PUSAT e-DESA DITUTUP - MENTERI BESAR JOHOR
Posted in: Dewan Negeri JohorARKIB : 02/12/2010 UTUSAN MALAYSIA
Pusat e-Desa ditutup akibat banyak masalah, kos tinggi
NUSAJAYA 1 Dis. - Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor memutuskan untuk menutup kesemua 40 Pusat e-Desa di negeri ini pada Mei lalu kerana pihak pengurusannya menghadapi pelbagai masalah selain berdepan dengan kos operasi dan penyelenggaraan yang tinggi iaitu lebih RM3 juta sebulan.Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman menjelaskan, antara masalah yang dihadapi ialah sukar mendapatkan pekerja bagi menyelia pusat tersebut, kos baik pulih tinggi, masalah bangunan dan komputer dicuri.
"Kos operasi pula memerlukan RM93,520 dan kos penyelenggaraan RM2.9 juta sebulan. Kos ini termasuk sewa talian Internet, bil elektrik, elaun penyelia dan sebagainya.
"Di samping itu, peruntukan RM2.9 juta juga diperlukan untuk beli peralatan komputer, kelengkapan pejabat baru serta kerja pengubahsuaian bangunan," katanya pada sesi penggulungan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Dr. Mohamad Taslim (Pas-Maharani) berkenaan status Pusat e-Desa di seluruh negeri yang dilaksanakan sebelum ini.
Abdul Ghani berkata, faktor lain yang menyebabkan pusat tersebut terpaksa ditutup ialah sambutan dingin penduduk setempat.Menurutnya, persaingan dengan banyak kafe siber dan premis yang menawarkan khidmat itu tidak jauh dari pusat tersebut juga menjadi sebab utama ia ditutup.
Jelasnya, dengan keupayaan komputer di kafe siber yang lebih baik, ia secara tidak langsung mempengaruhi sambutan penduduk terutama generasi muda untuk datang ke Pusat e-Desa.
"Tambahan pula, kementerian lain melalui agensi masing-masing telah membangunkan pusat seumpama Pusat e-Desa. Ada di antaranya dekat dengan lokasi Pusat e-Desa," katanya.
Sebelum ini, jelasnya, terdapat beberapa Pusat e-Desa yang terpaksa ditutup ketika banjir besar melanda pada awal 2006 dan hujung 2007.Katanya, banjir itu mengakibatkan kerosakan teruk pada bangunan, perkakasan komputer, perabot, pendawaian elektrik dan rangkaian.
Beliau berkata, pusat itu mula ditubuhkan pada 2002 bertujuan merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.Fungsinya sebelum ini, katanya, adalah sebagai pusat sumber, latihan, pusat penyebaran maklumat, pusat aduan dan pusat rangkaian khidmat kerajaan secara talian.
sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_04.htm
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2010
(259)
-
▼
Disember
(19)
- MASALAH PARKIR HOSPITAL MUAR
- JCorp - THE LATEST DEVELOPMENT
- HARI TANPA PLASTIK
- BANTUAN PERSEKOLAHAN DUN MAHARANI 2011
- BANTUAN PERSEKOLAHAN DUN SUNGAI BALANG 2011
- DANA JOHOR - PELABUR KENA SAMAN BANK
- PROGRAM BANTUAN PERSEKOLAHAN DUN MAHARANI 2011
- CERAMAH PAKATAN RAKYAT PARLIMEN MUAR
- HASIL ARAK NEGERI JOHOR DAN HASIL JUDI NEGARA
- HUTANG JCorp RM3.6 BILION
- KADAR BARU KOMPAUN SAMAN TRAFIK -TARIKH TUTUP
- BANGUNAN UMNO BAKRI - JALAN BENTAYAN
- NISA' MUAR HI-TEA 2010
- KEDAULATAN MELAYU
- ADUAN RAKYAT - MASALAH NELAYAN BENTAYAN
- KETUANAN MELAYU - TINDAKAN ISA ?
- VERBATIM UCAPAN YB SUNGAI ABONG DALAM PERBAHASAN B...
- TARIF BARU AIR JOHOR - SUDAHKAH KAH ANDA SEMAK BI...
- PUSAT e-DESA DITUTUP - MENTERI BESAR JOHOR
-
▼
Disember
(19)
0