4 SOALAN ADUN MAHARANI DALAM PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR DITOLAK


Dalam Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor pada 30 September 2010 yang lalu, 4 buah soalan yang dihantar oleh YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, telah ditolak oleh YB Dato' Speaker dengan alasan seperti berikut:

Soalan Lisan No.2 (54) berbunyi:

"Pn. Anjela Thevi A/P V. Krishnan memohon menurap jalan tar di Lorong Pon,Parit Prupuk pada 12 November 2009.Pejabat Daerah Muar telah memohon peruntukan daripada YAB Menteri Besar Johor pada 18 Februari 2010 (Ruj. PNLBM 43/07 Jld 3) sebanyak RM20,000.00.Bilakah permohonan ini akan diluluskan dan kerja-kerja dijalankan?"

 Saoalan ini ditolak mengikut Perkara 25 (2)(a) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Johor:

"Sesuatu soalan itu tidak boleh menyebutkan nama sesiapa atau kenyataan-kenyataan yang tidak berapa mustahak bagi menerangkan maksud soalan itu."

Soalan Lisan No.5  (A57)

 Nyatakan projek-projek (dan kosnya) yang telah dijalankan dalam DUN Maharani melalui Pegawai Khas Menteri Besar (JPMM) dan jumlah perbelanjaan keseluruhan dari Mac 2008 hingga sekarang.

Soalan ini ditolak mengikut Perkara 25 (2)(i):

"Sesuatu soal yang telah dijawab dengan sepenuh-penuhnya tidak boleh didatangkan lagi di dalam Penggal Persidangan itu juga."

Soalan Mulut No. 1 (B35)

"Berapa Jumlah peruntukan sambutan Hari Raya 2010/1431H yang telah dikeluarkan untuk Menteri Besar Johor?"

Soalan ini ditolak mengikut Perkara 25(3):

"Dengan tiada mengindahkan apa-apa jua yang terkandung di atas ini Menteri Besar atau ahli yang dialamatkan soal kepadanya itu boleh dengan persetujuan Speaker enggan menjawab soal yang tersebut itu dengan alasan bagi faedah am dan keenggangan yang demikian tidak boleh dibalas atau disoal lagi."

Soalan Mulut No.3 (B49)
 ..........................................
Soalan ini ditolak mengikut Perkara 25 (3)


0