KURNIAAN TANAH DALAM DUN SUNGAI BALANG MUAR DIPERTIKAI


Saturday March 26, 2011

600ha land for villagers in Muar

By HAMDAN RAJA ABDULLAH

MUAR: For the first time the land office here has opened up a tract of more than 600ha of land for villagers in two areas in the Muar parliamentary for cultivation.
The land, located along the coastal areas between Sungai Balang and Sungai Sudah, has been subdivided and offered to more than 1,300 villagers.

All ready: Villagers registering their names to apply for land forms
at the Sungai Balang penghulu complex.
 State Women, Family, Health and Community Development Committee chairman Dr Robia Kosai said each eligible villager would received a plot measuring 0.4ha.

She said the area had been illegally cultivated for more than 30 years by the local villagers who planted crops, including oil palm and rubber trees.
These villagers have encroached and tilled the land since 1970s, and only recently they were offered to apply for the titles.

Grateful: Dr Robia (second from right) presenting a land form to villager Minnah Ahmad Jar (left) while Mohd Ismail (second from left) and Muar Land Administrator Han Ramin (right) look on.

However, other villagers who did not encroach into the area, also applied for a plot when the state decided to give the land, she said before presenting land forms to the recipients on Thursday.

Dr Robia, who is also the Sungai Balang assemblyman, said the villagers should be grateful to the state government and the Muar Land Office for giving out the plots.
She said it was the first time the state opened up a vast tract of state land to be given to 1,300 people for agricultural development purposes.
She said the state would build infrastructures, including roads, schools, religious school, police booth, fire unit and other facilities in the area.
She said the coastal area would be a modern village in the near future and urged the people to work hard and work together to develop their plots.

Earlier, special officer to Mentri Besar for the Maharani Datuk Mohd Ismail Mohd Shah said the state constituency decided to allocate the land to the villagers a few years ago.
He said there were still other areas along the coast which could be developed and advised those who did not receive plots to submit applications to the land office.

We urge the villagers to hold on to their plots and not sell them after receiving the titles to the land.
We want to thank the Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman and the Muar land administrator Han Ramin for allotting the land to the villagers,” he added.

source: http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/3/26/southneast/8343246

_________________________________________________________________________________

Thursday May 12, 2011

Villagers want state to review coastal land allocation

HAMDAN RAJA ABDULLAH
newsdesk@thestar.com.my

MUAR: Some 300 villagers in Kampung Sungai Pulai near Sungai Balang wants the Johor government to review the plot size on land allocated to the people there recently.



They also claim that many landowners had developed the coastal land since 1975 and are eligible to receive a new plot, but were ignored while others who are not residents in the area were given land.
Samad Piee who represented the villagers, said all the residents want is fair play and for the state to reward those deserving settlers who actually helped to develop Sungai Pulai.
“In this village, there are about 300 villagers who opened up the coastal jungle and planted the area with cash crops in 1970s.

Frustrated: Villagers in Kampung Sungai Pulai gathering to voice their dissatisfaction over the unfair allocation of coastal land.
“Later, when the swampy land dried up after we dug canals and drains, we planted oil palm trees,” said Samad.
He added that over the years, the early settlers of Kampung Sungai Pulai who opened up several hectares of land each managed to turn the mangrove swamps into a productive agricultural land.
Samad said some 600ha of land between Sungai Balang and Sungai Sudah, was recently subdivided for allocation to the people.

He said the move was appreciated as villagers would receive titles to the plots, but it turned out that they were only getting 0.4ha each and not the whole area they had worked on.
Furthermore, out of 300 villagers of Kampung Sungai Pulai, only 58 were given land while the others did not.
Samad said this was unfair to the deserving ones as the remaining land were given to villagers from other areas.

“We feel that since we opened up a bigger area, we should at least receive about 2ha each and also given the plots that we developed.
“Its not fair for the state to give away land we had developed to other people,” he said.
Samad hoped that the Johor government would review the matter and allocate the land in accordance to meritrocacy.

Commenting on the issue, special officer to Mentri Besar for Maharani, Datuk Mohd Ismail Mohd Shah said land along the coastal area belonged to the state.
He added that the area has been illegally cultivated for years.
The authorities had left it as it is as most of the settlers who encroached into the coastal land were farmers and fishermen.

“The government had recently subdivided the area when more people had applied for land.
“We decided to give each applicant a 0.4ha plot and only through this way, the state is able to allocate land to 1,300 villagers, not to the original 300 people who settled around there,” he said.
Mohd Ismail added that residents of Kampung Sungai Pulai should be grateful for their entitlement.
“Those who did not receive their allocation can submit fresh applications,” he added.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tuntut hasil titik peluh

MUAR - Lebih daripada 500 pengusaha tanah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang terutamanya di kawasan Kampung Sungai Pulai dan Parit Buntu, di sini, melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan cara pengagihan tanah berkenaan pada 24 Mac lalu.

Mereka mendakwa berlaku ketidaktelusan dalam :pengagihan tanah itu kerana ramai dalam kalangan pengusaha tanah berkenaan tidak berjaya memperoleh tanah terbabit.

