TARIF BARU AIR JOHOR - SUDAHKAH KAH ANDA SEMAK BIL AIR BULAN NOVEMBER ?


TARIF AIR SAJ HOLDINGS S/B DAHULU........
(Dahulu PEMBERITAHU !)

PEMBERITAHU


Kategori Pengguna
Kadar (m3)
Harga bagi
satu bulan (RM)
Bayaran Minima
Satu bulan /sebahagian
daripadanya (RM)
1. Rumahtangga
  0 - 15
16 - 30
31 -  45
46 -100
     >100
0.38
1.31
1.82
2.20
2.23
 4.00
2.Perdagangan
 0 – 20
     >20
2.22
2.96
18.48
3. Bangunan      
    Kerajaan
Purata
2.13
 9.24
4. Kapal-kapal
Purata
5.20
-
6..Ladang-ladang
Purata
1.14
-
7. Pangsapuri
   (Meter Pukal).
Purata
1.18
 4.00

TARIF AIR SAJ HOLDINGS S/B SEKARANG.........
(Sekarang KENYATAAN !)

KENYATAAN


Jenis Kegunaan (kod tarif)
Kadar tiap-tiap satu meter
Pada (sebulan) RM
Kadar Minimum (setiap bulan atau sebahagian daripadanya) RM
 Domestik (1)
0 m3  hingga 20 m3             0.60
Lebih 20 m3 hingga 35 m3  1.65
Lebih 35 m3                         2.96
            5.00
 Komersial (2)
0 m3 hingga 35 m3              2.60
Lebih  35 m3                        2.96
           25.00
 Kerajaan  (3)
Kadar rata                      2.80
           25.00
Perkapalan (4  & 5)
Kadar rata                      7.00
           30.00
Kuarters Estet – Pukal (6)
Kadar rata                      1.15
           10.00
Rumah Pangsa – Pukal (7)
Kadar rata                      1.35
           15.00

________________________________________________________________________________

INILAH KENYATAAN SAJ HOLDINGS SDN BHD BARU BARU INI
Pelarasan tarif air Johor

JOHOR BAHRU - SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ Holdings), operator bekalan air di negeri ini semalam mengumumkan pelarasan tarif air berkuat kuasa 1 November ini bagi seluruh Johor sebagaimana yang diluluskan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Holdings, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, pelarasan itu tidak membebankan pengguna di negeri ini di mana kenaikan bil air kepada pengguna-pengguna majoriti adalah purata RM1.85 sebulan sahaja. 

Bagaimanapun ia mempunyai elemen-elemen bagi menggalakkan penjimatan penggunaan air di kalangan pengguna sambil mengekang pembaziran air yang melampau.

“Pelarasan ini juga dapat memenuhi peningkatan kos operasi bekalan air yang meningkat serta untuk membina aset baru yang akan membantu SAJ Holdings untuk menyediakan bekalan air yang berterusan dan berkualiti kepada rakyat Johor.

“Di samping itu, selepas pelarasan ini dilaksanakan, pengguna berhemah  yang menggunakan hanya 20,000 liter air sebulan akan mendapat penjimatan 25 sen sebulan daripada bil bulanan asal mereka, iaitu bayaran pada RM12.25 pada kadar tarif lama kepada RM12.00 pada kadar tarif baru ini untuk 20,000 liter. 
Bagi pengguna yang menggunakan 25,000 liter air sebulan pula, peningkatan bil bulanan adalah amat minima iaitu sebanyak RM1.45 sahaja,” katanya.

Menurut Abdul Wahab lagi, dengan pelarasan ini juga sebagai program tanggungjawab korporatnya dalam memberi rebat-rebat percuma bagi golongan miskin tegar dan miskin.

Golongan miskin tegar katanya, akan menerima rebat percuma air sebanyak 20,000 liter sebulan manakala golongan miskin diberikan rebat percuma sebanyak 10,000 liter sebulan. 
Golongan ini dikenal pasti melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA). Program ini juga adalah salah satu dari inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk memberi bantuan kepada golongan miskin dan miskin tegar.

