ADUN MAHARANI NGETEH BERSAMA RAKYAT
Posted in: ngeteh, Parit SamsuPROGRAM NGETEH BERSAMA RAKYAT
Petang ini , Selasa 10 Mei 2011, YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, bersama rombongannya bertemu rakyat di Kedai Makan Pak Lah di Kampung Parit Samsu Muar. Beginilah di antara aktiviti YB bertemu masyarakat secara santai tetapi berkesan. Sebagai 'YB Yang Berkhidmat" seperti kata seorang penduduk yang ditemui dan bukan 'YB Yang Berhormat' inilah di antara tugas beliau bertemu rakyat untuk bertanya khabar dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Ada kalanya waktu begini disertakan dengan Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma.
Pertemuan secara santai ini dapat merapatkan hubungan di antara Wakil Rakyat dan masyarakat. Penerimaan masyrakat sangat baik.
InsyaAllah program ini akan berterusan dari semasa ke semasa, pagi atau petang.
Selamat datang ke Kedai Makan Pak Lah di Parit Samsu,
Jalan Temenggong Ahmad, Muar.
Mee bandong, Bakso, makanan ala Thai dan macam-macam lagi....
Tuan Haji Abd Rahman Lajim, warga tempatan, turut mengiringi YB Dr Mohammad.
Pak Imam pun ada petang tadi.Hal agama beres......
YB Dr Mohammad sempat berbincang dengan sahabat-sahabat.
Ngeteh mengiratkan silaturrahim dan menyelesaikan masalah masyarakat.
Berbincang dengan santai....
Perbincangan dengan Pak Imam
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
AKTIVITI DI ATAS TERSIAR DALAM AKHBAR SINAR HARIAN
http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story9249371.asp
Korban masa demi rakyat
MUAR – Kesibukan tugas seharian sebagai seorang doktor termasuk menguruskan klinik tidak menjadi penghalang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamad Taslim untuk terus mendekati dan bertemu rakyat.
Bahkan sikap beliau yang merendah diri dan mesra itu berjaya menambat hati rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dan juga kawasan sekitarnya.
Mohamad berkata, beliau akan sentiasa berusaha memperuntukkan masa untuk turun padang bertemu rakyat.
Menurutnya, tiada hari tertentu yang ditetapkan untuk bersama rakyat, sebaliknya akan mencari masa yang terluang semata-mata bertemu rakyat.
“Pendekatan ini sudah saya gunakan sejak dulu lagi dan apabila berjaya menjadi ADUN pada 2008, maka tanggungjawab kepada rakyat lebih banyak.
“Dengan sebab ini, tanggungjawab ini saya pikul dan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di sini,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohamad berkata, beliau tidak berasa malu ataupun kekok untuk bertemu rakyat di warung ataupun gerai makan.
“Pada kesempatan ini, saya bersama rombongan meluangkan masa bertemu rakyat di Kedai Makan Pak Lah di Kampung Parit Samsu Muar.
“Peluang ini saya gunakan untuk bertanya khabar dan menyelesaikan masalah rakyat sehingga peringkat akar umbi,” katanya.
Selain itu menurutnya, kadangkala beliau turut akan menyelitkan beberapa program ketika pertemuan bersama penduduk seperti Program Pemeriksaan Kesihatan secara percuma.
“Pertemuan secara santai ini sangat berkesan sebagai platform untuk merapatkan jurang di antara pemimpin dengan rakyat.
“Secara tidak langsung dapat mengelakkan rakyat daripada berasa malu untuk berdampingan dengan pemimpin setempat,” katanya.
Dalam pada itu, menurutnya kerana penerimaan rakyat yang sangat positif beliau berhasrat untuk terus mengekalkan cara itu konsep pemimpin mesra rakyat benar-benar diterjemahkan.

Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2011
(112)
-
▼
Mei
(18)
- ADUN MAHARANI PANTAU BANJIR DI JALAN MAJIDI MUAR
- MESYUARAT PERTAMA BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT...
- CERAMAH PAKATAN RAKYAT MUAR BERSAMA DATO' SERI ANW...
- SAMBUTAN HARI GURU PASTI KAWASAN MUAR 2011
- NISA' MUAR EXPLORE NATURE
- ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR-PELAJAR PARIT AMAL ...
- SEPETANG BERSAMA KELAB TAKRAW PARIT PUNGGUR MUAR
- KURNIAAN TANAH DALAM DUN SUNGAI BALANG MUAR DIPE...
- FORMER DAP VICE CHAIRMAN PASSED AWAY
- SELAMAT HARI GURU 2011
- DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MUAR 2002 - 2015 (...
- ADUN MAHARANI NGETEH BERSAMA RAKYAT
- 'SELAMAT HARI IBU' DARIPADA ADUN MAHARANI DAN AHL...
- MAULIDUR RASUL 1432H - ADUN MAHARANI BERSAMA RAKYAT
- MASJID BARU PARIT BAKAR DARAT MUAR
- ADUN MAHARANI ZIARAHI OKU
- MASALAH TANAH PENEROKA DUN SUNGAI BALANG, MUAR
- ADUN PAKATAN RAKYAT SAMBUT HARI PEKERJA 2011
-
▼
Mei
(18)
0