Salah seorang pengusaha tanah, Paijalah Chuking, 60, berkata, tanah seluas 600 hektar berkenaan telah diusahakan penduduk di kawasan ini sejak 1976.

Menurutnya, pada asalnya kawasan berkenaan adalah hutan belantara, dia dan beberapa penduduk yang lain bekerja keras untuk meneroka tanah terbabit.

“Keputusan untuk mengusahakan tanah ini selepas mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah Muar pada 1976 dengan kadar bayaran sebanyak RM5.

“Bermula sebagai kawasan terbiar kami membersihkan kawasan ini dan menjadi salah satu lokasi tanaman kontan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, apabila tanah di kawasan ini kering selepas pembinaan sistem perparitan, pengusaha tanah berkenaan menanam pokok kelapa sawit.

“Selepas bertahun lama mengusahakannya, kami berjaya membangunkan tanah ini menjadi kawasan pertanian yang sangat produktif.

“Tetapi, usaha kami seperti sia-sia apabila hasil titik peluh sejak berpuluh tahun lalu dirampas orang lain,” katanya.

Paijalah berkata, ada dalam kalangan pengusaha tanah meneroka tanah berkenaan melebihi 2.5 hektar tetapi selepas pengagihan tanah yang lalu, mereka hanya memperoleh 0.4 hektar daripada tanah yang diusahakan.

“Di sinilah timbulnya ketidakpuasan hati dalam kalangan majoriti pengusaha tanah ini dan menganggap pemberian ini sangat tidak adil.

“Lebih mendukacitakan ialah apabila mendapati ramai pihak yang tidak pernah terlibat mengusahakan tanah ini mendapat bahagian tanah yang sudah diusahakan dengan tanaman kelapa sawit,” katanya.

Seorang lagi pengusaha tanah terbabit, Saminah Ibrahim, 74, berkata, pengagihan tanah seluas 600 hektar di antara kawasan Sungai Balang dan Sungai Sudah itu hanya melibatkan 58 daripada 300 pengusaha tanah di Sungai Pulai sahaja yang berjaya memperoleh tanah berkenaan.

“Manakala yang selebihnya tanah ini diberikan kepada orang kampung dari kawasan yang lain.

“Kami merasakan sejak membuka kawasan yang luas ini, kami sepatutnya menerima tanah sekurang-kurangnya dua hektar dan memberikan lot tanah yang telah kami bangunkan,” katanya.

Menurutnya, bagi mereka, adalah tidak patut apabila memberikan bahagian tanah yang diusahakan kepada seseorang yang tidak pernah bekerja keras membersihkan dan membangunkan kawasan ini.

“Kami sangat kesal apabila kawasan di sini sudah cantik dan mempunyai hasil tanaman yang baik, barulah pelbagai pihak hendak mengambil semua kesempatan ini,” katanya.

Shukor Taha, 63, yang juga pengusaha asal tanah terbabit juga berasa kecewa dengan apa yang berlaku.

Menurutnya, banyak pihak tidak merasai kepayahan kami membangunkan kawasan tersebut secara menual tanpa sebarang peralatan canggih yang hanya bergantung dengan kapak dan parang sahaja.

“Hasil tanaman daripada tanah yang diusahakan ini menjadi punca pendapatan kepada kami penduduk di sini.

“Jadi dengan pengagihan tanah satu ekar ini pasti akan menjejaskan punca :pendapatan kerana bergantung sepenuhnya dengan hasil tanaman ini,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Sungai Pulai, Mohd Saufey Mohd Basri berkata, dia menggesa pihak kerajaan supaya menyemak semula cadangan berkenaan dan :mengekalkan semula lot tanah yang telah dibuka oleh pengusaha asal tanah berkenaan.

“Ini sahaja langkah terbaik untuk meredakan rasa ketidakpuasan hati pengusaha tanah di sini.

“Apa yang pasti, pengusaha tanah di sini tetap dengan keputusan mereka untuk terus mempertahankan hasil usaha yang mereka lakukan selama ini,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Tanah Daerah Muar berkata, tanah umum di DUN Sungai Balang berkenaan boleh diberikan kepada sesiapa sahaja dan keutamaannya kepada penduduk tempatan yang dibuat secara undi lot.

Menurutnya, kerajaan telah menyatakan keputusan bahawa setiap orang akan menerima satu ekar tanah setiap lot bagi membolehkan lebih ramai orang ramai memiliki tanah.

“Pihak Pejabat Tanah Daerah Muar hanya melaksanakan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan berhubung pengagihan tanah berkenaan.

“Pada masa yang sama, pihak kami tidak boleh dan tidak mempunyai kuasa untuk mengubah senarai kelulusan seperti mana yang diminta oleh mereka,” katanya.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story9057519.asp
                   Jumaat 6 Mei 2011

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Isu agihan tanah terus hangat

MUAR – Isu pengagihan tanah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang terutamanya di Kampung Sungai Pulai dan Parit Buntu terus menjadi persoalan apabila masalah berkenaan masih tidak menunjukkan sebarang tanda penyelesaian.

Meskipun masalah berkenaan telah diajukan kepada beberapa pihak yang terlibat untuk meraih simpati juga pertolongan te-tapi usaha peneroka seperti sia-sia.

