ADUN MAHARANI ZIARAHI OKU


KAMI PERIHATIN PENDERITAAN RAKYAT

Pegawai Khas ADUN Maharani, Sdr Hamidun Omar, menerima aduan daripada seorang OKU, Encik Mohd Ibrahim bin Ahmad, yang tinggal menyewa tapak tanah di Jalan Dato Ahmad, off Jalan Khalidi, Muar. Beliau tinggal bersama kakaknya yang juga uzur. Beliau juga seorang yang sangat menyayangi binatang. Rumahnya menjadi tempat persingghan kucing yang berjumlah lebih 20 ekor.Seorang hamba Allah membantu membekalkan makanan kucing.
Menurut Encik Mohd Ibrahim, dahulu beliau membuat kerja 'oddjob' tetapi sekarang kudratnya lemah dan mengharapkan bantuan JKM sebanyak RM 300.00 sebulan. Masalah yang dihadapi beliau dan kakaknya ialah rumah yamg mereka bina di atas tanah sewa (sewanya RM60.00 sebulan sejak berpuluh tahun yang lalu) sudah mula rosak dimakan anai-anai dan bumbung bocor serta siling juga rosak. Apabila hujan lebat rumahnya dinaiki air kerana tiada sistem perparitan di sekelilingnya.


Pada petang Rabu 4 Mei 2011 , YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, dengan diiringi oleh Pegawai Khasnya, Sdr Hamidun Omar, Ketua Lajnah Kebajikan, Tuan Hj Abd Rahman Lajim dan Sdr Ayub Suleiman (Unit Amal) telah mengunjungi mereka untuk meninjau keadaan rumahnya dan memberi sedikit sumbangan.


Gambar-gambar di bawah ini menceritakan penderitaan dua beradik ini.



 Inilah jalan masuk ke rumah Encik Mohd Ibrahim, di celah - celah rumah jiran.

 
Pintu masuk ke rumah dua beradik ini.


 
Encik Mohd Ibrahim dana adiknya, Mariam Bee menyambut kedatangan kami.

YB Dr Mohammad dan Tn Hj Abd Rahman di verandah rumah.


 
Keadaan dalam rumah. Dinding plywood sudah rapuh
dan kayu dimakan anai-anai.


 Sedikit sumbangan daripada kami.


 Air hujan menjadi bekalan air bersih keluarga ini.

 
 Makanan untuk kucing yang disumbangkan oleh hamba Allah.


 Keluarga baru anak kucing.

Ibu kucing beristirehat.

'Inilah rumahku,'  kata sang kucing.

Setelah meninjau keadaan rumah mereka kami kembali untuk merancang bantuan yang boleh diberi oleh ADUN, PAS Kawasan Muar dan Unit Amal PAS Muar.InsyaAllah bantuan mengikut kemampuan kami akan diusahakan.

Dalam keadaan Kerajaan mengatakan kemiskinan telah dapat dikurangkan, rupanya masih ramai lagi rakyat yang menderita dan memerlukan pembelaan. 





0