“Pelarasan ini sudah melalui beberapa forum perbincangan sebelum ianya diputuskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan seterusnya direstui pihak Kerajaan Negeri dan pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA),” katanya.

Pelarasan tarif itu juga mewajarkan pulangan yang setimpal bagi memperbaiki perkhidmatan SAJ Holdings kepada pelanggan-pelanggannya serta untuk berdaya maju dalam jangka masa yang panjang ke arah kemampanan jangkapanjang dalam industri.

Ini bermakna instalasi bekalan air di negeri ini harus terus dibangunkan dan pembangunan itu berupaya menyediakan perkhidmatan bekalan air yang berdaya maju untuk kesejahteraan orang ramai.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8349616.asp

SILA SEMAK BIL AIR ANDA UNTUK BULAN NOVEMBER 2010 BERI ULASAN ANDA DI SINI SEBELUM TINDAKAN SELANJUTNYA DIAMBIL.

 Inilah  hasil penyerahan SAJ Holdings Sdn Bhd kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
sekaligus menyelesaikan  masalah hutang SAJ kepada Kerajaan Persekutuan yang digerenti oleh Kerajaan Johor ! 
________________________________________________________________________________

  Tarif Air

Speak
Turutan Tarif Air Domestik Tahun 2009

Kadar Air (Domestik) 2009
Negeri / Kawasan
Tahun
Purata Tarif Air (RM/m³)
Turutan
PULAU PINANG
2001
0.31
1
TERENGGANU
1997
0.52
2
KEDAH
1993
0.53
3
KELANTAN
2001
0.55
4
SARAWAK1
1984
0.56
5
PERLIS
1996
0.57
6
PAHANG
1993
0.57
6
BINTULU
1995
0.61
7
SARAWAK2
1992
0.62
8
NEGERI SEMBILAN
2002
0.68
9
MELAKA
2005
0.72
10
PERAK
2006
0.73
11
SELANGOR
2006
0.77
12
LABUAN
1982
0.9
13
SABAH
1982
0.9
13
JOHOR
2007
0.98
14
PURATA NASIONAL
0.65

Nota :
Purata tarif air domestik bagi 35 meter padu yang pertama
Lajur “Tahun” menunjukkan tarikh terkini tarif air yang disemak mengikut negeri/ kawasan.
Sarawak1 – JKR Sarawak
Sarawak2 – Sibu, Kuching, Sri Aman, Limbang, Sarikei, Kapit
Turutan Tarif Air Industri Tahun 2010
Tarif Air (Industri) 2010
Negeri / Kawasan
Tahun
Purata Tarif Air (RM/m³)
Turutan
SABAH
1982
0.9
1
LABUAN
1982
0.9
1
PULAU PINANG
2001
0.94
2
SARAWAK2
1992
1.06
3
TERENGGANU
1997
1.12
4
SARAWAK1
1984
1.19
5
KEDAH
1993
1.2
6
BINTULU
1995
1.21
7
KELANTAN
2001
1.25
8
PERLIS
1996
1.3
9
PAHANG
1983
1.45
10
MELAKA
2005
1.47
11
NEGERI SEMBILAN
2002
1.59
12
PERAK
2006
1.6
13
SELANGOR
2006
2.27
14
JOHOR
2003
2.93
15
PURATA NASIONAL
1.32

Nota :
Purata tarif air industri bagi 500 meter padu yang pertama
Lajur “Tahun” menunjukkan tarikh terkini tarif air yang disemak mengikut negeri/kawasan.
Sarawak1 – JKR Sarawak
Sarawak2 – Sibu, Kuching, Sri Aman, Limbang,Sarikei,Kapit    
   

(Sumber: SPAN)



 Johor,kadar tarif air domestik teratas !


SILA BUAT ANALISA SENDIRI.
FAKTA TELAH DISEDIAKAN .









0