NISA' MUAR HI-TEA 2010



NISA' MUAR telah berjaya menganjurkan program " NISA' Muar Hi-Tea 2010 " pada hari Ahad 12 Disember 2010, jam 2.00 hingga 5.00 petang bertempat di Muar Traders Hotel.Lebih 200 orang muslimat dan jemputan hadir pada petang tersebut.

Nisa' Hi-Tea 2010 merupakan program yang julung-julung kali diadakan serta dianjurkan oleh Jawatankuasa Nisa' Kawasan Muar.Program ini juga merupakan salah satu cara untuk merapatkan jalinan silaturrahim ahli-ahli Nisa' dan juga masyarakat sekitar.Selain itu, program ini diharapkan dapat memperkenalkan Nisa' kepada umum.


Di antara tetamu yang hadir ialah YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani) dan isteri (Puan Hjh Rubiah Raffee), Ustaz Ustaz Abu Bakar Lajat (Yang Dipertua PAS Muar), Tuan Hj Malik Md Diah (Penyelaras Pusat Aduan Rakyat DUN Sg Balang),  Sdr Yatin Sarpan (Ketua Cabang PKR Muar),  Puan Fatimah Ismail (Ketua Dewan Muslimat PAS Muar),  Ketua Wanita PKR Muar, Wakil Wanita DAP dan wakil-wakil  NGO.


Majlis telah dirasmikan oleh YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani.Beliau sangat menghargai sambil mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan Nisa' Muar menganjurkan program ini.Ia bukan sahaja memberi peluang kepada ahli-ahli Nisa' menampilkan diri dalam dunia peragaan muslimah tetapi juga turut mempromosikan Butik Busana Muslimah yang mula berkembang maju dalam daerah Muar khususnya.Ini dapat dilihat dengan kerjasama dan sumbangan mereka menjayakan program ini.Beliau mencadangkan agar Nisa' juga mengeluarkan produk (brand) barangan keperluan muslimah sendiri.

Majlis diserikan dengan Nasyid Multimedia,Peragaan Busana Muslimah,Tayangan Multimedia dan cabutan bertuah.Busana Muslimah yang diperagakan oleh ahli-ahli dan anak-anak Nisa' mendapat sambutan hebat daripada peserta Hi-Tea. Busana tersebut adalah sumbangan beberapa buah butik Busana Muslimah di sekitar bandar Muar.

YB Dr Mohammad bersama isteri, tetamu, AJK Nisa, Peraga Busana Muslimah.

YB Dr Mohammad bersama tetamu - Sdr Abdul Razak,Sdr Yatin dan AJK Dun Maharani
di meja VIP

Pengarah Nisa' Muar bersama tetamu muslimat.

Para peserta memenuhi meja yang disediakan.

Wakil Wanita DAP tidak ketinggalan.

YB Dr Mohammad menyampaikan ucapan perasmian.
  

Hadiah untuk pemenang cabutan bertuah.

Model-model Muslimah anggun berbaris di pentas.

Senyuman puas, tugas terlaksana.

Lihat.....busana perenang muslimah pun ada !

Bakal  juara pertandingan renag.......

Menurut Pengarah Nisa' Muar, Puan Hjh  Asmq' bt Abu Bakar, Nisa' adalah kelab remaja dan wanita berumur 15 - 40 tahun.Mereka berhasrat untuk melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu dan berakhlak mulia melalui program yang dirancang, menjurus kepada pembinaan dan pembangunan modal insan.Slogan mereka ialah "Penghubung Generasi Muda @ Connecting Youth" Slogan ini menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Pengarah Program Hi-Tea, Puan Norhayati Sulaiman ketika ditemui selepas program tersebut melahirkan rasa bersyukur kerana  Program ini telah mencapai matlamatnya.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih  kepada semua yang terlibat termasuk pengusaha Butik Muslimah yang mengambil bahagian dan pihak Muar Traders Hotel yang menyediakan kemudahan tempat dan juga jamuan.

Selepas tamat Program peserta berpusu-pusu menziarahi gerai pameran yang menjual busana Muslimah di ruang legar di luar dewan.

nota: berita di atas tersiar dalam akhbar Sinar Harian.






0