VERBATIM UCAPAN YB SUNGAI ABONG DALAM PERBAHASAN BAJET NEGERI JOHOR 2011
Posted in: BAJET NEGERI JOHOR 2011Y.B. Dato' Speaker : Ada lagi Yang Berhormat,kalau ikut catatan masa saya izinkan Yang Berhormat ucap dalam 8 minit sahaja.Lain kali jangan ambil penghujunglah.
Y.B. Dr Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sg Abong) : Yang Berhormat Dato' speaker,ini dah kira masa parah,masa cedera...
Y.B. Dato' Speaker : Yalah. Masa dah tamat, silap saya.
Y.B. Dr Sheikh Ibrahim : Kwerana saya perasan semua dalam kepala, kalau tidak dapat diluahkan 7 bulan tidak dapat tidur saya...
Y.B. Dato' Speaker : Nasib baik saya bagi cakap,kalau saya tidak bagi cakap, boleh jadi pengsan jadinya. (Dewan ketawa). Dah bagi cakap teruskan jelah. 8 minit,ok.Hari Jumaat ini.
Y.B. Dr Sheikh Ibrahim : Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker.Pertama-tama saya ingin mengucapkan,terpaksa saya bahas secara kubgfulahlah ni.
Y.B. Dato' Speaker: Ha, ya, itu elok,makna dah suntuk masa.
Y.B. Dr Sheikh Ibrahim : Pertama sya hendak mengucapkan tahniah kepada Y.A.B. Menteri Besar Johor yang mana telah dapat membentangkan suatu belanjawan yang atas kertas nya satu belanjawan yang surplus dan saya berdoa dan mengharapkan bahawa ia terus surplus dan bahkan lebih-lebih lagi bukan setakat RM2.7 juta.
Kalau mengikut Laporan Ketua Audit Negara yang telah dibentangkan ,tetapi tak dibentangkan di dalam Dewan ini sepatutnya dibentangkan dalam Dewan ini,wajib,supaya kita dapat nilai dan kita bahas bersama.
Kalu kita imbas kembali Belanjawan Tahun 2009,2010 yang mana kalau kita ingat defisit belanjawan hanyalah RM1.5 atau 1.6 juta tapi setelah diaudit,diurus, dibelanja, maka defisit sebenar adalah RM78.6 juta.Jadi saya sangsi,saya harap tidak begitu.Dan pada tahun ini benar-benar surplus.
Y.B. Dato' Speaker,
Saya nak buat satu rumusan yang telah dibentang oleh Ketua Audit Negara bahawa RMK-9 akan habis tempoh pada tahun ini bulan 12.Kita hanya ada masa satu bulan lebih sahaja.Dah angka 5 tahun,kerajaan telah meletakkan ceiling perbelanjaan sekitar RM1.3 bilion untuk dihabiskan belanja sehingga akhir tahun ini, RM1.37 bilion,tapi malangnya , amat malang, setakat akhir tahun 2009, sekitar 59.2% sahaja yang telah dibelanja. Selama 4 tahun, tak sampai 60% ceiling peruntukan itu kita belanja, kita da satu bulan .
Kalau saya nak terangkan, nak nyatakan jabatan-jabatan yang prestasinya tak sampai 50% pun ada. Tahniah kepada YAB Menteri BesarJohor yang telah membelanjakan hampir sekitar 100% . Suatu, ini yang dah lebih overactive. Masa ada setahun lagi dah habis,hampir 100%.Mungkin ada baiknya, tahniah, tapi yang malangnya ,jabatan-jabatan seperti JKR, maaf Pejabat Agama yang telah berbelanja kurang daripada 40%.
Y.B Dato' Speaker : Pejabat Agama pun tak belanja ya?
YB Dr Sheikh Ibrahim : Saya hairan.Saya rasa dan saya rasa perlu diberi penjelasan , apakah kekangan,masalah,rintangan,walaupun disebut dalam penyata itu , ada yamg ditarik balik . ada yang tidak siap, ada yang macam-macam, jadi saya rasa perlu diberi penjelasan kepada Ahli Yang Berhormat sekelian , kerana mas kita dah tinggal satu bulan sahaja lagi,yang mana RMK-9 ini diolah begitu rupa supaya untuk memacun negeri ini .menuju kepada Negeri Maju pada tahun 2020.
Pelancongan hanya, dahlah peruntukan tak banyak RM15 juta untuk 5 tahun,belanja RM5 juta.Apakah masalahnya? Tak pandai nak belanja ke, ditarik balik ke, tak ada program ke atau rancangan , kalau tengok rancangan daripada pelancomgan tu macam-macam. Kita sudah kenal pasti, kita akan kenal pasti, dari semasa ke semasa.Semau kenal pasti sahaja. Jadi ini bukanlah,ini contoh bukan saya nak apa, menuduh. ini masalah bersama, kalau ada masalah , tolong bentangkan masalah supaya akan datang kita masuk pada RMK yang ke-10 , kita dapat tingkatkan prestasi kita.
Duit yan begitu banyak ,saya sayang dan saya bimbang , peruntuksn ysng lebihan berapa, yang tidak dibelanjakan sekitar RM600 juta lagi akan ditarik balik.Jadi pada saya ini adalah satu perkara yang besar ,yang perlu kita beri perhatian.
Jadi tolong, segala cadangan-cadangan Ketua Audit Negara , tolong, ini arahan untuk meningkatkan prestasi Perjalanan Kerajaan Negeri kita.
Sekian,terima kasih.
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2010
(259)
-
▼
Disember
(19)
- MASALAH PARKIR HOSPITAL MUAR
- JCorp - THE LATEST DEVELOPMENT
- HARI TANPA PLASTIK
- BANTUAN PERSEKOLAHAN DUN MAHARANI 2011
- BANTUAN PERSEKOLAHAN DUN SUNGAI BALANG 2011
- DANA JOHOR - PELABUR KENA SAMAN BANK
- PROGRAM BANTUAN PERSEKOLAHAN DUN MAHARANI 2011
- CERAMAH PAKATAN RAKYAT PARLIMEN MUAR
- HASIL ARAK NEGERI JOHOR DAN HASIL JUDI NEGARA
- HUTANG JCorp RM3.6 BILION
- KADAR BARU KOMPAUN SAMAN TRAFIK -TARIKH TUTUP
- BANGUNAN UMNO BAKRI - JALAN BENTAYAN
- NISA' MUAR HI-TEA 2010
- KEDAULATAN MELAYU
- ADUAN RAKYAT - MASALAH NELAYAN BENTAYAN
- KETUANAN MELAYU - TINDAKAN ISA ?
- VERBATIM UCAPAN YB SUNGAI ABONG DALAM PERBAHASAN B...
- TARIF BARU AIR JOHOR - SUDAHKAH KAH ANDA SEMAK BI...
- PUSAT e-DESA DITUTUP - MENTERI BESAR JOHOR
-
▼
Disember
(19)
0