JEREBU DI MUAR : ADUN MAHARANI/BENTAYAN TURUN PADANG


Muar dikejutkan dengan masalah JEREBU sejak beberapa hari ini.Dengan bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) pada hari Rabu 20 Oktober 2010 di paras 432 sekolah di daerah Muar telah diarahkan tutup.

YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani) dan YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan) telah melapangkan masa memberi topeng mulut dan hidung percuma kepada pesakit-pesakitdan orang ramai  di Klinik Kesihatan Maharani (dahulunya Klinik Komuniti Bandar Maharani ) pada hari Khamis 21 Oktober 2010.

Dengan diiringi pembantu-pembantu dan pemberita akhbar Nanyang Siang Pau dan China Press,lebih 100 orang pesakit yang berada di Klinik telah mendapat manafaat.Inilah simbul kerjasama ADUN Pakatan Rakyat membuat kerja-kerja kebajikan.Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh , ADUN Sg Abong.

Keesokan harinya program memberi topeng percuma akan diteruskan di bandar Muar di sekitar perhentian bas dan warong-warong.

YB Gwee sedang memakaikan topeng kepada seorang pesakit.
YB Dr Mohammad bersedia dengan topeng untuk diberi percuma kepada orang ramai. 


Ha...inilah cara memakai topeng hidung dan mulut.

GAMBAR-GAMBAR ehsan daripada YB Gwee Tong Hiang
http://gweetonghiang.blogspot.com/2010_10_01_archive.html

Berita di atas tersiar dalam akhbar Nanyang Siang Pau, China Press, Oriental daily dan Sin Chew Daily pada hari Jumaat 20-10-2010.


0