Memaparkan catatan dengan label hari guru PASTI. Papar semua catatan
SAMBUTAN HARI GURU PASTI KAWASAN MUAR 2011
Posted in: hari guru PASTI
SAMBUTAN HARI GURU PASTI MUAR
Pimpinan PASTI Kawasan Muar mengorak langkah ke hadapan dengan meraikan guru-guru PASTI sempena Hari Guru 2011 dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Muar di Muar Traders Hotel Muar pada hari Khamis 26 Mei 2011 mulai jam 9.00 malam.
Majlis dirasmikan oleh Ustaz Kamalulnizam Suhut, Timbalan Pengarah PASTI Negeri Johor. Di antara tetamu kehormat termasuklah YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani dan isteri Puan Rubiah Raffee, Ustaz Abu Bakar Lajat, YDP PAS Muar, Tn Hj Malik Md Diah , Timbalan YDP PAS Muar, Sdr Faizul Md Salleh, Mantan Pengarah PASTI Negeri Johor dan Cikgu Haji Mohamed Taib, Tokoh Guru Muar 2011 bersama isteri.
Cikgu Haji Mohamad Taib pula dinobatkan sebagai Guru Cemerlang Muar 2011. Cenderamata dan Sijil disampaikan oleh YB Dr Mohammad Taslim. Cikgu Mohamad merupakan pelajar cemerlang akademik dan sukan. Beliau bersara sebagai Guru Pakar Matematik di Sekolah Menengah Sains Muar. Beliau juga pernah bertanding sebagai calon PAS dalam PRU 1999.
Read More

YB Dr Mohammad dan isteri, Puan Rubiah, mengucapkan terima kasih
di atas jemputan di atas.
Tetamu Kehormat, Perasmi Majlis dan Guru-Guru PASTI Muar bergambar untuk kenangan.
Tetamu VIP bersama warga PASTI Muar.
Sdr Faizul, mantan Pengarah PASTI Negeri, (tengah) bersama Ustaz Abu Bakar,
YDP PAS Muar (kanan).
Orang kuat PASTI Muar. Dari kanan Sdr Hamidun, Ustaz Nazri, Ustaz Iskandar dan Sdr Samad.
Guru-Guru PASTI Muar, pendidik generasi Al Quran.
PGB Puan Sazlina Abd Rahman menyampaikan amanat.
Perasmian oleh Ustaz Kamalulnizam.
Majlis berjalan dengan meriah dengan Pengacara Majlisnya Ustaz Iskandar. Hidangan makan malam yang enak disediakan oleh Muar Traders Hotel. Guru-guru PASTI tidak dilupakan dengan dihadiahkan cenderamata sebagai menghargai jasa mereka. Guru PASTI Al Amaliyah dinaobatkan sebagai Guru Cemerlang.
Cikgu Hj. Mohamad B.Taib menerima anugerah Tokoh Guru Cemerlang
sempena Hari guru PASTI Kawasan Muar
Majlis berjalan dengan meriah dengan Pengacara Majlisnya Ustaz Iskandar. Hidangan makan malam yang enak disediakan oleh Muar Traders Hotel. Guru-guru PASTI tidak dilupakan dengan dihadiahkan cenderamata sebagai menghargai jasa mereka. Guru PASTI Al Amaliyah dinaobatkan sebagai Guru Cemerlang.
Cikgu Haji Mohamad Taib pula dinobatkan sebagai Guru Cemerlang Muar 2011. Cenderamata dan Sijil disampaikan oleh YB Dr Mohammad Taslim. Cikgu Mohamad merupakan pelajar cemerlang akademik dan sukan. Beliau bersara sebagai Guru Pakar Matematik di Sekolah Menengah Sains Muar. Beliau juga pernah bertanding sebagai calon PAS dalam PRU 1999.
Malam itu meninggalkan kenangan manis kepada guru-guru dan tetamu.Tahniah PASTI Muar !
