JANGAN UNGKIT HAK MELAYU - ADUN MAHARANI


Jangan ungkit hak Melayu

SENAI - Golongan yang masih mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta hak sah bagi kaum dianggap golongan kolot dan bersikap terkebelakang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamad Taslim berkata, golongan itu seolah-olah tidak menghargai erti kemerdekaan, selain asyik gemar mengungkit dan mempertikaikan perlembagaan.

Menurutnya, rakyat perlu bersikap terbuka dan saling menghormati tanpa mengira bangsa dan agama jika mahu melihat negara maju seiring dengan pembangunan di peringkat global.

“Keikhlasan adalah elemen paling penting jika kita mahu bersatu hati walaupun berbeza kaum. Ketepikan sikap tamak dan pentingkan bangsa sendiri kerana kita ada visi yang lebih penting, iaitu memajukan negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mohamad yang juga Pengerusi Penerangan Pas Muar berkata, masyarakat juga diminta tidak memperbesar-besarkan isu kecil sehingga membangkitkan amarah antara kaum yang membawa persengketaan berpanjangan.

“Perkara yang kecil janganlah hendak disensasikan, sebaliknya ia boleh dibawa berbincang dan diselesaikan secara muafakat,” katanya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Publisiti DAP negeri, Ng Lam Hua menghormati dan menyokong hak keistimewaan orang Melayu serta kaum lain seperti yang ter- maktub dalam perlembagaan.

“Saya amat menyokong hak ini jika ia di- guna pakai membantu rakyat dalam kesusahan dan bukan untuk kepentingan peribadi.

“Jangan abaikan orang miskin dan tolong tanpa mengira latar belakang mereka atas dasar kemanusiaan,” katanya.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8320528.asp
sinarharian Sabtu 23 Oktober 2010


0