________________________________________________




SOALAN  69  (A58)

Berapa buah kenderaan rasmi Kerajaan Negeri Johor yang terlibat dengan saman ekor, jumlah sama dan amaun denda yang telah dibayar dan jumlah tunggakan?

JAWAPAN YAB DATO' MENTERI BESAR

Berdasarkan makluman yang direkodkan kepada Kerajaan Negeri terhadap 35 buah kenderaan rasmi yang pernah dikenakan tindakan saman lalulintas, ia melibatka sejumlah 429 saman pelbagai kesalahan lalulintas.

Bagaimanapun segala urusan berkaitan penyelesain terhadap tindakan saman tersebut adalah masing-masing di bawah tanggungjawab pihak yang berkenaan dengan kenderaan yang terlibat.

_________________________________________________________________________________

 SOALAN B 36


Kerajaan Persekutuan dan beberapa buah Kerajaan Negeri telah memberi bonus raya kepada kakitangan mereka.Adakah KerajaanNegeri Johor juga turut memberi bonus raya kepada kakitangannya? Jika tidak , mengapa?

JAWAPAN

Kerajaan Negeri Johor telah memutuskan supaya Bantuan Khas Kewangan  atau apa yang disebut sebagai Bonus Raya sebanyak RM500.00 diberi kepada  Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri johor daripada gred 1 hingga gred 54 yang layak iaitu selaras dengan  pengumuman yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan bagi pembayaran bantuan yang sama kepada Pegawai Pekhidmatan Awam persekutuan sebagai tanda keperhatinan dan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan pegawai dalam pembangunan negara.




Malah untuk makluman Dewan yang mulia ini , bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Johor telah dikreditkan  ke akaun penerima pada 2 September 2010 iaitu dipercayai lebih awal dari negeri-negri lain di Malaysia.Pembayaran ini melibatkan 10,619 orang anggota  Perkhidmatan awamNegeri Johor dengan  jumlah pembayaran sebanyak RM5,309,500.00.

Sebagai bukti pembayaran Bantuan Khas tersebut telah disempurnakan Kerajaan Negeri juga telah menerima ucapan penghargaan dan terima kasih daripada beberapa anggota Penjawat Awam Negeri melalui akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 5 Septembar 2010.

_________________________________________________________________________________

SOALAN B 48

Baru-baru ini penduduk Kg. Tok Siak dan Jalan Setangi (tanag berhak milik) telah mengalami banjir lebih daripada 9 kali ekoran daripada Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang berdekatan yang telah menutup sebatang anak sungai.Saya difahamkan Pelan Kerja Tanah dabn Perparitan belum diluluskan tetapi projek telah berjalan.Apakah tindakan segera kerajaan mengatasibmasalah ini?

JAWAPAN:

Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dibangunkan oleh pihak SPNB berdekatan dengan Kg. Tok Siak dan Jalan Setanggi iaituTaman Seri Setanggi tdlah mendapat Sijil Layak Menduduki Rumah (Sementara)  pada 28 April 2010 dari Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Pelan Kerja Tanah dan Perparitan telah diluluskan sebelum projek ini dijalankan.


 __________________________________________________________________________________

 SOALAN B 47

Senaraikan saham-saham syarikat dan nilai semasanya  yangtelah diwakafkan oleh Johor Corporation (JCorp)  dan sejauh manakah dokumentasi perundangan atau syarak mengenai wakaf ini telah disempurnakan sera apakah wakaf ini boleh dibatalkan semula oleh JCorp?


JAWAPAN:


Johor Corporation telah mula melaksanakan waqaf 
pada tahun 2000 iaitu dengan mewaqafkan Masjid An-Nur Kotaraya, diikuti pula
pada tahun 2003 dengan pewaqafan Masjid Jamek Pasir Gudang 
serta tapak tanah untuk Rumah Kebajikan Anak Yatim Darul Hanan.Seterusnaya
pada tahun 2003 Johor Corporation telah mewaqafkan tapak Sekolah Agama Ladang Sungai Papan ,Kota Tinggi dan tapak Tapak Sekolah Agama Ladang Pasir Panjang,Kota Tinggi.
Pada tahun 2006 pula, Johor Corpration telah mewaqafkan sebuah hospital waqaf di Pasir Gudang yang kini dikenali sebagai Hospital Waqaf  Pasir Gudang.

Sementara itu, perwaqafan saham telah mula dilaksanakan oleh Johor Corpration pada tahun 2005 iaitu dengan perwaqafan 75% saham miliknya di dalam Tiram Travel Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang terlibat di dalam prngurusan pakej Umrah dan Haji.Nilai aset bersih semasa waqaf saham syarikat tersebut adalah RM1.2 juta berbanding nilai asal semasa perwaqafan iaitu RM260,000.

Seterusnya, Johor Corporation pada 3 Ogos 2006 telah melaksanakan Waqaf Korporatnya denganmemindahkan hakmiliknya dalam syarikat tersenarai iaitu Kulim (Malaysia) Berhad, KPJ Healthcare Berhad dan Johor Lang Berhad bernilai RM200 juta (berdasarkan nilai aset bersih) kepada Waqaf An-Nur Corporation Berhad (:WANCorp") seabagai Nazir Khas yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Johor ("MAIJ"). Nilai aset bersih semasa bagi waqaf saham  adalah RM165.82 juta berbanding RM90.04 juta ketika mula diwaqafkan.


Pada tahun 2007 pula, Johor Corporation telah mewaqafkan 75% saham miliknya di dalam Syarikat Capaian Aspirasi Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang bergiat di dalam aktiviti  pungutan zakat korporat, mutawwif dan juga wasiat harta.Nilai semasa aset bersih semasa waqaf saham syarikat tersebut adalah RM146,250 berbanding nilai asal semasa pewaqafan iaitu RM7,500.


Pada tahu  2008 pula, Johor Corporation telah mewaqafka 61% saham miliknya di dalam syarikat TPM Management Sdn Bhd iaitu syarikat yang bergiat di dalam aktiviti pengurusan Terminal Larkin.Niali aset bersih semasa waqaf saham syarikat tersebut adalah RM55.36 juta berbanding nilai asal semasa pewaqafan iaitu RM50 juta.


Perwaqafan saham  syarikat tersebut telah dilaksanakan mengikut prosedur perwaqafan yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor dan melalui perjanjian   antara Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan Johor Corporation pada 4 Disember 2009.

Syarat perwaqafan saham adalah  sama dengan perwaqafan  harta yang lain dan ianya tidak boleh dibatalkan melainkan saham yang telah diwaqafkan tersebut diganti dengan sesuatu harta yang sama nilai atau nilai yang lebih baik (melalui kaedah istibdal.)

Pada tahun 2009, selaras dengan 'penyahsenaraian' Johor Land Berhad daripada Bursa Saham Malaysia, saham Johor Land Berhad yang telah diwaqafkan tersebut telah diistibdalkan dengan saham Al-Alqar Reits dengan nilai yang sama.






0