CUTI BERSALIN 90 HARI
Posted in: cuti bersalinARKIB : 16/10/2010
Cuti bersalin 90 hari bergaji penuh
KUALA LUMPUR 15 Okt. - Kakitangan awam wanita akan diberi kemudahan cuti bersalin dengan bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari ketika ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Kakitangan berkenaan katanya, diberi fleksibiliti untuk menentukan tempoh cuti bersalin mereka tertakluk pada kelayakan keseluruhan jumlah cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.
Menurut beliau, kerajaan memberi kemudahan tersebut kerana mengambil berat terhadap kerjaya dan kebajikan penjawat awam wanita yang memerlukan tumpuan menjaga keluarga terutamanya anak yang baru dilahirkan.
"Kerajaan juga telah merintis jalan dan membuka peluang kepada wanita berkelayakan memegang jawatan di peringkat tertinggi dalam perkhidmatan awam dari semasa ke semasa.
"Pada akhir 2009, jumlah wanita menduduki Jawatan Utama Sektor Awam mencapai 30.5 peratus justeru itu, pihak swasta juga perlu memberi peluang kepada lebih ramai wanita menduduki jawatan pembuat keputusan khusus sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif," katanya ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.
Katanya, bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan, RM30 juta telah diperuntukkan antaranya untuk memperkenalkan Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan mengadakan Anugerah Perdana Usahawan dan Tokoh Aktivis Wanita sempena Hari Wanita mulai tahun 2011.
Dalam pada itu, Perdana Menteri menyeru agar pihak swasta mengambil pekerja separuh masa wanita terutama suri rumah berikutan kerajaan telah menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 mulai 1 Oktober 2010.
Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan juga akan melaksanakan program perintis Small Office Home Office untuk wanita kurang upaya selama tiga bulan bagi melatih wanita OKU dalam pelbagai bidang kemahiran.
Beliau juga mengumumkan, kerajaan akan menyedia dan menjenamakan semula 40 buah Taska 1Malaysia yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu wanita yang tidak berkemampuan mendapat perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan awal yang berkualiti bagi anak-anak mereka.
sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1016&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm
___________________________________________________________________________________
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2010
(259)
-
▼
Oktober
(29)
- PELARASAN TARIF AIR JOHOR
- LAPORAN AUDIT NEGARA - SELANGOR
- AUDITOR GENERAL REPORT 2009 - PENANG
- BELIA MAHU UBAH NASIB - ADUN MAHARANI
- ADUN MAHARANI EDAR ' MASK ' DI BANDAR MUAR
- PILIHANRAYA KECIL GALAS
- JANGAN UNGKIT HAK MELAYU - ADUN MAHARANI
- PASTI AR RAHMAH - PENDAFTARAN 2011
- JEREBU DI MUAR : ADUN MAHARANI/BENTAYAN TURUN PADANG
- MUAR DILANDA JEREBU
- MALAYSIAN BRAIN DRAIN
- BEKU KENAIKANN KADAR TOL : rakyat tanggung beban
- ADUAN RAKYAT - MASALAH PERPARITAN DI BANDAR
- KEMALANGAN JALAN RAYA - SATU PANDUAN
- CUTI BERSALIN 90 HARI
- MESYUARAT KETIGA (BAJET 2011) DEWAN NEGERI JOHOR
- ISU SEMASA - Kenaikan Harga Air Di Kedah
- 4 SOALAN ADUN MAHARANI DALAM PERSIDANGAN KET...
- SOALAN-SOALAN (dan jawapan) LISAN DAN BERTULIS ...
- MAJLIS MERAIKAN BAKAL HAJI MUAR 1431H
- PROJEK 121 SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR 2010 -2012
- MASJID BARU ,TANDAS TIADA ?
- MARHABAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH ISMAIL SATU
- JAMUAN HARI RAYA 1431H
- SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR
- DAP BENTAYAN ART AND COLOURING CONTEST
- PENUBUHAN SEKOLAH 1MALAYSIA
- A NITE WITH DAP BENTAYAN
- SIDANG DEWAN NEGERI JOHOR - 30 SEPTEMBER 2010
-
▼
Oktober
(29)
1