BANGUNAN UMNO BAKRI - JALAN BENTAYAN


ISU BANGUNAN UMNO BAHAGIAN BAKRI MENJADI PERTELAGAHAN HANGAT DI ANTARA ADUN BENTAYAN DAN ADUN BUKIT NANING DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR BULAN NOVEMBER-DISEMBAR 2010 YANG LALU.

IKUTI VERBATIM/ UCAPAN MEREKA DALAM DEWAN NEGERI JOHOR.

 Bangunan UMNO Bahagian Bakri di Bulatan Bakri - kebanggaan UMNO ?


 Perhatikan lambang keris di atas bangunan ini.Menurut pakar  feng sui,
kedudukan keris ini boleh menikam diri sendiri.Wallahu a'lam.


Bangunan bersebelahan ini juga kepunyaan UMNO (kata ADUN Bukit Naning)
untuk disewa sahaja, bukan untuk dijual.Khabarnya ADUN Bentayan bercadang untuk menyewa
lot tepi sekali bangunan diatas untuk Bilik Gerakan Pilihanraya DAP Bakri !



Teks Ucapan YB Gwee Tong Hiang dalam Perbahasa Bajet Negeri Johor 2011 dalam Dewan Negeri Johor: 

YB Dato’ Speaker

Tapak Bangunan UMNO Bahagian Bakri

Tapak Bangunan UMNO Bahagian Bakri yang telah didirikan dengan sederet 11 buah kedai 3 tingkat dan bangunan UMNO Bahagian Bakri, Muar yang telah diluluskan pada 14 Mei 2010.

Siapakah pembeli/pemilik berdaftar untuk 11 buah kedai-kedai 3 tingkat yang baru dibina dan nyatakan berapakah jumlah nilai harga sesebuah kedai tersebut?

Mengapakah MPM meluluskan bangunan dan deretan kedai tersebut walaupun di bahagian belakang deretan dan bangunan kedai tersebut, rezab jalannya adalah amat sempit malahan bersebelahan dengan Sungai Bentayan?

Untuk pengetahuan Dewan yang Mulia ini, diseberang Sungai Bentayan sana pula terdapat Pusat Penjaja Bentayan dimana rangka bangunan tersebut juga dibina sehingga ke tebing Sungai Bentayan!

Apakah yang akan terjadi sekiranya pihak JPS ingin membersihkan sungai tersebut?

Dengan lorong belakang yang amat sempit, Bentayan berpendapat jentera-jentera JPS tidak dapat menjalankan keja-kerja pembersihan mereka dengan sempurna!

Maka sekiranya lorong tersebut tidak dapat dilalui oleh jentera JPS adakah bangunan sedia ada perlu dirobohkan untuk kerja-kerja pembersihan Sungai Bentayan?

Disini Bentayan ingin bertanya kepada Pihak Kerajaan apa mekanisma yang akan digunakan untuk membersihkan Sungai Bentayan, adakah pihak JPS akan mencipta jentera JPS berbentuk HELIKOPTER kerana tiada laluan masuk untuk jentera-jentera berat ke kawasan tersebut!

 
YB Dr Mohammad dan YB Gwee di simpang Jalan Bentayan-Bulatan Bakri
di mana Bangunan UMNO Bakri dibina.Jalan ini akan dijadikan jalan dua hala.

YB Dato’ Speaker

Hala Menuju Ke Jalan Bentayan, Muar

Bentayan menerima aduan daripada para peniaga dan penduduk di Jalan Bentayan, Muar mengenai penukaran sistem lalu lintas oleh pihak MPM ke atas jalan tersebut!

Para perniaga yang menjalankan perniagaan di sana telah merunggut bahawa perniagaan mereka telah merosot sehingga 50% kerana ramai pelanggan dari luar susah hendak mencari jalan masuk ke Jalan Bentayan.