SAMBUTAN HARI GURU PASTI KAWASAN MUAR 2010
Posted in: hari guru PASTI Pada hari Rabu 26 Mei 2010 bertempat di Dewan Tarbiyyah PAS Kawasan Muar, PASTI Kawasan Muar telah menyambut Hari Guru PASTI Kawasan Muar bagi meraikan 17 orang Guru dan 7 Pembantu Guru yang mengajar di 13 buah PASTI di Kawasan Muar. Turut dijemput dalam majlis tersebut ialah AJK PAS Kawasan, AJK Harian Dewan Muslimat dan AJK Harian Dewan Pemuda, Pengurus dan PASTI Cawangan dan Ahli Jawatankuasa Pasti Cawangan. Sdr Mohd Faizul Mohd Salleh,Pengarah PASTI Negeri Johor (merangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Johor dan Setiausaha PAS Kawasan Muar) turut menyerikan majlis.Majlis ini telah dirasmikan YB Dr. Hj. Mohammad B. Taslim ADUN Maharani merangkap Ketua Penerangan PAS Kawasan Muar.
Pengerusi PASTI Kawasan Muar, Sdr. Abdul Samad B. Mohamed Jani merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan mengucapkan Selamat Hari Guru dan syabas kepada semua Guru PASTI kerana sumbangan dan kerjasama dalam memikul amanah yang besar dalam menggerakkan PASTI kepada masyarakat.
Sempena Hari Guru Pasti 2010 beberapa orang tokoh telah diberi anugerah.anugerah.Di antaranya:
1. Anugerah Jasamu Dikenang : Allahyarham Husin Dawam.Rumah beliau di Sungai Belukang adalah tempat PASTI yang pertama di Muar.Beliau juga merupakan calaon PAS dalam Piliharaya.
2. Tokoh Guru Aktivis.PAS Muar : Cikgu Hj Sahar Mahadi,
3. Tokoh Guru PASTI : Puan Hjh Aminah.Beliau adalah di antara guru PASTI Muar terawal,menabur bakti di beberapa buah PASTI di Muar
4. Guru PASTI Cemerlang : (i) Puan Norhayati Sulaiman, ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Muar juga guru PASTI At-Taqwa Parit Amal Jalan Junid Muar,
(ii) Cikgu Sapiah Hj Abu dari PASTI UMIZA Sungai Balang Muar

Pengerusi Pasti Muar, Sdr. Abd.Samad memulakan bicara..
Amanat daripada Cikgu Azizah Bte Yusuf Ketua MGGP Muar
Ucapan Perasmian oleh YB Dr. Hj. Mohammad
Tetamu yang hadir di meja makan
Puan Rubiah Raffee.isteri YB Dr Mohammad ,mesra bersama Guru-Guru PASTI
Dari kiri : Ustaz Nazri, Sdr Hamidun,Sdr Abdul Samad dan YB Dr Mohammad di atas pentas
Tahniah Cikgu Norhayati Sulaiman (PASTI At Taqwa) ! ' Guru Cemerlang 2010'
Tahniah Cikgu Sapiah Hj. Abu (PASTI UMIZA) ! "Guru Cemerlang 2010"
Orang lama tidak dilupakan ..... Cikgu Hj.Sahar Mahadi 'Tokoh Guru Aktivis 2010'
' Anugerah Jasamu Dikenang' : Pn Zauwiyah balu Allahyarham En. Hussin Dawam
Pn. Hjh. Aminah " Tokoh Guru PASTI 2010"
Dari kiri: YB Dr Mohammad,Sdr Malik (NYDP PAS Muar), Sdr Mohd Faizol Salleh (Pengarah PASTI Negeri Johor), Ustz Adha Sulaiman (Ketua Pemuda PAS Muar).Sdr Samad berdiri di belakang
'Tokoh Guru Aktivis' Cikgu Hj Sahar bersama Tuan Hj Abu Musa Abd Rahim (Mantan YDP PAS Muar) dan Sdr Rahmat Ismail
Di antara tetamu yang hadir
Guru-Guru dan Pembantu Guru yang diraikan
Puan Hjh Rubiah menjamu selera bersama Guru-Guru
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )