MASALAH PARKIR HOSPITAL MUAR
Posted in: ADUAN RAKYAT, hospitalRuang parkir hospital terhad
MUAR – Kekurangan ruang parkir di sebuah hospital di bandar ini nyata membebankan orang awam untuk berurusan terutamanya membabitkan kes-kes kecemasan.
Mereka mendakwa masalah itu seperti tiada penyelesaiannya sehingga menyebabkan orang awam yang ingin melawat pesakit terpaksa mengambil masa yang agak lama semata-mata mencari ruang parkir yang kosong.
Orang awam, Mohd Farid Muhammad, 26, berkata, situasi itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pelawat.
Menurutnya, lebih mendukacitakan apabila ramai pengunjung terpaksa berulang kali melakukan pusingan disekitar kawasan parkir tetapi masih tidak menjumpai ruang parkir yang kosong.
“Terdapat bahagian parkir yang tidak berturap, berlopak dan menjadi tempat takungan air selepas hujan memberikan rasa tidak selesa kepada pengunjung.
“Saya meminta pihak berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya supaya masalah ini dapat diatasi dengan berkesan,” katanya kepada Sinar Harian.
Berikutan menerima banyak rungutan daripada orang awam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tong Hiang untuk turun padang meninjau situasi sebenar yang berlaku.
Menurutnya, ketika berada di sana mereka dapat melihat keadaan sebenar seperti mana rungutan yang diterima daripada orang awam dan keadaan ruang parkir penuh sesak pada jam 1 petang yang merupakan waktu melawat pesakit.
“Isu ini telah dipanjangkan dalam Persidangan Dewan Negeri Johor (Bajet 2011) yang lalu dan jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat Dan Kesihatan Johor, Dr Robia Kosai ialah kerajaan mengambil langkah jangka pendek dan panjang bagi mengatasi kekurangan tempat letak kereta di hospital berkenaan.
“Sebagai langkah jangka pendek, hospital ini bercadang untuk merobohkan bangunan lama JKR 290 iaitu wad 9 lama yang tidak digunakan lagi. Ruang-ruang kosong itu boleh menempatkan sebanyak 50 buah kenderaan dalam satu-satu masa.
“Untuk jangka masa panjang, hospital telah memohon projek parkir bertingkat bagi Projek Ambulatory Call Centre dalam Rancangan Malaysia Ke-9 dan Ke-10,” katanya.
Hadir sama, ADUN Maharani, Dr Mohamad Taslim.
Pihaknya berharap masalah itu dapat diatasi segera demi keselesaan bersama.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8567866.asp
Sinar Harian Khamis 30 Disember 2010
Berita ini telah disiarkan dalam semua akhbar utama China pada 10 dan 11 Disember 2010.
Johor Bharu
Batu Pahat
Kota Tinggi
Kluang
Pontian
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2010
(259)
-
▼
Disember
(19)
- MASALAH PARKIR HOSPITAL MUAR
- JCorp - THE LATEST DEVELOPMENT
- HARI TANPA PLASTIK
- BANTUAN PERSEKOLAHAN DUN MAHARANI 2011
- BANTUAN PERSEKOLAHAN DUN SUNGAI BALANG 2011
- DANA JOHOR - PELABUR KENA SAMAN BANK
- PROGRAM BANTUAN PERSEKOLAHAN DUN MAHARANI 2011
- CERAMAH PAKATAN RAKYAT PARLIMEN MUAR
- HASIL ARAK NEGERI JOHOR DAN HASIL JUDI NEGARA
- HUTANG JCorp RM3.6 BILION
- KADAR BARU KOMPAUN SAMAN TRAFIK -TARIKH TUTUP
- BANGUNAN UMNO BAKRI - JALAN BENTAYAN
- NISA' MUAR HI-TEA 2010
- KEDAULATAN MELAYU
- ADUAN RAKYAT - MASALAH NELAYAN BENTAYAN
- KETUANAN MELAYU - TINDAKAN ISA ?
- VERBATIM UCAPAN YB SUNGAI ABONG DALAM PERBAHASAN B...
- TARIF BARU AIR JOHOR - SUDAHKAH KAH ANDA SEMAK BI...
- PUSAT e-DESA DITUTUP - MENTERI BESAR JOHOR
-
▼
Disember
(19)
0