ADUN PAKATAN RAKYAT SAMBUT HARI PEKERJA 2011


SAMBUTAN HARI PEKERJA 2011 BERSAMA ADUN PAKATAN RAKYAT


Sudah 3 tahun ADUN Pakatan Rakyat diberi mandat  oleh rakyat untuk mewakili  mereka dalam Dewan Negeri Johor.menyuarakan hasrat dan suara mereka dan menyelesaikan nmasalah rakyat. Tanpa peruntukan daripada kerajaan mereka terus berbakti untuk rakyat dengan bantuann ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.


Hari ini, 1 Mei 2011 ialah Hari Pekerja yang disambut oleh semua warga pekerja. Sebagai mengenang jasa dan bakti mereka yang bekerja pada hari tersebut, YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, bersama YB Gwee Ting Hiang, ADUN Bentayan, dengan diiringi oleh AJK mereka telah menziarahi Ibu Pejabat Polis Daerah, Polis CawanganTrafik Muar, Balai Bomba dan Penyelamat, Pusat Pemulihan Akhlah Muar , Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar dan Balai Polis Parit Jawa.


Turut mengiringi YB Dr Mohammad ialah Ustaz Abu Bakar Lajat (YDP PAS Muar), Tuan Hj A Rahman Lajim (Ketua Lajnah Kebajikann PAS Muar), Tuan Hj Malik Md Diah (Timbalan YDP PAS Muar), AJK PAS Kawasan Muar dan AJK DUN Maharani. YB Gwee Tong Hiang, ADUN Bentayan diiringi oleh Setiausahanya dan AJK DAP Bakri.

Dr Mohammad  dan rombongannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan kerajaan yang dilawati kerana memberi layanan mesra dan profesional. Di Pusat Pemulihan Akhlak  Muar kami dihidangkan minuman teh oleh Tuan Zulkifli walaupun  kami melawat secara mengejut. Acara ini merupakan acara tahunan ADUN Maharani bermesra dengan kakitangan kerajaan sempena Hari Pekerja. YB Gwee Tong Hiang juga turut bersama meraikan pekerja-pekerja pada hari tersebut. Kali ini rombongan  YB Dr Mohammad membawa kek sementara rombongan  YB Gwee menghadiahkan hamper.

Ibu Pejabat Polis Muar.

Pegawai Polis yang bertugas  menerima sumbangan kami tanda perihatin 
dengan tugas mereka memastikan keselamatan rakyat.

 
;;
Pejabat Trafik Daerah Muar

 

 YBDr Mohammad dan YB Gwee menyampaikan sumbangan kepada 
Pegawai polis yang bertugas.

 
 Jabatan Bomba dan Penyelamat Muar


 Suasana ceria:  Pegawai-Pegawai Bomba yang bertugas menerima 
sumbangan daripada YB Dr Mohammad dan YB Gwee.

 
Pusat Pemulihan Akhlak Muar
 
 
Kehadiran kami disambut mesra oleh Tuan Zulkefli.
Terima kasih Tuan kerana menyediakan minuman untuk kami.
 
Sedikit buah tangan untuk petugas PPA Muar sempena Hari Pekerja.

 
Di Jabatan Kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah -
YB Dr Mohammad dan YB Gwee bertemu seorang pesakit buah pinggang yang mengalami kemalangan jalan raya. ADUN Pakatan Rakyat sentiasa bersama rakyat walau di mana berada.
 
 
Untukmu Petugas Jabatan Kecemasan HPSF Muar.
 
 
Team ziarah Hari Pekerja ADUN Maharani dan ADUN Bentayan mengabdikan 
gambar kenangan di HPSF.
 

 Lawatan terakhir ke Balai Polis Parit Jawa.

 
YB Dr Mohammad dan Tuan Hj Malik Md Diah menyampaikan 
kek untuk Pegawai Polis yang bertugas.Di kanan sekali ialah
Ustaz Abu Bakar Lajat (YDP PAS Muar)
 




0