HASIL ARAK NEGERI JOHOR DAN HASIL JUDI NEGARA


SOALAN LISAN YB DR MOHAMMAD TASLIM (MAHARANI) DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI JUMAAT , 19 NOVEMBER 2010 :

Berapakah jumlah hasil judi dan arak yang diperolehi Kerajaan Negeri Johor bagi tahun 2010, dimanakah wang tersebut disimpan dan dibelanjakan serta namakan syarikat-syarikat yang terlibat?


JAWAPAN YAB DATO' MENTERI BESAR


Lesen minuman keras dikutip oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (KDRM), Negeri Johor adalah berjumlah RM978,236.26 bagi tempoh 1 Januari 2010  hingga 2 November 2010. Ia menjadi hasil Kerajaan Negeri. Wang hasil tersebut dibelanjakan bagi tujuan pembangunan melibatkan rakyat bukan Islam.


Bilangan syarikat yang diberi kelulusan berkaitannya oleh Pegawai Pelesen menurut Akta Eksais 1976 adalah berjumlah 1,259 buah syarikat di mana pecahanya mengikut daerah adalah seperti berikut:



DAERAH
      BIL
a.
Johor Bahru
         612
b.
Kulaijaya
           68
c.
Muar
         110
d.
Ledang
           23
e.
Batu Pahat
         107
f.
Pontian
           25
g.
Segamat
           83
h.
Kluang
           97
i.
Kota Tinggi
         120
j.
Mersing
          14

JUMLAH
     1.259


Kerajaan Negeri mengeluarkan lesen bukanlah untuk menghalalkan minuman keras, tetapi bertujuan untuk mentadbir serta mengawal penjualan minuman keras. Kutipan yang dibuat adalah merupakan caj kawalan (service charge) kepada syarikat yang menjual minuman keras.


Sekiranya tidak dikawal, penyalahgunaan di kalangan orang-orang Islam dikhuatiri akan berlaku dan penjualan secara haram akan berleluasa. Dengan itu, Kerajaan Negeri bukan mengutamakan hasil yang dipungut, tetapi sbaliknya lebih kepada kawalan  ke atas jualan minuman keras di tempat-tempat awam dan kutipan yang dibuat  adalah lebih  kepada caj kawalan (service charge) atas perkhidmatan tersebut.


Hasil judi pula tidak dikutip oleh Kerajaan Negeri atas faktor lesen judi adalah di bawah kelulusan Kmenterian Kewangan malaysia dan merupakan hasil Kerajaan Persekutuan.

Hasil Judi Negara mulai tahun 2000 hingga September 2010

Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.

JAWAPAN BERTULIS:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:


Tahun Jumlah (RM)
2000 1,958,380,415.89
2001 1,972,252,986.48
2002 1,922,115,807.36
2003 1,797,401,240.15
2004 1,849,176,119.10
2005 1,984,615,754.74
2006 2,266,814,152.52
2007 2,416,963,021.54
2008 2,561,892,892.66
2009 2,606,378,658.57
Sehingga 20 September 2010 1,952,406,090.08
 
2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.
 


0