MASJID BARU ,TANDAS TIADA ?


Kariah Masjid Parit Bakar Darat Muar bersyukur kerana akhirnya mereka dapat peruntukan membina sebuah Masjid Baru di tapak yang sama menggantikan masjid papan yang telah diwakafkan oleh penduduk tempatan berpuluh tahun yang lalu.

Malangnaya masjid yang hampir siap ini diberitakan tidak berpagar dan tidak mempunyai tandas awam.

Pernahkah anda membina rumah atau bangunan tanpa tandas?



 JANGAN KETAWA..........INI BUKAN CERITA LUCU.......

Mari baca seterusnya..........

YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani telah mebawa isu Masjid Lama di Parat Bakar Darat dan Parit Pinang Seribu Darat dalam dua Sidang Dewan Negeri Johor yang lalu seperti dilampirkan di bawah ini.


Dalam Sidang Dewan Negeri Johor pada 30 September 2010 yang lalu sekali lagi ADUN Maharani membangkitkan isu Masjid baru tanpa tandas.Lihat jawapan YB Dato' Pengerusi Agama yang mengesahkan bahawa masjid ini di bina tanpa tandas kerana tidak cukup peruntukan!!!! Nasib Masjid Negeri Johor......

Khabarnya Masjid Baru Parit Pinang Seribu Darat yang dibina serentak dengan Masjid Parit Bakar Darat lengkap dengan pagar dan tandas.Ia dibina oleh kontraktor lain.Bagaiman boleh jadi begini?
___________________________________________________________________________________


(PETIKAN)
Ucapan Bajet 2009 Adun Maharani

Penambahan pembinaan masjid sebanyak 32 buah dengan peruntukan sebanyak RM53 juta telah diumumkan. Di dalam DUN Maharani masih ada lagi 2 buah masjid papan iaitu di Parit Bakar Darat dan Parit Pinang Seribu Darat. Pembinaan masjid Parit Bakar Darat ini sepatutnya telah dimulakan tetapi tiada tanda-tanda ia akan didirikan. Mohon dipertimbangkan. 

YB Dr Mohammad dan jamaah Masjid Lama Pt Bakar
di minggu terakhir solat Jumaat.

_________________________________________________________________________________

(PETIKAN)    UCAPAN PERBAHASAN MENJUNJUNG KASIH
TITAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR
SEMPENAPERASMIAN PEMBUKAAN PENGGAL PERSIDANGAN YANG
KEDUA BAGI DEWAN NEGERI JOHOR YANG KEDUA BELAS
OLEH
YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN KAWASAN MAHARANI
30 Jun 2009

YB Datuk Speaker

Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk menyampaikan isu-isu dalam Kawasan Maharani.
Syukur alhamdulillah pembinaan dua buah masjid baru di Kg Pt Pinang Seribu Darat dan Pt Bakar Darat ,menggantikan masjid kayu,telah bermula bulan ini.Sekurang-kurangnya setahun baru siap.Terima kasih diucapkan kepada kerajaan.Kami di Maharani nampaknya lebih beruntung daripada Kempas
Penduduk Pt Pinang Seribu Darat sekarang bersolat Jumaat di Surau Kiyai Rushdi di Kg Pt Punggur Jln Sri Tanjung.Surau yang dinaiktaraf ini perlukan peruntukan untuk menambak dan mengetarnya untuk tempat letak kereta dan kemudahan lain,dan memagarnya untuk keselamatan.
Penduduk Pt Bakar Darat pula bersolat Jumaat di surau Pt Amat Darat Jln Sri Tanjung.Keadaan surau ini sempit dan bangunan tambahan sementara tidak sesuai untuk beribadat.Mohon peruntukan untuk menaiktaraf kedua-dua surau tersebut.

Masjid baru Pt Bakar Darat dalam pembinaan .
Malangnya tiada TANDAS  !!!

 Gambar terbaru Masjid Parit Bakar Darat (Oktober 2010)

 Papan tanda pembinaan masjid.
___________________________________________________________________________________

SOALAN LISAN ADUN MAHARANI DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS,30 SEPTEMBER 2010:

SOALAN 18  (A55)


Masjid Parit Bakar Darat  dalam DUN Maharani telah hampir siap dibina.Ahli Jawatankuasa masjid memaklumkan bahawa pembinaan masjid baru ini tidak termasuk pagar dan tandas awam.

Mengapa perkara ini belaku dan adakah peruntukan tambahan untuk pembinaan pagar dan tandas?

JAWAPAN YB DATO' HAJI ZAINAL ABIDIN BIN OSMAN

Pembinaan baru Masjid Parit Bakar Darat telah dimulakan pada Mei 2009 yang lalu dan dijangka siap dalam tahun ini.

Beberapa butiran terpaksa dibuat rationalisation pengurangan skop berasaskan peruntukan yang ada. Kerja-kerja terpaksa dikurangkan dalam skop pembinaan termasuklah penolakan kerja pagar dan tandas awam.Walau bagaimanapun, bangunan induk tetap dapat dijalankan pembinaannya.

Pembinaan pagar dan tandas akan dilaksanakan sekiranya ada peruntukan.

 







0