MAJLIS MERAIKAN BAKAL HAJI MUAR 1431H




 AJK Penganjur dan tetamu

 Petugas (kanan): Sdr Tupin Ngadian dan Sdr Hamidun Omar.

Lajnah Tugas-Tugas Khas PAS Kawasan Muar di bawah pimpinan Tuan Hj Saman Sharif, dengan kerjasama ADUN Maharani,YB Dr Mohammad Taslim, telah mengadakan Majlis Meraikan Bakal-Bakal Haji 1431H Kawasan Muar.

Majlis telah dilangsungka di Dewan Madrasah Ribat Pt Perupuk,Jalan Temenggong Ahmad,Muar pada jam 8.00 malam hari Khamis 7 Oktober 2010 (28 Syawal 1431H).Majlis dimulakan dengan solat Isyak bersama diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis,Tn Hj Saman Sharif,Ucapan YB Dr Mohamad Taslim selaku ADUN Maharanidan bacaan doa oleh Ustaz Abu Bakar Mohd Lajat,YDP PAS Kawasan Muar.

Majlis diteruskan dengan pemberian wang tunai kepada lebih kurang 40 orang bakal-bakal haji oleh YB Dr Mohammad,YBhg Ustaz Abu Bakar Mohd Lajat dan YBhg Tuan OCPD Muar,ACP Mohd Nasir Ramli.Di antara tetamu Allah yang diraikan termasuklah Tuan OCPD Muar dan isteri,serta Sdr Malik Md Diah (Naib YDP PAS Muar) dan isteri.

Jamuan telah dihidangkan sebelum majlis bersurai.

Tetamu Allah (muslimat)

Tetamu Allah (Muslimin)

YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani,menyampaikan amanat.
Kelihatan di belakang dari kiri: Sdr Malik Md Diah,Ustz Abu Bakar,
Tn Hj Saman,Tuan OCPD ACP Md Nasir dan Sdr  Abdullah Shahid.




YB Dr Mohammad menyampaikan sumbangan kepada 
Cikgu Abd Kadir,seorang bakal haji. 

Ustaz Abu Bakar  menyampaikan sumbangan kepada 
Tuan OCPD Muar.
Isteri Tuan OCPD Muar turut mengiringi suaminya
menunaikan fardhu haji.
Tuan OCPD Muar diapit oleh Sdr Tupin dan YB Dr Mohammad
diberi penghormatan menyampaikan sumbangan kepada bakal-bakal haji.





Bakal haji diraikan dengan jamuan.

Muslimat tidak ketinggalan turut diraikan.
Jamuan disediakan.
Bakal haji dan tetamu menjamu selera.





0