TEKS UCAPAN PERBAHASAN BAJET NEGERI JOHOR 2011 OLEH ADUN MAHARANI
Posted in: Dewan Negeri Johor, ucapan bajet 2011OLEH:
Y.B. DR MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI (PAS)
DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI JUMAAT 19 NOVEMBER 2010
Assalamualaikum .......dan Selamat Sejahtera.
Bismillah.........
Selawat......……
YB Dato’ Speaker,
Maharani mengucapkan syukur ke hadrat Allah subhanallahu wataala dan terima kasih kepada YB Dato Speaker kerana diberi peluang membahaskan Bajet Negeri Johor Darul Takzim 2011.Mungkin ini Bajet terakhir sebelum PRU ke 13 ! Tahniah kepada YAB Menteri Besar Johor yang dapat membentangkan ucapan Bajet surplus sebanyak RM2.77 juta. Maharani mendoakan agar Bajet ini terus surplus sehingga akhir tahun 2011.
YB Dato Speaker,
SUMBER KEWANGAN NEGERI:
YAB Menteri Besar menyebut di akhir ucapannya ‘semoga segala usaha ini mendapat keberkatan dan perlindungan Allah serta diberi petunjuk dan hidayah-Nya untuk mencapai tahap negeri yang dilimpahi kebaikan dan beroleh naungan serta keampunan-Nya”. Amin…
Allah berfirman maksudnya :’Dan kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa,nescaya kami bukakan untuk mereka keberkatan dari langit dan bumi,tetapi mereka berdusta/berbohong,lalu Kami bertindak ke atas mereka dengan sebab apa yang mereka usahakan’.
Islam mewajibkan sumber yang halal dan diambil dengan cara yang adil.Maharani mencadangkan supaya hasil negeri diasingkan diantara halal dan hasil judi,arak dan riba.
1
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 219 bermaksud ‘ Mereka bertanyakan kamu berkenaan arak dan judi.Katakan kepada mereka, pada keduanya dosa yang besar dan beberapa manafaat kepada manusia, namun dosa kedua-duanya lebih besar daripada manafaat yang dihasilkan’.
YB Dato Speaker,
Maharani menyokong penghargaan yang diberi oleh YAB Menteri Besar di atas ‘komitmen para pegawai dan kakitangannya dalam menjalankan tugas serta peka dengan tanggungjawab masing-masing’.Penghargaan sahaja tidak memadai.Maharani cadangkan mereka diberi bonus satu bulan gaji sekurang-kurangnya.
YB Dato Speaker,
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009
Maharani ingin menarik perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat kepada Laporan Ketua Audit Negara Negeri Johor Tahun 2009:
"Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Johor pada akhir tahun 2009 dilaporkan pada tahap MEMUASKAN" tetapi pehatikan:
Defisit Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2009 bertambah RM78.68 juta (19.4%) – iaitu daripada RM405.37 juta (tahun 2008) kepada RM484.05 juta (tahun 2009).
Ini adalah kerana di antaranya Kutipan Hasil pada tahun 2009 menurun 7.6% (RM32.76 juta ) iaitu dari RM812.36 juta (2008) kepada RM750.42 (2009).
Untuk meningkatkan hasil pendapatan kerajaan negeri Maharani mencadangkan:
1. Pelaksanaan 'Tender Terbuka’ yang telus untuk mengujudkan persaingan sihat.Kerajaan Kedah berjaya meningkatkan pendapatan kerajaan negeri melebihi 200% dengan melaksanakan sistem tender terbuka (Lihat Laporan Ketua Audi Negara 2008).
2. Mengambil tindakan yang lebih berkesan (seperti disarankan oleh Ketua Audit Negara) untuk mengutip tunggakan hasil yang meningkat dari RM156.18 juta (2008) kepada RM177.32 juta (tahun 2009) iaitu 13,5%.
Jenis Tunggakan Hasil | 2007 (Juta) | 2008 (Juta) | 2009 (Juta) | |
1 | Cukai Tanah | 76.96 | 79.18 | 97.18 |
2 | Sewa & Sewa Beli Rumah | 42.11 | 42.44 | 40.94 |
3 | Hasil Penswastaan | 17.62 | 17.01 | 16.95 |
4 | Hasil Lain | 16.78 | 17.55 | 22.25 |
Jumlah | 153.47 | 156.18 | 177.32 |
3. Mengutip tuggakan pinjaman daripada agensi-agensi negeri sejumlah RM1,115.52 juta.
Bil. | Agensi | 2007(RM juta) | 2008 (RM juta) | 2009 (RM juta) |
1 | Syarikat Air Johor SB | 597.50 | 597.50 | 597.50 |
2 | Perbadanan Johor | 66,62 | 83.73 | 79.42 |
3 | Pihak Berkuasa Tempatan | 5.56 | 5.46 | 5.36 |
4 | Yayasan Pelajaran Johor | 3.02 | 2.52 | 2.52 |
5 | Johor Special Water SB | 0.00 | 159.72 | 430.72 |
Jumlah | 672.70 | 848.93 | 1,115.52 |
4. Mengelakkan daripada melaksanakan projek yang dibuat tanpa kajian terperinci dan pemantauan terhadap pelaksanaannya seperti Projek Pusat Internet e-Desa satu projek penswastaan yang ditandatangani pada November 2002 .
Pembangunan 40 Pusat e-Desa siap sepenuhmnya pada Januari 2006.Keseluruhan kos pembangunan *usdat ini ialah RM1.97 juta.Pusat e-Desa ini mengalami pelbagai masalah diperingkat pelaksanaan menyebabkan 95% Pusat ini ditutup/tidak beroperasi pada akhir tahun 2009.
ARKIB : 02/12/2010 UTUSAN MALAYSIA
ARKIB : 02/12/2010 UTUSAN MALAYSIA
Pusat e-Desa ditutup akibat banyak masalah, kos tinggi
NUSAJAYA 1 Dis. - Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor memutuskan untuk menutup kesemua 40 Pusat e-Desa di negeri ini pada Mei lalu kerana pihak pengurusannya menghadapi pelbagai masalah selain berdepan dengan kos operasi dan penyelenggaraan yang tinggi iaitu lebih RM3 juta sebulan.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman menjelaskan, antara masalah yang dihadapi ialah sukar mendapatkan pekerja bagi menyelia pusat tersebut, kos baik pulih tinggi, masalah bangunan dan komputer dicuri.
"Kos operasi pula memerlukan RM93,520 dan kos penyelenggaraan RM2.9 juta sebulan. Kos ini termasuk sewa talian Internet, bil elektrik, elaun penyelia dan sebagainya.
"Di samping itu, peruntukan RM2.9 juta juga diperlukan untuk beli peralatan komputer, kelengkapan pejabat baru serta kerja pengubahsuaian bangunan," katanya pada sesi penggulungan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Dr. Mohamad Taslim (Pas-Maharani) berkenaan status Pusat e-Desa di seluruh negeri yang dilaksanakan sebelum ini.
Abdul Ghani berkata, faktor lain yang menyebabkan pusat tersebut terpaksa ditutup ialah sambutan dingin penduduk setempat.
Menurutnya, persaingan dengan banyak kafe siber dan premis yang menawarkan khidmat itu tidak jauh dari pusat tersebut juga menjadi sebab utama ia ditutup.
Jelasnya, dengan keupayaan komputer di kafe siber yang lebih baik, ia secara tidak langsung mempengaruhi sambutan penduduk terutama generasi muda untuk datang ke Pusat e-Desa.
"Tambahan pula, kementerian lain melalui agensi masing-masing telah membangunkan pusat seumpama Pusat e-Desa. Ada di antaranya dekat dengan lokasi Pusat e-Desa," katanya.
