KEDAULATAN MELAYU
Posted in: KEDAULATAN MELAYU. PAS, sinar harianKesedaran orang Melayu penting
SENAI - Kesedaran orang Melayu mengenai ketuanan dan kedaulatan Melayu sangat penting supaya hak-hak mereka tidak terus terhakis dan semakin berkurangan.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Atan Gombang berkata, hak-hak ketuanan Melayu kini sudah tidak seperti dulu sebagaimana yang telah termaktub di dalam perlembagaan negara ini.
Menurutnya, segala keistimewaan orang Melayu kini terhakis tanpa disedari semua pihak, oleh itu kesedaran daripada orang Melayu sendiri amat penting supaya hak-hak mereka tidak terus hilang.
“Bukan setakat keistimewaan orang Melayu sahaja yang terhakis, malah kekebalan raja-raja Melayu juga kian berkurangan.
“Apakah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri dengan kerajaan 1Malaysianya itu. Di manakah hak-hak orang Melayu di dalam 1Malaysia yang sering dibanggakan,” katanya.
Beliau berkata, keistimewaan orang Melayu yang ada sebelum ini seperti biasiswa bagi anak-anak orang Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading pada masa kini sudah tiada bahkan beban mereka bertambah apabila terpaksa membuat pinjaman dan menjadi hutang selepas tamat pengajian.
Katanya, orang Melayu perlu bangkit dan sedar apa yang berlaku sekarang dan perlu juga mengetahui di mana puncanya semua perkara ini terjadi.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Muar, Dr Mohamad Taslim berkata, isu ketuanan Melayu ini perlu dirujuk dengan perlembagaan yang telah termaktub sejak zaman kemerdekaan lagi.
Menurutnya, bagaimanapun keistimewaan bagi orang bukan Melayu tidak dinafikan bahawa mereka juga mempunyai hak-hak tersendiri.
“Kita perlu memperkasakan lagi keistimewaan orang Melayu supaya masalah yang kita terlepas pandang seperti hak-hak anak orang Melayu mendapatkan biasiswa akan dapat diatasi dengan segera.
“Tanpa keistimewaan tersebut, anak orang Melayu tidak akan mampu untuk melanjutkan pelajaran mereka di menara gading selain membuat pinjaman yang akan mendatangkan beban kepada mereka kelak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Beliau berkata, titah Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan rakyat agar bermuhasabah diri berkenaan isu tersebut adalah tindakan yang baik.
Katanya, kesedaran rakyat amat penting agar ketuanan dan kedaulatan Melayu akan terus terpelihara.
Menurutnya, masalah yang timbul mengenai isu tersebut boleh diatasi dengan memperkasakan hak dan keistimewaan orang Melayu yang dikatakan terhakis berikutan biasiswa orang Melayu.
Menurutnya, apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan perlu diteruskan dan tidak perlu dipertikaikan mana-mana pihak. Jika terdapat sebarang masalah yang timbul, penyelesaian segera perlu dilakukan supaya ia tidak terus berlanjutan.
Ketuanan Melayu perlu diperjelas
Kain rentang suara bantahan 4 dalam 1
Pekerja perlu ada caruman Perkeso
Kesedaran orang Melayu penting
Kain rentang suara bantahan 4 dalam 1
Pekerja perlu ada caruman Perkeso
Kesedaran orang Melayu penting
SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8502951.asp
sinar harian Jumaat 10 Disember 2010
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2010
(259)
-
▼
Disember
(19)
- MASALAH PARKIR HOSPITAL MUAR
- JCorp - THE LATEST DEVELOPMENT
- HARI TANPA PLASTIK
- BANTUAN PERSEKOLAHAN DUN MAHARANI 2011
- BANTUAN PERSEKOLAHAN DUN SUNGAI BALANG 2011
- DANA JOHOR - PELABUR KENA SAMAN BANK
- PROGRAM BANTUAN PERSEKOLAHAN DUN MAHARANI 2011
- CERAMAH PAKATAN RAKYAT PARLIMEN MUAR
- HASIL ARAK NEGERI JOHOR DAN HASIL JUDI NEGARA
- HUTANG JCorp RM3.6 BILION
- KADAR BARU KOMPAUN SAMAN TRAFIK -TARIKH TUTUP
- BANGUNAN UMNO BAKRI - JALAN BENTAYAN
- NISA' MUAR HI-TEA 2010
- KEDAULATAN MELAYU
- ADUAN RAKYAT - MASALAH NELAYAN BENTAYAN
- KETUANAN MELAYU - TINDAKAN ISA ?
- VERBATIM UCAPAN YB SUNGAI ABONG DALAM PERBAHASAN B...
- TARIF BARU AIR JOHOR - SUDAHKAH KAH ANDA SEMAK BI...
- PUSAT e-DESA DITUTUP - MENTERI BESAR JOHOR
-
▼
Disember
(19)
0