BELIA MAHU UBAH NASIB - ADUN MAHARANI
Posted in: belia, sinar harianBelia mahu ubah nasib
SENAI – Faktor ingin ubah nasib dan mencari peluang lebih baik dalam hidup adalah antara sebab utama belia di Kelantan keluar mencari rezeki luar dari negeri itu.
Demikian pendapat Pengerusi Penerangan Am Pas Muar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamad Taslim yang juga menyatakan bahawa masalah itu bukan hanya berlaku di negeri itu malah negeri-negeri lain.
Menurutnya, melihat fenomena belia Kelantan keluar bekerja di negeri lain bukan perkara luar biasa yang perlu dipertikaikan dan menjadikannya sebagai isu besar.
“Siapa pun kita, tinggal di mana pun, jika kita mahu sesuatu yang lebih baik dalam hidup kita akan bertindak ke arah kemajuan.
“Sebagai contoh, orang Kelantan suka berniaga makanan dan mengambil peluang meniaga di luar Kelantan kerana prospek yang lebih baik. Itu tidak boleh dikatakan sebagai perkara negatif kerana Kelantan masih lagi mempunyai tenaga kerja yang mencukupi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
Sementara itu, ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian berkata, kerajaan Kelantan perlu menggunakan sumber asli yang dimiliki secara optimum agar ia dapat memberi manfaat kepada kemajuan ekonomi serta meningkat status pendapatan rakyat negeri itu.
“Jangan amalkan prinsip, ‘tak apalah, itu saja dah cukuplah’ kerana pendirian itu hanya akan membawa kepada tahap dan keadaan yang ketinggalan zaman,” katanya.
Osman berkata, Kelantan merupakan negeri yang berpotensi untuk maju jika pucuk pimpinannya bijak menjana ekonomi dengan kelebihan yang dimiliki negeri itu.
Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencadangkan Pas seharusnya mempunyai program pembangunan yang rapi untuk memastikan peluang pekerjaan sentiasa tersedia bagi golongan belia selain mengelak kekurangan tenaga kerja mahir di negeri itu.
Ahmad Shabery berkata, negeri itu telah membiarkan perkara itu berlanjutan terlalu lama dan kurang memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang membuka peluang pekerjaan sehingga menyebabkan ramai golongan belia mencari rezeki di luar Kelantan.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8337929.asp
Rabu 27 Oktober 2010
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2010
(259)
-
▼
Oktober
(29)
- PELARASAN TARIF AIR JOHOR
- LAPORAN AUDIT NEGARA - SELANGOR
- AUDITOR GENERAL REPORT 2009 - PENANG
- BELIA MAHU UBAH NASIB - ADUN MAHARANI
- ADUN MAHARANI EDAR ' MASK ' DI BANDAR MUAR
- PILIHANRAYA KECIL GALAS
- JANGAN UNGKIT HAK MELAYU - ADUN MAHARANI
- PASTI AR RAHMAH - PENDAFTARAN 2011
- JEREBU DI MUAR : ADUN MAHARANI/BENTAYAN TURUN PADANG
- MUAR DILANDA JEREBU
- MALAYSIAN BRAIN DRAIN
- BEKU KENAIKANN KADAR TOL : rakyat tanggung beban
- ADUAN RAKYAT - MASALAH PERPARITAN DI BANDAR
- KEMALANGAN JALAN RAYA - SATU PANDUAN
- CUTI BERSALIN 90 HARI
- MESYUARAT KETIGA (BAJET 2011) DEWAN NEGERI JOHOR
- ISU SEMASA - Kenaikan Harga Air Di Kedah
- 4 SOALAN ADUN MAHARANI DALAM PERSIDANGAN KET...
- SOALAN-SOALAN (dan jawapan) LISAN DAN BERTULIS ...
- MAJLIS MERAIKAN BAKAL HAJI MUAR 1431H
- PROJEK 121 SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR 2010 -2012
- MASJID BARU ,TANDAS TIADA ?
- MARHABAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH ISMAIL SATU
- JAMUAN HARI RAYA 1431H
- SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR
- DAP BENTAYAN ART AND COLOURING CONTEST
- PENUBUHAN SEKOLAH 1MALAYSIA
- A NITE WITH DAP BENTAYAN
- SIDANG DEWAN NEGERI JOHOR - 30 SEPTEMBER 2010
-
▼
Oktober
(29)
0