Sebelum ini, jelasnya, terdapat beberapa Pusat e-Desa yang terpaksa ditutup ketika banjir besar melanda pada awal 2006 dan hujung 2007.
Katanya, banjir itu mengakibatkan kerosakan teruk pada bangunan, perkakasan komputer, perabot, pendawaian elektrik dan rangkaian.
Beliau berkata, pusat itu mula ditubuhkan pada 2002 bertujuan merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.
Fungsinya sebelum ini, katanya, adalah sebagai pusat sumber, latihan, pusat penyebaran maklumat, pusat aduan dan pusat rangkaian khidmat kerajaan secara talian.
YB Dato Speaker,
MAJLIS PERBANDARAN MUAR:
Maharani ingin menyambung sedikit apa yang telah disampaikan oleh YB Bentayan dalam perbahasan tempoh hari.
Laporan audit ini walaupun menjurus kepada MPM,tidak bermakna PBT yang lain boleh tidur lena.Maharani yakin masalah yang dihadapi oleh MPM adalah universal merujuk kepada PBT lain dalam negeri Johor ini.
1. Muar mempunyai Stadium baru yang moden tetapi malangnya 4 buah lampu limpahnya tidak berfungsi,bermakna tiada aktiviti malam yang boleh dijalankan.Dahulu sebelum di naiktaraf rakyat biasa boleh berlari keliling padang stadium,sekarang out of bound kepada rakyat biasa.ADUN pun belum berpeluang menyewa stadium tersebut dengan kadar yang berpatutan.
2. Masalah pencerobohan Tapak Kemudahan Awam:
40.3% diceroboh oleh orang awam – bercucuk tanam,bina garaj,bina bangsal.Undang-Undang Kecil Taman (MDMS) 1987 ada tetapi tidak dikuatkuasakan.
3. Tapak Kemudahan Awam Untuk Pusat Kejiranan Tidak Mencukupi:
Jabatan perancangan Bandar dan Desa menetapkan pemaju hendaklah merizabkan 10% daripada keluasan tapak pembangunan sebagai kawasan lapang.
Namun tapak kawasan kejiranan Sungai Abung dan Jalan Junid hanya disediakan 45.3% daripada piawaian yang disyaratkan.Ini adalah akibat daripada meluluskan tanah dibangunkan dalam skala kecil.
YB Dato Speaker,
MASALAH RAKYAT DALAM DUN MAHARANI:1.Masjid Baru Parit Bakar Darat:
Ahli kariah sangat bersyukur kerana mendapat masjid baru yang sudah siap dibina tetapi hanya mempunyai 4 buah pancor air untuk di dinding luar masjid dan sebuah dalam bilik Imam.Tiada tandas awam dan tempat berwuduk yang sempurna untuk muslimin dan muslimat,tiada tandas,tiada pagar masjid dan halaman masjid yang tidak sempurna.Khabarnya permohonan bajet tambahan RM400,000.00 dipohon.
Masjid baru Parit Bakar Darat tanpa tandas awam dan pagar.
Maharani bimbang jika sebuah masjid ini pun bermasalah untuk disempurnakan bagaimana pula pengurusan pembinaan 121 buah bangunan sekolah agama baru yang akan disiapkan dalam masa 2 tahun. Ini adalah peringatan yang wajib diambil serius.
Layari : (1) http://dun-maharani.blogspot.com/2010/10/projek-121-sekolah-agama-kerajaan-johor.html
Layari : (1) http://dun-maharani.blogspot.com/2010/10/projek-121-sekolah-agama-kerajaan-johor.html
2. Rumah Bantuan Baitulmal di Parit Raja Muar:
Seorang ibu tunggal dengan 2 orang anak telah dikurniakan sebuah rumah oleh Baitul Mal Johor.Pembinaannya bermula pada bulan Februari 2002 tetapi hingga sekarang selepas 9 bulan dan selepas beberapa kali menghubungi pihak yang berkenaan rumah ini hanya mempunyai dindin tidak bersimin,tingkap dan pintu tiada daunnya dan tiada bumbung.Katanya masalah kotraktor dan mereka masih menunggu entah hingga bila.Minta diambil tindakan.
