ADUAN RAKYAT - MASALAH NELAYAN BENTAYAN


Pengkalan Bentayan,sebuah pengkalan nelayan di Kuala Sungai Muar  merupakan sebuahpengkalan nelayan dalam daerah Muar yang telah beroperasi melangkaui sekurang-kurangnya 3 generasi.Lebih 50 boat nelayan berlabuh di sini.Mereka menyumbnag kepada produk makanan laut segar kepada penduduk Muar.


Menurut nelayan di sini, pada tahun lepas  mereka dimaklumkan oleh LKIM bahawa kelulusan telah diberi untuk menaik taraf jeti di sini  dengan kos RM500,000.00.Merka telah ditunjukkan pelannya dan kerja-kerja mengukur telah dibuat.Malangnya sehingga sekarang tiada perkembangan positif.


Baru-baru ini, pada 7 Disember 2010, YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani dan YB Gwee Tong Hiang , ADUN Bentayan, dengan diiringi oleh PA masing-masing telah bertemu nelayan-nelayan di jeti  Bentayan untuk memeklumkan perkembangan terkini status jeti mereka.Kehadiran mereka disambut mesra oleh para nelayan yang berpeluang meluahkan masalah mereka terus kepada wakil rakyat mereka.


Dalam Pesidangan Dewan Negeri Johor dalam bulan Jun-Julai 2009  yang lalu YB Gwee mengajukan soalan tentang pembinaan Jeti Pengkalan Bentayan ini.Menurut YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, "Pihak LKIM telah mencadangkan peruntukan sebanyak RM500,000.00 untuk memanjangkan jeti yang sedia ada di Pangkalan Bentayan,Muar.Dijangkakan proses sebut harga akan dilaksanakan setelah kebenaran diterima daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan di Muar,"  


Setelah menunggu sekian lama, YB Dr Mohammad pula telah membawa perkara tersebut sekali lagi dalam Persidangan Dewan Negeri Johor dalam bulan November- Disember 2010 yang lalu.Kali ini jawapan yang diberi oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani sangat menghampakan.Inilah jawapannya:
"Sememangnya pada peringkat awal terdapat peruntukan bagi pembinaan jeti nelayan Sungai Muar (Bentayan) sebanyak RM350,000.00 dan sebutharga juga telah dibuat oleh pihak ibu pejabat.Memandangkan terdapat arahan daripada Majlis Perbandaran Muar di mana tidak dibenarkan sebarang pembangunan di sepanjang muara Sungai Muar. 


Pihak Majlis mempunyai perancangan untuk memajukan  kawasan tersebut dan jika cadangan pembinaan ini dilaksanakan ianya akan menyebabkan perancangan pihak Majlis terganggu/tidak dapat dilaksanakan.


Oleh yang demikian keputusan ini telah dipanjangkan  ke pihak ibu pejabat LKIM untuk dibincangkan di dalam  Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga LKIM dan mesyuarat tersebut memutuskan supaya panggilan sebutharga tersebut dibatalkan.Pihak LKIM belum pernah melantik sebarang kontraktor bagi tawaran kerja tersebut."


Inilah yang mengejutkan seluruh nelayan Bentayan.Jeti nelayan di kawasan lain telah dinaiktaraf tetapi mereka masih di takuk lama.


Untuk menyelesaikan masalah nelayan di sini YB Dr Mohammad dan YB Gwee akan mengatur pertemuan para nelayan dengan Yang Dipertuia Majlis Perbandaran Muar dengan kadar segera.Diharapkan sesuatu yang positif akan dilaksanakan.


Tunggu perkembangan selanjutnya......

Beginilah keadaan Jeti Bentayan.

Menyedihkan....begitulah keadaan jeti ini.Kayu sudah reput,
menunggu mangsa jatuh ke dalam sungai.


YB Gwee dan YB Dr Mohammad bersama nelayan di atas jeti yang uzur 
dan berisiko tinggi.

 
Kelihatan YB Dr Mohammad berdialog dengan para nelayan.

 YB Dr Mohammad dan YB Gwee tekun mendengar rintihan para nelayan.

Berita di atas tersiar dalam akhbar Sin Chew Jit Poh,Nanyang Siang Pau, China Press dan Oriental Daily News pada hari Khamis, 9 Disember 2010.






0