Rentetan itu, jawatankuasa bertindak peneroka DUN Sungai Balang telah ditubuhkan untuk membela nasib lebih 500 peneroka di kawasan berkenaan.

Atas faktor rasa tidak berpuas hati dan mendakwa wujud ketidaktelusan cara pengagihan tanah telah mendorong Jawatankuasa Bertindak Peneroka bekerjasama dengan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) untuk memanjangkan isu itu kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Mereka mendesak agar Abdul Ghani campur tangan dalam isu tersebut dan membatalkan pemberian tanah sebanyak 0.4 hektar kepada peneroka asal seperti mana yang berlaku ketika ini.

Daripada tanah seluas 600 hektar di antara kawasan Sungai Balang dan Sungai Sudah yang didakwa diteroka oleh 300 peneroka asal pada 1976, hanya 58 peneroka sahaja yang terpilih menerima tanah selepas pengagihan dibuat pada 24 Mac lalu.

Sebaliknya, mereka mendapati ramai pihak yang tidak pernah terlibat meneroka tanah ini turut mendapat bahagian tanah yang sudah diusahakan dengan tanaman kelapa sawit.


Nekad pertahankan hak

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, mendakwa, adalah tidak munasabah apabila setiap peneroka asal hanya diberikan tanah seluas 0.4 hektar berbanding keluasan tanah sebenar yang mereka usahakan.

Menurutnya, bahkan ada peneroka yang telah meneroka seluas empat hektar tetapi langsung tidak memperoleh tanah berkenaan.

“Ini adalah satu penindasan yang tidak sepatutnya berlaku dan minta isu ini perlu ditangani segera.

“Saya meminta peneroka ini supaya bersatu untuk berjuang bersama-sama bagi mempertahankan hak mereka terutamanya ketika pertemuan dengan menteri besar kelak,” katanya kepada Sinar Harian.

Mazlan berkata, jika dilihat senario peneroka Felda asalnya ketika zaman Tun Abdul Razak setiap peneroka diberikan tanah seluas 3.2 hektar dan kemudiannya diberikan tanah tambahan sebanyak 0.8 hektar telah berjaya mengeluarkan peneroka daripada kepompong kemiskinan.

“Melihat situasi di DUN Sungai Balang ini, akhirnya peneroka terpaksa mencari pekerjaan lain untuk menampung keluarga.

“Bagaimana dengan masa depan peneroka warga emas yang selama ini bergantung hidup dengan hasil tanaman kelapa sawit yang mereka usahakan jika tanah ini dirampas oleh pihak lain,” katanya.


Tidak puas hati cara agihan

Peneroka asal, Paijalah Chuking, 60, berkata, dia berasa sangat sedih dan tidak berpuas hati dengan cara pengagihan tanah berkenaan.

Menurutnya, usaha beliau selama ini bersama-sama peneroka asal yang lain membangunkan tanah itu yang pada asalnya adalah kawasan hutan belantara seperti sia-sia.

“Penat lelah kami bertahun-tahun meneroka kawasan terbiar ini sehingga menjadi salah satu lokasi tanaman yang sangat produktif.

“Pelbagai cabaran ketika membangunkan tanah ini dan kira-kira 10 tahun lalu mula membangunkan infrastruktur utama iaitu jalan bagi memudahkan proses membawa keluar hasil tanaman,” katanya.

Paijalah berkata, timbul persoalan di sini mengapa selepas kawasan ini membangun baru ada pihak yang mengambil kesempatan untuk merampas tanah berkenaan.

“Tegaskan sekali lagi bahawa peneroka asal Sungai Pulai bertekad untuk mempertahankan tanah ini supaya ia tidak jatuh ke tangan pihak lain,” katanya.

Peneroka asal tidak tersenarai

Ibu tunggal, Nori Galong, 54, berkata, dia berasa sangat kecewa dengan keputusan pengagihan tanah berkenaan.

Menurutnya, dalam pengagihan berkenaan, dia sebagai peneroka asal sejak 30 tahun lalu tidak tersenarai sebagai salah seorang penerima.

“Sejak menghadapi penyakit sendi dan tidak boleh berjalan, keadaan ini memaksa saya bergantung sepenuhnya dengan pendapatan hasil daripada tanah yang diteroka.

“Bagaimana saya hendak meneruskan hidup selepas ini apabila langsung tidak mendapat tanah yang diteroka sejak sekian lama,” katanya.

Justeru itu, peneroka asal merayu dan menggesa menteri besar supaya mendengar rintihan mereka dan memperjuangkan nasib semua peneroka asal di sini.

Serah nama segera

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Dr Robia Kosai berkata, beliau menasihatkan peneroka yang terbabit supaya bertenang untuk menerima keputusan kerajaan.

“Mereka perlu akur dengan keputusan kerajaan dan bersyukur dengan tanah yang telah diberikan.

“Pada masa sama, saya meminta jawatankuasa bertindak peneroka DUN Sungai Balang supaya menyerahkan nama peneroka yang gagal memperoleh tanah dengan segera untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story9105657.asp 
             20 Mei 2011

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

0