KEMALANGAN JALAN RAYA - SATU PANDUAN


Anda pernah mengalami kemalangan?

Pengalaman ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk mereka yang belum pernah mengalami kemalangan.Moga Allah selamatkan anda.

Satu malam dalam bulan Syawal yang lalu, jam 11.45 malam,  ketika  kami sekeluarga kembali dari menghadiri majlis rumah terbuka di rumah sahabat di Bangi,  tanpa diduga musibah menimpa kami.Ketika kami berhenti di lampu isyarat di Kesang (laluan AMJ) sebuah kereta tiba-tiba melanggar belakang kereta kami. Pengalaman pertama......

Inilah kereta yang melanggar kereta  kami dari arah belakang  : sebuah Volvo.
Hanya sedikit kecederaan pada kereta ini.

Kesannya......(gambar di tempat kejadian) bahagian belakang kereta kami terperosok ke dalam.
Nasib baik tidak terkena tayar dan masih boleh dipandu.Alhamdulillah tiada kecederaan kepada penumpang.
Nampak papan tanda ke Pekan Sg Rambai?

 
Bumper depan dan lampu kanan kereta kami rosak teruk apabila melanggar kereta Persona
di hadapan kami. Bumper Persona pula hanya rosak sedikit sahaja.(Jadi,belilah barangan Malaysia !)

Keadaan kereta kami sebelum dihantar ke bengkel.Lihat,bumper depan pun hampir tanggal
terlanggar Persona !

Gambar dari sebelah kiri.




Bahagian belakang.Nampaknya sebulan kereta masuk paddock.

Apa yang hendak saya kongsikan  ialah pengalaman membuat laporan Polis.
Kemalangan berlaku di laluan AMJ hampir waktu tengah malam.di lampu trafik di simpang ke Pekan  Sg Rambai.Saya sangka kemalangan berlaku di kawasan Sg Rambai.Jadi kami terus ke Balai Polis Sg Rambai untuk membuat laporan.Mencari Balai Polis Sg Rambai di tengah malam  pun satu masalah juga kerana papan tanda ada di tepi jalan tetapi tiada tanda arah. Balai ini rupanya di rumah kedai ,tidak kelihatan dari tepi jalan raya.Minta papan tanda  arah yang lebih jelas....
Kami diarahkan pergi ke Polis Trafik Merlimau untuk membuat laporan kerana BP Sg Rambai tiada Polis Trafik.(Mereka sepatutnya pastikan  di kawasan mana kemalangan berlaku supaya dapat membuat laporan di balai yang tepat.Dalam keadaan kesusahan kami agak kelam kabut.)

Apabila sampai di Bali Polis Merlimau baru kami dimaklumkan bahawa tempat kemalangan adalah dalam Daerah Ledang dan laporan hendaklah dibuat di Balai Polis Tangkak! Di sinilah kedua-belah pihak kena faham - pengadu kena pastikan dalam daerah mana kemalangan berlaku dan pihak Polis kena maklumkan dengan tepat kepada pengadu supaya tidak berlaku salah faham atau menimbulkan kesusahan kepada pengadu.Pengadu tidak berpengalaman sebab first time accident!
Oleh kerana sudah larut malam dan untuk ke Tangkak dengan kereta yang rosak kemalangan,  kami membuat keputusan untuk balik ke rumah sebelum membuat laporan Polis ke esokan harinya.

Dalam perjalanan balik ke Muar saya menelefon Balai Polis Muar untuk bertanya jika aduan boleh dibuat di Polis Trafik Muar.Lega saya apabila Pegawai Polis yang menjawab telefon berkata "YB boleh buat laporan di Muar kerana online." "Boleh siap ambil gambar sekali ke?", saya ingin kepastian.Bila diberitahu boleh saya pun ke Polis Trafik Muar ketika jam sudah lepas 1.00 pagi.Malangnya Polis Trafik  yang bertugas memberitahu jika mereka terima laporan pun kami masih terpaksa buat laporan di Balai Polis Tangkak! Inilah makluman yang kurang tepat menyebabkan rakyat bingung ........Inilah salah faham yang menyebabkan  rakyat mengadu Polis tidak mahu terima laporan keran bukan kawasan mereka! (Jika mereka terima pun anda kena buat kerja kali kedua membuat aduan di Balai yang terlibat.)

Keesokan harinya saya ke Polis Trafik Tangkak untuk membuat laporan kemalangan di atas.Oleh kerana kemalanga berlaku malam sebelumnaya mereka terpaksa menetukan siapa Pegawai yang patut menerima laporan.Walau bagaimanapun terima kasih Koperal Yassin yang melayan saya dengan baik.Cuma mohon maaf kerana tidak kenalkan diri saya sebagai YB kerana tujuan saya hanya membuat laporan kemalangan biasa untuk tuntutan insuran sahaja.Rupanya YB ni dikira VIP, jadi   protokolnya seoang Inspektor  Polis yang bertanggungjawab menerima laporan.Pengalaman baru bagi saya.Terima kasih Inspektor Suriani yang menjalankan tanggung jawab dengan baik sekali.

Selesai sudah cerita saya, kereta pun ada di bengkel sedang dibaikki...
Sila baca seterusnya sebagai panduan........





Habislah NCD ......

JIKA BERLAKU KEMALANGAN

LANGKAH-LANGKAH BERIKUT MUNGKIN BOLEH MEMBANTU:
Sila bertenang dan jangan cemas.
. Jika ada sesiapa yang tercedera ,telefon 999 untuk bantuan.
. Jika tidak ada sebarang kecederaan , alihkan kenderaan anda dari aliran trafik ke tempat yang selamat,jika boleh.Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
. Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
. Catatkan nama dan alamat saksi -saksi,sekiranya ada.
.  Buat lakaran kasar tentaang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan. (Gambar mengenai kemalangan,jika ada akan membantu.)
. Bertukar maklumat mengenai syarikat insurans/pemgendali takaful masing-masing..
. Jangan berbincang  tetntang siapa yang bersalah.Ini mungkin menimbulkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.
. Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa kenderaan tersebut akan dihantar ke bengkel yang betul.Hubungi syarikat insurans/pengendali takaful anda atau nombor 'hotline' kemalangan syarikat tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel-bengkel kenderaan yang sepatutnya.
. Laporkan kemalangan kepada Polis dengan segera.
. Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda dengan segera ,walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangantersebut mungkin akan memuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda dan akan menyebabkan kehilangan NCD anda.
.Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan masukkan maklumat  tambahan yang berkaitan.Jika ada sebarang keraguan,dapatkan nasihat dari syarikat insurans/pengendali takaful anda.

Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan , anda boleh membuat samada tuntuan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga.

Jika syarikat insurans anda mencadangkan kerja pembaikan dilakukan di bengkel panel yang diluluskan,hantar kenderaan anda seperti yang dinasihatkan.Syarikat insurans akan menghantar pelaras kerugian untuk menilai kerosakan kenderaan anda sebelum membenarkan kerja baik pulih dijalankan.

Takaful motor memberikan anda perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kenderan sendiri akibat kebakaran,kecurian atau kemalangan , dan/atau kecederaan tubuh badan atau kematian pihak ketiga, kerosakan atau kerugian harta benda pihak ketiga..

SELAMAT MEMBACA DAN BERTINDAK UNTUK KESELAMATAN ANDA.

sumber: Utusan Malaysia Sabtu 16 Oktober 2010




0