SEPETANG BERSAMA KELAB TAKRAW PARIT PUNGGUR MUAR


 SEPAK TAKRAW TARIKAN BARU BELIA MAHARANI

Pada hari Khamis 19 Mei 2011,  jam 6.00 petang YB Dr. Hj. Mohammad B. Taslim, ADUN Maharani,  telah meluangkan masa bertemu  dengan pemuda-pemuda  di padang Kelab Takraw Parit Punggur Jalan Temenggong Ahmad Muar. Beliau diiringi oleh Setiausaha Politiknya serta Pegawai Khasnya Sdr Hamidun Omar dan Sdr Fuad, AJK DUN Maharani.

Kelab ini akan menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw pada 22 Mei 2011 akan datang bertempat di beberapa buah gelanggang Sepak Takraw dalam DUN  Maharani.  Menurut Urusetia Penganjur penyertaan terbahagi  kepada 2 katogeri iaitu senior dan junior. Sempena lawatan tersebut YB Dr Mohammad  telah menyumbangkan beberapa biji bola dan net  sepak takraw, T-Shirt dan sedikit wang sagu hati kepada pihak penganjur. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan sebagai  galakan dan keperhatinan  kepada usaha murni kelab ini. Menurut Penganjur  tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencari dan membina pelabis-pelapis baru sukan takraw khususnya di DUN Maharani ini.Ia juga riadah yang memberi manafaat  dan mengeratkan silaturrahim sesama belia. Memandangkan  remaja sekarang  kurang berminat dengan sukan takraw diharapkan pertandingan ini menjadi pencetus dalam mengaktifkan sukan Sepak Takraw.

Latihan pesat oleh peserta-peserta

YB Dr Mohammad bermesra dengan Pihak Penganjur.

Pemuda-pemuda ini sungguh berbakat...

Sumbangan bola Takraw, net dan T-shirt kepada Penganjur.

Sumbangan wang tunai kepada Penganjur.


0