3. Keselamatan Jalan Raya:
(i) Baru-baru ini dua kemalangan maut berlaku selang beberapa minggu di simpang Taman Seri Temenggong dan Taman Bunga Raya di Jalan Temenggong Ahmad Muar.Sebelum ini sering juga berlaku kemalangan kecil.Penduduk memohon supaya jalan dan persimpangan ini dilebarkan , setiap tiang elektrik dipasang lampu dan jalan di tandakan kotak/garisan kuning juga cat’s eye pada pembahagi jalan.Tempat ini hanya 200 meter daripada Kolmpeks Mahkamah Muar yang baru.
Kemalangan maut di persimpangan Taman Seri Temenggong dan Taman Bunga Raya
(ii) Jalan di sepanjang Jalan Parit Bakar Darat Jalan Sri Tanjong Muar melalui Masjid Baru Parit Bakar Darat terutama diantara tiang lampu TNB 109 dan 110 mohon diturap kerana sering berlaku kemalangan di sini.
Jalan berlopak,membahayakan orang ramai.
4. Masalah Tanah Mendap dalam DUN Maharani:
Tanah mendap di hadapan Sekolah Kebangsaan Parit Keroma
sedang dibaikki.
Gambar di tempat yang sama sepeti di atas ketika mula mendap dahulu.
Maharani mengucapkan terima kasih di atas tindakan yang di ambil membaiki tanah mendap di hadapan Sekolah Kebangsaan Parit Keroma,di Parit Amal Laut ,di Parit Unas .Walau bagaimanapun pemantauan berterusan dan tindakan segera dipohonkan kerana sepanjang jalan tersebut sering berulang masalah ini.Ini termasuk di Jalan Parit Sakai Laut.
Pihak PBT perlukan hasil dengan mengenakan bayaran meletak kereta dalam kawasannya.Walau bagaimanapun demi ‘Mendahulukan Kesejahteraan Rakyat’ tindakan ini hendaklah dilakukan setelah kajian teliti dibuat mengambil kira kepentingan rakyat biasa dan peniaga.Tindakan ini hendaklah ada keselarasan dengan semua PBT.Tambahan pula apabila pungutannya diswastakan seperti yang pernah dilakukan di Muar, masalahnya pihak swasta pungut hasil tetapi tidak menjelaskan kepada MPM menyebabkan kerugian kepada MPM.
Contohnya terbaru, masyarakat Bukit Gambir tidak bersetuju perkara ini dilaksanakan dikawasanya buat masa ini.Maharani yakin, sebagai contoh, YB Yong Peng pun mungkin tidak bersetuju jika pekannya dikenakan bayaran letak kereta.
YB Dato Speaker,
PERJANJIAN AIR MALAYSIA-SINGAPURA:
Perjanjian yang dimaksudkan ialah Perjajnian ‘Tebrau and Scudai Rivers Water Agreement’yang ditandatangani pada 1 September 1961 City Council Of Singapore (sekarang PUB) dan Kerajaan Johor.
Perjanjian ini memberi hak kepada Singapura untuk mendapat bekalan air dalam kawasan yang dipersetujui di Gunung Pulai,Sungai Tebrau dan Sungai Skudai untuk selama 50 tahun sehingga tahun 2011
Singapura membayar sewa tahunan $5 se ekar tanah tersebut dan 3 sen untuk setiap 1,000 gelen air mentah.Singapura pula menjual air bersih kepada Malaysia dengan harga 50 sen setiap 1,000 gelen.
Perjanjian ini membenarkan penyemakan semula harga air selepas 25 tahun iaitu pada tahun 1986.Malangnya Kerajaan Johor tidak mengambil sebarang tindakan.