Pada masa kini pihak MPM telah memasang 2 papan tanda untuk menunjukkan hala yang betul ke Jalan Bentayan iaitu satu di Jalan Abdullah dan satu lagi di Jalan Lama tetapi nampaknya ramai yang masih sesat untuk mencari jalan tersebut!

Bentayan berharap Pihak MPM dapat menyelesaikan perkara tersebut dengan kadar segera agar para peniaga di kawasan tersebut dapat menjalankan aktiviti perniagaan mereka seperti sedia kala!

Ucapan balas YB Dato' Abdullah Ali,ADUN Bukit Naning:
 pada 23 November 2010 dalam Persidangan yang sama:

YB Dato Speaker,

Saya juga hendak respons kepada beberapa perkara yang diungkit oleh YB Bentayan.Saya nak bagi amaran,mulut jangan celupar sangat  ya. (Dewan bertepuk). Terutamanya ialah mengenai isu yang agak sensitif yang membangkitkan Majlis Perbandaran Muar dan UMNO.Apasal dia ni nak sibuk-sibuk nak ambil tahu fasal rumah UMNO ? Itulah satu-satunya bangunan milik UMNO...Yang bermakna milik Melayu.Kalau dia bangkit lagi,menunjukkan dia ni seorang yang racist.

YB En Gwee Tong Hiang (Bentayan) : YB Dato' Speaker,menurut Peraturan 45, 13 (a), mendatangkan sangkaan-sangkaan yang tak baik kepada seorang Ahli lain.

YB Dato Timbalan Speaker : Yalah,Yang Berhormat sebut....


YB En Gwee Tong Hiang : Yang tanah itu ialah tanah kerajaan.Tanah itu tanah kerajaan.Pihak UMNO Bakri hanya membayar premium RN23,240.00 sahaja. Sepatutnya kita dirikan itu ialah bangunan untuk bangunan rakyat.

YB Datuk Timbalan Speaker : Yang itu Yang Berhormat, itu kerajaan yang buat keputusan,berapa bayaran, dia dah bayar, Yang Berhormat tak boleh pertikaikan.

YB En Gwee Tong Hiang : Adakah...

YB Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat,jemput duduk.

YB En Gwee Tong Hiang : Adakah pihak  yang lain boleh pohon macam itu ?

YB Datuk Timbalan Speaker : YB Bentayan,jemput duduk.

YB Datuk Hj Abdullah bin Md Ali (Bukit Naning) : Yang Berhormat, yang ini tak ada kena mengena dengan premium ke apa.Ini ada hak dan ini yang telah di berikan oleh kerajaan kepada UMNO.

YB En Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Bolehkah persatuan -persatuan mohon tanah-tanah kerajaan ? Melalui ADUN Bentayan ke yang mohonkan ? 

YB Datuk Timbalan Speaker : YB,itu keputusan kerajaan.Rakyat boleh memohon.Persatuan ke Pertubuhan boleh mohon, terpulang kepada kerajaan.Kalau Kerajaan nak luluskan , dan setuju,kena terimalah.Jemput bukit Naning.

YB Datuk Hj Abdullah Bin Md Ali (Bukit Naning) ; YB Datuk Speaker,saya rasa YB tak perlu ungkit.Kerana pembinaan rumah UMNO memenuhi syrat-syarat kelulusan yang telah diperaku dan diluluskan oleh jabatan-jabatan yang berkaitan.Dia orang tu semuanya yang berkelayakan profesional. Kenapa hendak dipertikai? Kasihanlah saya tengok YB Bentayan ini.Nampak sangat yang pemikirannya cetek dan mindanya katik.

YB En Gwee Ton Hiang (Bentayan) : Kawasan Bangunan Bakri itu ialah di dalam DUN Bentayan.So,memang hak saya menuduh sebab jalan belajkang, jalan lorong belakang itu sempit.

YB Datuk Timbalan Speaker : YB, itu terpulang. Nanti kerajaan boleh jawab. Jemput Bukit Naning.

