KADAR BARU KOMPAUN SAMAN TRAFIK -TARIKH TUTUP


PENGUMUMAN : Kadar Baru Kompaun Saman Trafik

by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday, November 30, 2010 at 2:12pm
 
________________________________________________________________________________
 Tarikh Tutup Diskaun Saman 50 Peratus
Orang ramai sekarang asyik serbu balai polis je sekarang sebab takut tak sempat bayar saman, bila tarikh tutup diskaun bayar saman 50 %/ tu? Sabar sabar jangan gabra jangan panik. Dalam berita di Utusan pagi ni, PDRM menjelaskan orang ramai  yang memiliki saman sebelum 1 Disember lalu, berpeluang menikmati kadar munasabah dengan insentif 50 peratus diskaun tanpa had masa. 

Sekiranya saman tersebut gagal dijelaskan sehingga 28 Februari ini, nama mereka akan disenaraihitamkan, namun tetap boleh menikmati insentif 50 peratus jika ingin membayarnya selepas itu.


Bagi saman diperoleh mulai 1 Disember pula, pesalah trafik boleh mendapatkan insentif itu sekiranya menyelesaikan bayaran saman dalam tempoh 30 hari daripada tarikh saman dikeluarkan.

Pesalah trafik akan memperolehi insentif 50 peratus diskaun sekiranya membayar saman dalam tempoh 15 hari daripada tarikh saman dikeluarkan.

Insentif 30 peratus diskaun pula akan diberikan kepada mereka jika menyelesaikan saman selepas 15 hingga 30 hari dari tarikh saman dikeluarkan.

Bagaimanapun selepas tarikh itu, pesalah trafik akan diminta membayar saman pada tawaran sebenar selama sebulan dan jika masih gagal, nama mereka akan disenaraihitamkan.

Maklumat daripada Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Nor (dalam Utusan Malaysia , Isnin 13 Disember 2010)
 
           

0