Tahun hadapan ,2011,perjanjian ini akan tamat tempoh.Apakah tindakan terperinci kerajaan dalam hal ini.Rakyat menunggu keputusan kerajaan supaya tidak lagi berlaku kes ‘win-win’ Pulau Batu Putih.
Johor menjual air mentah kepada Melaka 30 sen setiap 1,000 gelen.
Jangan sampai kera di hutan di susukan …….
Singapura sudah memberitahu dunia bahawa dia tidak memerlukan air melalui perjanjian ini.Kenapa ?
Ingat, ada satu lagi perjanjian air 1962 ; ‘The Johor Water Agreement’ ditandatangani pada 29 September 1962 , sah selama 99 tahun sehingga tahun 2061.Ini melibatkan Sungai Johor pula.Perjanjian ini juga tidak disemak semula pada tahun 1987.Mengapa?
YB Dato Speaker,
'Siapa makan cili dia rasa pedas'- sebenarnya ‘saya makan cili dia rasa pedas’ seperti kata YB Pt Yaani.
'Dia tembak gas saya rasa pedih'.
Akhir sekali marilah kita bersama mendoakan kesejahteraan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang sedang menunaikan fardu haji moga sihat dan mendapat haji mabrur.
Sekian,wabillahi taufiq wal hidayah.......
Untuk Laporan dalam Akhbar New Straits Times Layari :
http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=2545932740067808847&postID=5292711121740546006
__________________________________________________________________
UCAPAN BAJET NEGERI JOHOR 2011 OLEH YAB MENTERI BESAR JOHOR:
\http://www.johordt.gov.my/doc/pdf/Ucapan-Bajet-Negeri-Johor-2011.pdf
Untuk Laporan dalam Akhbar New Straits Times Layari :
http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=2545932740067808847&postID=5292711121740546006
__________________________________________________________________
UCAPAN BAJET NEGERI JOHOR 2011 OLEH YAB MENTERI BESAR JOHOR:
\http://www.johordt.gov.my/doc/pdf/Ucapan-Bajet-Negeri-Johor-2011.pdf
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2010
(259)
-
▼
November
(22)
- PKR PERLU SELESAI MASALAH - ADUN MAHARANI
- SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN - LAJNAH EKONOMI PAS KA...
- DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU
- TERIMA KASIH MPM : MASALAH PERPARITAN DI BANDAR
- DEWAN NEGERI JOHOR : PAS REP PRAISES BUDGET
- TEKS UCAPAN PERBAHASAN BAJET NEGERI JOHOR 2011 OLE...
- ADUAN RAKYAT DI PARIT BAKAR : TANGGUNGJAWAB DILAK...
- SOALAN TAMBAHAN ADUN MAHARANI DALAM DEWAN NEGERI J...
- SOALAN TAMBAHAN ADUN MAHARANI DALAM DEWAN NEGERI J...
- NEWS FROM DEWAN NEGERI JOHOR
- KEMALANGAN MERAGUT NYAWA DI SIMPANG TAMAN SERI T...
- UCAPA BAJET NEGERI JOHOR 2011 OLEH YAB MENTERI BES...
- PAS MUAR BANTU MANGSA RIBUT
- PAS BUKAN PAK TURUT - DAP
- MAJLIS PERBANDARAN MUAR - LAPORAN KETUA AUDIT NE...
- HUKUM UCAPAN SEMPENA PERAYAAN AGAMA LAIN
- PAS MUAR BERBAKTI KEPADA MANGSA RIBUT
- KRITERIA PEMIMPIN YANG ADIL & BERTANGGUNGJAWAB
- TANAH MENDAP DI PARIT AMAL LAUT , JALAN JUNID, MUA...
- TANAH MENDAP DI PARIT KEROMA - UPDATE
- PAS MUAR BANTU PERSIAPAN DEEPAVALI
- SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI
-
▼
November
(22)
0