YB Datuk Hj Abdullah bin Md Ali (Bukit Naning) : Terima kasih 
YB Datuk Speaker. Saya merasa kasihan sangatlah dengan Datuk,apa ni, YB Bentayan ni. Dia mempertikaikan dari segi, bagaimana JPS nak cuci parit dan longkang di belakang rumah UMNO dan Sungai Bentayan. Sampai nak gunakan jentera atau mencipta jentera semacam helikopter. Takkanlah begitu sekali. Saya nak bagi tahulah kepada YB, bahawa kerja-kerja untuk pembersihan ini, memang dah jadi kerja lumrah pada pihak JPS.Dia tahu apa nak buat kerja,tak payah nak bawa helikopter untuk membersihkan sungai itu.
..........................................................................
YB Datuk Speaker, sebenarnya wakil Bentayan ni tak faham. Oleh kerana sayalah satu-satunya Wakil Rakyat daripada Kerajaan Barisan Nasional yang mewakili Bakri. Kerana kebetulan Parlimen Bakri diwakili oleh rakan saudara.Dan Parlimen Bentayan saudara sendiri. ADUN Bentayan saudara  sendiri sementara Sungai Abong oleh wakil PAS,pembangkang juga. Jadi,saya terpaksa merangkumi keseluruhan Bakri.Dan saya seorang sahaja yang survive dalam pemilihan yang lepas. (Dewan Ketawa).

YB Datuk Timbalan Speaker : OK,masa cukup YB, Bukit Naning, masa cukup.

YB Datuk Hj Abdullah bin Md Ali (Bukit Naning) : YB Datuk Pengerusi, Datuk Speaker, saya nak bagi tahu YB ni, kalau kita tak jual ya, UMNO tak jual ya, UMNO tak jual kedai dan juga bangunan UMNO ni. Kita sewakan sahaja. Siapa nak sewa dan mampu, bolehlah sewa. Untuk makluman YB, masih banyak lagi ruang-ruang kedai yang kosong. Kalau YB nak sewa, nak buka pusat khidmat di situ, tak ada masalah, asal sanggup bayar...
..
YB En Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Buat bilik gerakan nanti Parlimren Bakri kat sana.

YB Datuk Hj Abdullah Md Ali (Bukit Naning) : Apa nak lagi ni ?

 YB Datuk  Timbalan Speaker : YB Bentayan,jemput duduk.

YB Datuk Hj Abdullah Md Ali: (Bukit Naning): Eh, duduklah..


YB Datuk Timbalan Speaker: Yang Berhormat.....


YB Datuk Hj Abdullah bin Md Ali (Bukit Naning) : Apa lagi yang tak puas? Kalau nak beli, kita tak boleh, kita tak benarkan beli ya. Itu tak boleh. ......


APA PULA KATA KETUA UMNO BAHAGIAN BAKRI ?


3 Januari 2010 – Kunjungan mesra UMNO Bahagian Bakri diteruskan selepas daripada perjumpaan di DUN Bentayan, 3 kawasan telah ditetapkan iaitu di Dewan Serbaguna KKTDI 2, Dataran Kampung Parit Ulu dan Balairaya Parit Keroma Jalan Dato’ Haji Kosai. Lebih 600 orang telah menghadiri perjumpaan yang diketuai oleh Dato’ Saipolbahari bersama kepimpinan UMNO Bahagian Bakri.
.
Di dalam ucapan Ketua UMNO Bahagian Bakri menyatakan UMNO Bahagian Bakri mempunyai asset sebanyak RM 7.5 juta iaitu nilai bangunan UMNO di Bakri Batu 1 yang akan dimiliki oleh ahli-ahli UMNO Bakri, ucapan terima kasih kepada ketua-ketua cawangan yang menggerakkan cawangan, sebagai ibu bapa kita perlu mengambilkira padangan anak-anak yang merupakan asset keluarga, bersama-sama berusaha merampas kembali kerusi di DUN Sungai Abong, 



SUMBER : Posted by MOHD RADZI BIN HJ. AMIN at 8:27 AM
 






0